Sunday, February 16, 2014

Zuhud..... Kupasan dari Kitab Mutiara Tasawuf 2



Kuliah subuh di Masjid al Hasanah, BBBangj, 16/02/2014 bersama Us Rashidy Jamil dengan mengulas dari Kitab Mutiara Tasawuf dalam tajuk Zuhud... antara sedutan-sedutan yang menarik...

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya sekiranya mereka mengetahui"
Surah Al-Ankabut, 64

Definasi Zuhud secara kesimpulannya:
"Mengosongkan hati dari cinta kepada dunia dan semua keindahannya serta mengisinya dengan cinta kepafa Allah dan makrifat kepadaNya"

Hamka pernah berkata :
"Hidup yang hakiki hanya selepas nafas terhenti"

.... semoga dengan nukilan ini memberikan menafaat kepada saya, keluarga dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Masjid al Hasanah, Bandar Baru Bangi
16 Rabiulakhir 1435H

Lunch bersama famili...

Alhamdulillah....

Riadah keluarga...makan tengahari bersama Hjh Salmi Baharudin, Kak Long Syamimi, Abang, Radzlan dan Radzman... Moga Allah memberkati kita dan bersama dimasukkan ke Jannah Allah swt nanti... 
Ameen...

Alamanda, Putrajaya... 15 Februari 2014


Bersama Ustaz Abdullah Khairi

Di Surau Al Khausar, Bandar Baru Bangi, 15 Februari 2014

Di Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Bandar Baru Bangi, 15 Februari 2014

Intipati dari kuliah-kuliah Ustaz Abdullah Khairi,

1. Sabar dalam beribadah
2. Jangan sombong di dunia

Jazakallahu khairan khatira Ustaz

Bandar Baru Bangi, 15 Rabiulakhir 1435H

Keadaan manusia di Padang Masyar....oleh Ustaz Khairul Anuar




Alhamdulillah Allah gerakan hati dan langkah ke Masjid Al Hasanah, subuh 15/02/2014. Seperti yang di jadualkan Ustaz Khairul Anuar menyampaikan kuliah subuh yang bertajuk Keadaan Manusia Di Padang Masyar semasa menunggu sebelum dihisab oleh Allah swt.

Golongan pertama yang ada di Padang Masyar nanti adalah golongan Kafir dan golongan ini akan ditimpakan kehinaan, ketakutan, penyesalan, dibelenggu serta saling salah menyalahi di antara satu dengan yang lain. Amalan baik semasa di dunia tidak dapat membantu mereka kerana aqidah mereka yang sesat.

Golongan kedua adalah Ahli Maksiat Dalam Kalangan Ahli Tauhid.

Dikalangan mereka yang tidak menunaikan zakat, mereka akan dibelit oleh ular, diseterika dengan kepingan-kepingan yang menyala serta dipijak, ditanduk oleh binatang-binatang.

Mereka yang semasa di dunianya ada sifat takkabur pula, dijadikan Allah mereka kerdil sehingga mereka akan dipijak-pijak

Kepada ulamak-ulamak yang bisu semasa di dunia, mereka yang melabuhkan pakaian kerana sombong, bersumpah palsu, angkuh, derhaka kepada ibubapa, perempuan yang menyerupai lelaki, orang tua yang berzina, pemerintah yang berbohong, orang muskin yang sombong, pengungkit dan....., Allah tidak akan memandang mereka, tidak akan berkata-kata kepada mereka, tiada ungkapan kata-kata pujian dan jauh pula dari rahmat Allah swt

Manakala golongan ketiga adalah para-para aulia, wali Allah dan orang-orang yang bertaqwa

Moga kita di kelompok yang ketiga..Ameen

Insyallah dengan nukilan yang pendek ini dapat dimenafaatkan oleh saya, ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang membacanya.


Subuh,
Masjid Al Hasanah,
Bandar Baru Bangi Bandar Ilmu...

Kebesaran Allah swt...Langit di pagi 14 Rabiulakhir 1435H



Pagi 14 Februari 2014 bersamaan 14 Rabiulakhir 1435H dalam perjalanan ke tempat kerja, apabila hampir tiba di Seremban, terpandang di langit akan kebesaran Allah swt.

Subhanallah....

