Bergambar kenangan di KLIA
Rombongan bas sampai ke KLIA
Syamimi, Radzlan dan Radzman
Salmi bersama Kamil,GG, Pak Lias dan Induk
PERSIAPAN SEBELUM BERANGKAT KE MEKAH
Walaupun sebelum ini saya dan isteri telah mengerjakan Umrah iaitu pada tahun 2003 dan 2005 tetapi persiapan menunaikan fardu ke 5 ini amat berlainan sama sekali kerana ia memerlukan lebih pengorbanan dari segi masa, wang ringgit, amalan serta yang lain2nya. Pada tanggapan saya sebelum mengerjakan Haji, seseorang itu mestilah bersedia dari segi fizikal dan spritual kerana tanpa kelengkapan tersebut haji yg bakal kita tempuhi itu bakal kita akan rasakan kekurangannya. Persediaan dari segi spiritualnya pada pendapat saya diantaranya adalah dapat melengkapkan solat 5 waktu serta solat2 sunatnya, jiwa yg suka menghampirkan diri dengan masjid/surau, sudah dapat membiaakan diri menghadiri majlis2 ilmu, suka mengerjakan solat berjamaah, suka mengamalkan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, suka menderma samada wang ringgit atau fizikal, mempunyai sifat sabar yang tinggi, telah mula berjinak2 membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran, memperbanyakkan solat taubat dan tahajud serta banyak lagi amalan yg tak terhitung oleh pandangan saya yg mana saya memiliki ilmu agama yg sedikit ini. Ini adalah kerana semasa mengerjakan Haji inilah medan dimana segala amalan-amalan spritual ini dapat mengambil tempatnya untuk dijadikan perhiasan iman dan taqwa agar pemergian ke tanah suci ini akan mendapat atau menuju kearah Haji yang mabrur. Insyallah. Ingatlah bahawa "Haji yang mabrur itu tiada ganjarannya melainkan syurga".
Pada tanggal 24/11/2008 saya dan isteri memulakan perjalanan ke Kelana Jaya dengan dihantar oleh adik ipar, Latif dan isteri bersama2 anak2 saya begitu juga dengan adik ipar , Mustafa Kamil. Walaupun pada mulanya saya tidak mahu ramai2 ke Kelana Jaya tetapi saya akur akan kehendak emak serta anak2 yg ingin melihat persekitaran Kelana Jaya semasa Haji pada tahun ini walaupun telah selalu kami pergi ke Kelana dengan tujuan yang sama.
Hati mula berdebar2 di Kelana Jaya dan bermula dari selepas subuh bermulalah perjalanan ini untuk mengerjakan Haji. Setelah selesai urusan di kaunter untuk mengmbil beg dsbnya, saya dan isteri berjabat salam kepada yg tinggal kerana pemergian kali ini mengambil masa lebih kurang 44 hari. Sebak juga untuk meninggalkan anak2, Syamimi, Radzlan dan Radzman. Walaubagaimanapun hanya Allah tempat memohon perlindungan dan sudah pasti Dia akan melindungi anak2 dan mereka yang ditinggalkan
Di Kelana Jaya, kami dibawa di satu dewan besar dimana semua jemaah KT 71 ditempatkan disitu. Didewan itu pihak Tabung Haji (TH) memberikan taklimat terakhir mereka mengenai penerbangan kali ini. Selepas taklimat, para jemaah mengambil kesempatan untuk menukar wang atau mengeluarkan wang dikaunter yg disediakan di dewan tersebut. Perut juga terasa lapar dan saya dan isteri mengambil kesempatan untuk sarapan pagi di cafe berdekatan dewan tersebut.
Kedengaran pengumuman dibuat oleh pihak TH untuk jemaah bersedia untuk perjalanan ke KLIA. Semua jemaah berbaris lalu menaiki bas2 yg disediakan untuk ke KLIA. Tidak pernah saya impikan bahawa rombongan yg terdiri dari beberapa buah bas didahului oleh polis trafik akan mengarah menghentikan semua kenderaaan dilaluan untuk ke KLIA. Perjalanan yg didahului oleh polis trafik ini mengambil masa hanya sekejap untuk sampai ke KLIA.
Di KLIA, semua jemaah sudahpun berkumpul dan bersedia untuk menaiki pesawat KT 71 yg akan membawa kita ke Jeddah. Saya dan isteri sempat bergambar di KLIA dan didalam pesawat.
No comments:
Post a Comment