Wednesday, September 9, 2009

Pengalaman Haji 2008 / 1429 Hijrah - Mekah (5)

Bersama Ustaz Nasharudin
Bersama sepupu, Halim
Bersama Hj Hasbullah
Haji Jalal & isteri
Hj Saifudin dan isteri

Tuan Hj Syed

Haji Hazlin










KENALAN YANG DITEMUI DI MEKAH

Dikalangan sahabat2 yg menunaikan Haji pada tahun 2008 dari Fasa 4 Bandar Baru Bangi terdiri dari 14 pasangan/jemaah. Justeru itu semasa berada disana terkenang2 juga akan mereka. Berfikir sejenak dapatkah bertemu dengan mereka di tanah suci ataupun di Madinah.

Di satu subuh setelah mengerjakan solat subuh di Masjidil Haram, terfikir akan ada tak rakan2 sekolah yg bakal ditemui dan berdoa kepada Allah dipertemukan. Secara kebetulan atau dimakbulkan doa, semasa jemaah Mitra Kembara ingin mengadakan lawatan, semasa menunggu bas, saya terpandang seorang jemaah yg saya kenal betul tetapi sudah lebihkurang 30 tahun tidak berjumpa. Betullah sangkaan saya dan saya bertanyakan, "Abang Nordin Kasim kan?" dan beliau menjawab "Ya!". "Dulu sekolah diKGV." dan kami berpelukan kerana hampir lebih 30 tahun tak berjumpa dan lebih2 lagi saya pernah tinggal sebilik dengan beliau.

Di Hotel Hijaz, saya berjumpa Ir Hazlin, imam surau ditempat saya tinggal dan beberapa kali bersolat sebelah beliau di Masjidil Haram. Begitu juga dengan Hj Hasbullah, berjumpa di hotelnya. Disatu ketika sebelum solat dzuhur bertemu dengan Hj Syed. Sewaktu berjalan2 selepas solat subuh di Masjidil Haram, ditingkat yg paling atas, dengan tak disangka-sangka bertemu Hj Saifuddin dan isteri.

Dikesempatan berada di Mekah juga saya ada menalifon sepupu saya Abd Halim yg bekerja di Jeddah dengan sebuah minyak Arab yg terkenal dan beliau telah datang ke Mekah dan makan malam bersama2 beliau di D'Saji, resoran anak syarikat Felda yg terletak betul2 berdekatan dengan Masjidil Haram.

Ada juga saya hubungi Ustaz Nasharuddin, kenalan lama keluarga yg menetap di Mekah yg mana semasa saya mengerjakan umrah pada tahun 2003, beliaulah mutawif kami. Teringat setiap kali kedatangannya mesti ada buah tangan yg dibawanya dan kali ini ialah sejadah dan minyak wangi. Semasa menegrjakan umrah dulu, buah tangan yg dibawa adalah air oren yg mmang terkenal kesedapannya di bumi Mekh dan Madinah ini. Terimakasih.

Di Madinah ketika shopping di Bin Dawood, bertemu juga Haji Jalal dan isteri. Ini adalah sebahagian sahabat2 setaman serta kenalan dan keluarga yang saya temui semasa berada di tanah suci Mekah dan Madinah.

No comments:

Post a Comment