Sesampai di pejabat terus saja aku membuka internet mengenai ayat-ayat Allah berkenaan langit lalu aku nukilkan salah satu dari ayat-ayat Allah tersebut yang terdapat di dalam Al Quran....

Pagi 14 Rabiulakhir 1435H....
Lebuhraya KL - Seremban

Dr Khaled Hasan Hendawi... Pembantu Khas kepada Dr Yusof Al Qaradawi

Alhamdulillah... 

Malam ini, 12/02/2014, warga Bandar Baru Bangi berpeluang mendengar ceramah disampaikan oleh Dr Khaled Hasan Hendawi, Pembantu Khas kepada ulamak hebat Dr Yusof AlQaradawi di Masjid AlHasanah...



Warkah Buat Isteri...bersempena Ulangtahun Kelahiranmu..

Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Lahir 

to my dearest Hjh Salmi bt Baharudin. Moga Allah memandangmu dengan kasih dan sayangNya beserta beroleh rahmat dan redhaNya dunia dan akhirat. 

Jalanilah kehidupan yang singkat ini dengan penuh kesabaran, keredhaan dan ketaqwaan kerana musibah yang menimpa adalah ujian yang datang dariNya. Mana mungkin Allah meninggikan darjat seseorang hambaNya tanpa mengujinya terlebih dulu



Oleh itu kunci keimanan adalah redha dan sabar menerima ujian dariNya

Siapkanlah bekalan kita secukupnya kerana kehidupan di dunia itu singkat, alam barzakh itu panjang dan destinasi akhirat itu kekal buat selama-lamanya

11 Rabiulakhir 1435H / 11 Februari 2014...

Bandar Baru Bangi


Monday, February 10, 2014

Bersama Sheikh Fadhil Al Jailani.....


Alhamdulillah...

 selepas forum yang bertajuk "Tasawuf Sebagai Benteng Cabaran Masakini" di surau Al Ikhlas sebentar tadi, berpeluang bersalaman dengan ulama tersohor Turki, Sheikh Muhamad Fadhil Al Jailani, cucu ke 25 Sheikh Abd Qadir Al Jailani ...

Surau Al Ikhlas,
Bandar Baru Bangi

Saat-saat Kematian Al Amash...


Sedutan dari kuliah maghrib oleh Us Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, di surau An Nur, BBBangi:-

Kisah ulama tersohor Sulaiman bin Mihran atau gelarannya Al 'Amash di saat kematiannya di mana kaum keluarganya menangisi saat-saat akhir. Melihat situasi itu beliau memanggil anak-anak disampingnya seraya berkata,

"Wahai anak-anakku yang dikasihi. Jangan engkau menangis mahupun khuatir akan ayahandamu ini. Jangan terlalu berdukacita dan hentikanlah tangismu kerana ayahmu ini selama 60 tahun lamanya tidak pernah sekalipun tertinggal daripada mengangkat takbir bersama-sama imam untuk solat berjemaah di masjid"

Kesimpulannya, beliau tidak pernah meninggalkan solat berjemaah, beliau sentiasa solat di masjid, beliau solat pada waktunya dan sentiasa solat di saf yang pertama.

Moga bermenafaat kepada saya dan sahabat-sahabat sekelian. Wallahualam

Perbanyakkanlah salam dan selawat kepada jumjungan kita Nabi Muhamad saw... Moga kita semua mendapat syafaatnya di akhirat kelak... Ameen


Bandar Baru Bangi...


Kitab Petunjuk Tarikat Ke Jalan Akhirat


Sedutan kuliah maghrib oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani di Surau An Nur, BBBangi, 09/02/2014
...Keyakinan itu akan menjadi kukuh dengan beberapa sebab:-

1. Memberikan hatinya dan telinganya untuk mendengar ayat-ayat AlQuran dan hadis-hadis Nabi saw
2. Hendaklah dia melihat dengan pandangan penuh insaf tentang kerajaan langit dan bumi
3. Hendaklah dia mengamalkan sesuai dengan apa yang sudah dipercayainya baik lahir mahupun batin

....dari Kitab Petunjuk Tariqat Ke Jalan Akhirat

Moga saya, keluarga dan sahabat-sahabat mendapat menafaat dari nukilan ini... Ameen


Bandar Baru Bangi
9 Februari 2014, 9 Rabiulakhir 1435H