Selagi Syawal msih belum melabuhkan tirainya, maka selagi itulah masyarakat bandar akan mengisi hari Sabtu dan Ahad dan cuti memeriahkan syawal dengan rumah terbuka disana sini.
17/10/09, Sabtu yang lepas saya dan isteri telah mmenuhi beberapa jemputan iaitu di Taman perumahan kami, majlis perkahwinan Along, rumah staf MEM..Yuwairiah, rumah rakan isteri di Bandar Bukit Puchong 2 dan saudara Zahili dan sempat juga ke KL kerumah Yati, adik isteri di Cheras.
Hari Ahad pula saya, isteri dan Radzman kerumah staf lama saya di HAPM Badariah dan selepas itu kerumah saudara Amran satu lorong dengan rumah saya.
Beberapa rumah lagi bukan rezeki yang telah ditentukan olehNya...tidak hadir kerumah Zaini di Putrajaya, rumah staf lama saya di Hitachi, Norita, rumah rakan isteri di KLIA Quarters, rumah anak muridnya dan saya tidak dapat hadir di majlis marhaban yang jadualnya sebanyak 5 buah rumah di tempat saya.
Alhamdulillah...kita asyik dengan kemeriahan ini tetapi ingatlah kita bahawa didalam keseronokan kita ada insan yang tidak dapat menjamah makan selama beberapa hari, makan kais pagi makan pagi dan insan2 ini akan menyedarkan kita akan terdapat keperitan dalam kehidupan mereka maka sekiranya ada yang meminta bersedekahlah sekadar yang mampu.
Perlu diingat bahawa Allah swt menguji kita dalam 2 bentuk iaitu semasa kita kesusahan dan semasa kita menikmati kesenangan, maka didalam kesenangan ini janganlah kita lupa akan solat kita semasa mengunjungi rakan2, sedekah kita terhadap yang meminta, aurat kita bersama ipar duai, salam bersalaman diantara yang bukan muhrim dan perkara2 pokok agama semasa kita berhari raya.
Semoga titipan dan nukilan ini dapat kita menjadikan ikhtibar dan petunjuk dalam hidup seharian.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi.
No comments:
Post a Comment