RAKAN2 SEBILIK DIMADINAH DAN PULANG KEMALAYSIA
Teringat lagi rakan2 sebilik di Madinah, yg masih saya ingat Dr Hj Zulkarnain, Hj Amran, Haji Isa, Haji (lupa namanya) dan bapa Dr Hj Zul, Haji Zainol.
Mereka mempunyai pelbagai ragam yg kadang kala tersenyum simpul bila dikenang2. Dr Hj Zul selalu kehilangan bapanya....Hj Isa selalunya tidak berbaju walaupun air-cond dah ditahap maksimum sejuk, selalu saja secara diam2 saya putarkan suis suhu aircond tu ditahap yg lebih panas.
Manakala Hj Amran suaminya Dr Norlela selalunya yg awal ke masjid dan awal ke Raudah lebih kurang jam 2.00 pagi dan diikuti oleh saya. Saya selalu ke raudah jam 2 atau 3.00 pagi kerana diwaktu itu tidak ramai orang di Raudah.
Haji yg namanya saya lupa pula selalu bergurau dengan Hj Isa...kadang2 terkenangkan cucu, katanya.
Kadang2 amat melucukan apabila dikenangkan suasana membeli belah disaat akhir yg mana masing2 membeli belah untuk dijadikan buah tangan apabila kembali ke Malaysia.
Saya tidak lupa membeli jus oren yg dipesan oleh anak2 kerana rasanya memang sedap.
Setelah lebihkurang 10 hari berada di Madinah, hati sayu bercampur gembira kerana jemaah semua akan meninggalkan Madinah untuk kembali ke Malaysia. Rombongan pertama telah berangkat lebih awal dan mereka dari Madinah terus ke KLIA.
Bagi rombongan saya, kami terpaksa ke Jeddah dan bermalam disana semalam dan selepas itu ke KLIA. saya masih ingat kali kedua isteri bermasam muka dengan saya kerana tidak membelikannya makanan kerana beliau lapar semasa perjalanan. Mungkin salah saya lagi kali ini.
Perjalanan dari Madinah ke Jeddah mengambil masa yg lama kerana memang diketahui pemandu bas yg selalunya berkhidmat semasa musim Haji bukanlah orang Arab tetapi mereka dari Yaman dan dari negara2 Arab yg lain...akhirnya bas kami sesat hampir satu jam.
Syukur Alhamdulillah sampai juga akhirnya di tempat penginapan di Jeddah. Isteri masih bermasam muka tetapi akhir kembali pulih keesokkan harinya.
Semasa di airport, semua jemaah dihadiahkan sebuah Al-Quran yg agak besar saiznya dan hari ini saya gunakan untuk belajar membaca Al-Quran (tajwid) bersama isteri.
Di KLIA, ramai yg datang menyambut termasuk ahli keluarga sebelah emak mertua, emak, atuk, Pak Ngah, GG dan adik ipar Birin juga anak2 Syamimi, Radzlan dan Radzman.
Begitulah pengalaman yg saya paparkan sebanyak 10 siri untuk kenangan, tatapan, pembelajaran dan ikhtibar kepada diri saya dan keluarga juga untuk bakal2 Haji.
Semoga sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan serta bekalan agar mendapat Haji yg mabrur. Insyallah..Amin ya rabal alamin.
Saya ada paparkan beberapa gambar kenangan sahabat2 bilik saya di Madinah.
Akhir kata saya ingin melahirkan rasa syukur saya dan isteri kepada Allah swt kerana kesempatan yg diberikanNya untuk menjemput saya dan isteri sebagai salah seorang dari tetamuNya pada tahun 2008. Semoga segala ibadah yg dikerjakan diterima olehMu, Ya Allah.
Kepada Mitra Kembara khususnya Ustaz Halim Abdullah dan saudara Z, hanya Allah saja dapat membalas budi, tunjuk ajar, ilmu serta masalah2 yg kami hadapi di Tanah Suci moga Allah berikan kekuatan, kesihatan yg baik dan kesabaran agar dapat membantu jemaah2 yg bakal hadir lagi di Tanah Suci Mekah.
No comments:
Post a Comment