Friday, January 31, 2014

Down Memory Lane ..... Hitachi Consumer Products (M) Sdn.Bhd and Chiba Training Centre AOTS training



ADAB-ADAB TERHADAP RASULULLAH SAW


ADAB-ADAB TERHADAP RASULULLAH saw

1. Sanjungilah Rasulullah saw setinggi-tingginya (Surah An Nur, 63)
2. Suara kita tidak boleh lebih tinggi dari suara Baginda terutamanya apabila 
    kita berada di masjid Nabawi (Surah Al Hujarat, 2)
3. Elakkan dari menyinggung Rasulullah saw (Surah Al Ahzab, 57)
4. Sayangi Rasulullah saw dengan sepenuh hati
5. Syafaat Rasulullah saw
6. Hidupkan sunnah Rasulullah saw
7. Sambung perjuangan Nabi saw
8. Banyakkan berselawat kepada Baginda

Intipati Ceramah Maulidur Rasul oleh Us Raihan Abd Aziz di Surau Al Kauthar pada 29/01/14

27 Rabiulawal 1435H
Bandar Baru Bangi

Surah Al-'Anbyā (Nabi-nabi), ayat 32 -


Surah Al-'Anbyā (Nabi-nabi), ayat 32 - 

"Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya."

Bermulanya Kuliah Agama Bulanan ....


Alhamdulillah... 

bermulalah kuliah agama bulanan di SAINS dengan kuliah pertama bertajuk "Kecintaan kita kepada Rasulullah saw" bersama Al Fadhil Ustaz Mohd Yusri Mazlan dari Pejabat Mufti N.Sembilan. Moga ini akan menjadi lembaran baru bagi kakitangan agar mencintai majlis2 ilmu.... Ameen

Bandar Baru Bangi,
28 Rabiulawal 1435H
30 Januari 2014

SOP (Standard Operation Procedure) Allah swt


Surah Al-Baqarah -
"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa"

.....kita hendak menjadi manusia yang terbaik dengan mengikut SOP yang dibuat oleh manusia sendiri dan bukan SOP yang datang dari Allah (AlQuran)...
..... Us Dr Shafie Md Amin mengulas kitab "You are the best", kuliah subuh, 31/01/14 di surau An Nur, BBBangi


Subuh, 29 Rabiulawal 1435H
31 Januari 2014

Bandar Baru Bangi

Tanggungjawab Melahirkan Generasi yang Bertaqwa



Khutbah Jumaat 31/01/15, Surau AnNur
Us Dr Mohd Izhar Arif Kasim

Tanggjngjawab melahirkan generasi yg bertaqwa, berilmu dan menjauhkan diri dari maksiat

Tanda2 Kiamat
1. Ulamak ditarik (dimatikan) oleh Allah swt
2. banyak kejadian gempa bumi
3. Zaman dan masa dirasakan semakin pendek
4. Banyak berlakunya fitnah menfitnah
5. Berlakunya banyak  pembunuhan
6. Banyaknya harta dan berlimpah ruah
7. Banyaknya hiburan yang melalaikan umat manusia

Semoga bermenafaat dari sedutan khutbah Jumaat ini

Bandar Baru Bangi
29 Rabiulawal 1435H
31 Januari 2014

Monday, January 20, 2014

Kitab Mutiara Tasawuf 2 .... hasil karya Ustaz Rashidy Jamil..

Teringat peristiwa pagi tadi, 19/01/2014, di masjid, berlalu 2 orang jemaah sambil mereka memegang kitab (photo di atas) lalu saya bertanya berapa harganya...


Memang saya bercadang untuk membeli Kitab Tasawuf 2 ini daripada Ustaz. Namun pertanyaan saya disambut oleh seorang daripadanya sambil berkata,


"Sheikh... ini saya hadiahkan untuk tuan, saya beli 2 naskah tadi"


... terharu dengan kenyataan beliau dan beliau berkata yang saya tidak perlu bayar harga kitab tersebut kepadanya.... 

Moga Allah memuliakan beliau, merahmati dan memberi kebaikan kpd beliau .... Ameen


Bandar Baru Bangi, 17 rabiulawal 1435H

Pemuda Dan Saidina Ali ra

DARI KITAB MUTIARA TASAWUF 2
(Karangan Ustaz Rashidy Jamil)

Seorang pemuda bertanya kepada Saidina Ali dengan katanya, 

"Imam, bagaimanakah aku dapat mengetahui hatiku ini samada lebih cenderung kepada dunia ataupun lebih memilih akhirat?"

Saidina Ali menjawab, 

"Bayangkan seseorang datang mengetuk pintu rumahmu lalu menghadiahkan kamu sesuatu dan kamu membawanya dalam rumah. Tak lama kemudian, rumahmu sekali lagi diketuk lalu kali ini datang pula seseorang yang meminta sesuatu bagi keperluannya. Lantas kamu memberi hadiah yang baru diterima tadi kepadanya dan ia pun membawanya pergi. Antara kegembiraan kamu ketika menerima sesuatu dari tetamu dan kegembiraan kamu menghadiahkannya pula kepada orang lain, mana satu yang lebih besar rasa gembiranya itu? Sekiranya kamu lebih gembira menerima, maka hatimu lebih cenderung kepada dunia dan sekiranya hatimu lebih bahagia dengan infak yang telah kamu laksanakan, maka hatimu lebih cenderung kepada akhirat yang kekal

19/01/2014... Alhamdulillah.... Allah beri kesempatan bergambar dengan Ustaz Rashidy Jamil selepas kuliah subuh di Masjid Al Hasanah, BBBangi yang mana kuliah tersebut disampaikan oleh beliau.....