Monday, October 12, 2009

MARHABAN FEST 2009




Assalamualaikum wbt.

Majlis Marhaban Fasa 4 Tambahan dengan kerjasama Surau Al-Ikhlas dan gabungan JKuasa Futsal Veteran Fasa 4 Tambahan telah memulakan program marhaban disekitar kejiranan ini.

Nama-nama mereka yang berusaha kearah pembentukannya terdiri dari saudara Anuar, saudara Latif, saudara Azahari, JKuasa Surau AlIkhlas dan beberapa orang lagi sahabat2 yang menetap disekitar Fasa 4 Tambahan Bandar Baru Bangi.

Mereka yang memperuntukkan masa, wang dan apa jua bentuk sumbangan bagi program2 suci ini insyallah akan dibalas dengan pahala yang berganda oleh Allah swt diakhirat kelak...insyallah.

Program dibulan Syawal ini telah diadakan majlis marhaban rumah ke rumah setiap malam Jumaat dan malam Ahad.

Saya menghadirinya beberapa kali dan gambar2 yang didalam blog ini adalah majlis pada malam Ahad, 10/10/09 yang lepas.
Syukur alhamdulillah.

Syabas...kepada mereka yang mengelolakan dan mereka yang memberikan juadah kepada mereka yang hadir.

Hj Rose Ady Hj Ramli,
Bandar Baru Bangi
12 Oktober 2009

No comments:

Post a Comment