AKTIVITI DIMEKAH SELEPAS HAJI
Setelah melakukan ibadah melontar Jamrah Wusta, Ula dan Aqabah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan selesai bercukur, para jemaah kembali ke Mekah. Masih saya ingat semasa menaiki bas, saya tidak dapat menghubungi isteri saya dan saya telahpun menaiki bas. Ujian kali ini berlaku lagi kerana berlaku perselisihan faham diantara saya dan isteri yg menyatakan saya tidak mencari dan menyediakan ruang didalam bas tempatnya. Saya akur dan diam saja diatas kesalahan saya namun perjalanan kami selamat sampai di kota mekah dalam masa lebih kurang 1 jam sahaja yg mana kita menjangkakan 2 - 3 jam yg biasanya berlaku.
Syukur alhamdulillah tiba di hotel, saya lihat isteri, Hajjah Salmi bermata merah akibat mungkin menangis atas sebab kesalahan saya tadi. Walaubagaimanapun kami berbaik semula selepas itu.
Di Mekah, memandangkan jemaah terlalu ramai dan padat, saya masih belum mengerjakan tawaf Haji lebih2 lagi isteri saya yg uzur. Kalau tidak silap saya, pada hari ke2 atau ke3, saya kuatkan semangat untuk tawaf dan saya mengambil keputusan mengerjakan Tawaf Haji di Tingkat 1 bersama jemaah yg lain.
Selepas Asar, saya memulakan tawaf yg dibuat satu demi satu pusingan dan terpaksa berhenti untuk solat Maghrib dan Isyak. Sewaktu solat maghrib kerana memandangkan jemaah terlalu padat, saya hanya dapat solat dilautan manusia dengan hanya berdiri dan saya tidak dapat sujud dengan cara yg biasa memandangkan tiada ruang untuk membongkokkan badan ke lantai. Sujudlah saya dibelakang badan jemaah yg lain.
Setelah selesai solat Isyak saya meneruskan pusingan hinggalah pusingan yg ke7 dan diikuti dengan Saie.
Itulah pengalaman dan cabaran yg amat besar saya hadapi semasa mengerjakan Haji. Selang beberapa hari kemudian isteri saya pula mengerjakan Tawaf Haji beliau dan alhamdulillah berjalan lancar.
Selepas selamat bergelar Haji dan Hajjah, Ustaz Halim melakukan beberapa aktiviti seperti kuliah2 yg berterusan setiap malam, menyediakan bas utk mereka yg hendak melakulkan ibadah umrah, lawatan ke pasar kopiah, lawatan ke Kg Melayu di Mekah. Semasa lawatan ini saya tidak dapat lupakan ini merupakan kali kedua saya melawat kerumah "Pak Cik" (lupa namanya) dan jemaah2 mungkin tidak akan lupa kari kambing yg disediakan amat sedap dan menyelerakan.
Aktiviti umrah saya lakukan bersama isteri saya disebelah awal pagi bermula lebihkurang jam 4.00 pagi, berjalan kaki ke stesen bas, membeli tiket yang harganya 2 Rial pergi dan 2 Rial balik, solat dan berniat umrah di Masjid Tanaem, solat subuh di Masjidil Haram dan pada kebiasaannya selepas solat subuh lebihkurang jam 8.00 pagi selesailah umrah kami.
Dalam masa yg sama cenderahati2 juga tidak dilupakan untuk dihadiahkan kepada mereka yg ditinggalkan. Selalunya shopping di kaki2 lima disekitar Mekah dan di kawasan beli belah di Bin Dawood.
Sekiranya terasa ingin merasa makanan Malaysia, saya dan isteri akan ke Restoran D'Saji, berdekatan Masjidil Haram untuk menikmati nasi goreng, nasi lemak, roti canai atau makan2 Malaysia yg lain.
Disamping itu aktiviti lawatan yg lain adalah lawatan ke mendaki ke Gua Hira, mendaki ke Jabal Tsur (saya tidak pergi), melawat ke Muzium Mekah, lawatan ke Kilang Membuat Al-Quran, melawat ke Hudaibiyah, melawat ke ladang unta, menziarahi kubur isteri2 Nabi, Saidina Khadijah dan beberapa orang lagi dan melawat ke Jeddah.
No comments:
Post a Comment