Monday, October 19, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN STAFF MEM (ALONG)




Pada hari Sabtu, 17/10/2009 yang lepas, seperti biasa Majlis Rumah Terbuka, Majlis Perkahwinan tidak putus2 dan saya dan isteri telah mengunjungi majlis perkahwinan Siti Saliza (Along) di Jalan Kebun, Shah Alam.

Seperti dijangkakan saya bertemu beberapa orang sahabat dari MEM...Yudin, Razali, Diana, Atirah, Nurul Asmaq dan beberapa orang lagi.

Sempat juga bergambar dengan kedua mempelai, dan apabila tengok pengantin..biasalah teringat kembali kisah silam apabila saya dan isteri diijabkabulkan kira2 19 tahun yang lepas.
Saya juga berpeluang berbual2 denga kedua ibubapa "Along" dan terkejut saya bapanya masih muda...48 tahun dan saya 47 tahun dan anak saya yang sulong baru tingkatan 5.

Definasi muda bergantung kepada setiap individu tetapi yang pentingnya bagaimana kita mengisi masa yang masih ada untuk memperbaiki diri, membuat amal ibadah serta mempertingkatkan iman kerana bila2 masa kita akan dipanggil olehNya.

Kepada "Along" dan pasangannya "Selamat Pengantin Baru" diharap berkekalan sehingga akhir hayat dan dapat melayari bahtera rumahtangga dengan aman, damai serta diberikan petunjuk serta hidayah olehNya.

Hj Rose Ady bin Hj Ramli,
Bandar Baru Bangi

No comments:

Post a Comment