HARI WUKUF DI ARAFAH DAN MUZDALIFAH
Ustaz Halim meletakkan notis dan memaklumkan kami para jemaah akan keberangkatan kita semua ke bumi Arafah untuk menunaikan Haji.
Masa yg ditunggu telah sampai dan para jemaah diminta untuk membawa satu beg sahaja & selimut hotel. Alhamdulillah jemaah Maktab 83, Mitra Kembara telahpun menaiki bas dan menuju ke bumi Arafah.
Disepanjang perjalanan menaiki bas Ustaz Halim memaklumkan agar kita banyak2 bersabar kerana perjalanan ke bumi Arafah ini bergantung pada rezeki masing2. Pengalaman beliau selalunya mengambil masa yg lama iaitu berjam2, maklum sajalah 4 juta manusia menuju ketempat yang sama.
Semasa perjalanan inilah terdetik dalam benak fikiran saya mengenai wahyu Allah kepada Nabi Ibrahim as yang mana Allah mengarahkan agar Nabi Ibrahim menyeru umat Islam mengerjakan Haji dengan ayat yg bermaksud " Serulah manusia mengerjakan Haji nescaya mereka akan berbondong2 datang ke Baitullah dengan berjalan kaki dan dengan kenderaan2 mereka"
Didepan mata saya terbukti firman Allah itu yg mana saya dapat melihat manusia2 ada yg berjalan kaki, menaiki kenderaan dari pelbagai pelusok dunia didalam kenderaan diatas bas dan berbagai2 ragam lagi untuk menuju ke Arafah.
Alhamdulillah jemaah kami sampai awal lebih kurang 1.5 jam sahaja walaupun terdapat kesesakan jalanraya dan menurut Ustaz Halim, ini pertama kali dalam sejarahnya sampai di Arafah begitu awal.
Di Arafah jemaah Mitra Kembara ditempatkan di kawasan khemah di Maktab 83. Kami berkongsi dengan jemaah dari satu syarikat yang lain.
Selesai pergi tandas, solat dsbnya kami disuruh berehat dan sebelah malamnya program Ustaz Halim adalah mengerjakan Qiyamulai dan semua jemaah mengikutinya.
Ustaz Halim selepas solat subuh, beliau menasihatkan kepada semua jemaah untuk berehat, tidur secukupnya dan janganlah merayau2 tanpa tujuan disebelah pagi. Memang benarlah nasihat beliau kerana bermulanya solat zuhur sehingga maghrib, Ustaz Halim mengepalai solat dzuhur, menterjemahkan khutbah Haji dan selepas itu bersama-sama kita berwirid, berdoa dari selepas solat dzuhor itu sehinggalah kewaktu Maghrib tanpa henti. Memang Allah menganugerahkan kepada Ustaz Halim khudrat yg kuat.
Saya percaya sekiranya kita tidak cergas dari fizikal dan mental, akan tertidurlah kita atau berehatlah kita namun pada ketika inilah afdalnya berdoa, berwirid lebih-lebih lagi apabila hampir ke waktu maghrib. Oleh itu jemaah2 yg akan menunaikan Haji fahamilah masa2 yg penting ini agar pemergian Haji itu bermakna, Insyallah.
Ada ketikanya saya ketandas dan saya lihat ramai jemaah2 dari syarikat2 yg lain yg mula merokok, bersenang2 duduk diluar khemah sambil menikmati waktu petang dibumi Arafah serta berbual2 kosong dan sepatutnya inilah masanya kita berdoa, berwirid kerana waktu2 afdal dibumi Arafah. Itu yg ingin saya nyatakan sebelum ketanah suci, ilmu2 Haji ini perlu kita pelajari dari Ustaz2 yg berpengalaman seperti Ustaz Halim.

Disinilah saya kagum dengan cara pengendalian Ustaz Halim yg saya nampak lagi cara pendekatannya semasa saya menunaikan Umrah bersama beliau pada tahun 2005 yg lalu. Terdengar oleh saya pujian dari jemaah yg berkongsi khemah dengan kami yg menyatakan sangat bagus bimbingan Ustaz Halim berbanding dengan pakej mereka kerana tiadanya pembimbing yg membimbing mereka secara dekat maka merekapun dapat mengikuti wirid2, doa2 serta apa saja ibadah yg dibimbing oleh Ustaz Halim.
Para jemaah mestilah berada di bumi Arafah walaupun sedetik diantara waktu dzuhur 9 Zulhijjah sehinggalah Subuh 10 Zulhijjah.
Selepas Isyak jemaah mula berangkat menaiki bas ke Muzdalifah dan dimestilkan berada walau sedetik di bumi Muzdalifah diantara tengah malam 9 Zulhijah dan Subuh 10 Zulhijah.
Perjalanan ke Musdalifah mengambil masa sekejap sahaja lebihkurang 30 minit dan tiba lebihkurang jam 10.30 malam.
Di Muzdalifah amat memenatkan kerana kita berada dikawasan lapang berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit malam. Pada masa yg sama terdapat seorang jemaah wanita yg diserang sakit jantung. Ustaz Halim meminta bantuan 2 jemaah kita iaitu Dr Norlela dan seorang lagi kebetulan mereka adalah doktor yg berkhidmat Hospital Seremban dan Kuala Pilah. Namun Allah menyayangi pesakit tersebut dan beliau menghembuskan nafas terakhirnya di bumi Muzdalifah.
Beberapa ketika kemudian lebihkurang jam 1.00 pagi, jemaah mula berangkat ke Mina yg juga mengambil masa tidak lama dan kami ditempatkan di Maktab 83 bersama jemaah2 yg lain.
Cabaran2 di Arafah dan Muzdalifah ini benar2 menguji tahap kesabaran kita namun begitu untuk mendapatkan Haji yang mabrur segala rungutan2 atau kekalahan kita terhadap aspek sabar mestilah diatasi.
No comments:
Post a Comment