Wednesday, July 15, 2015

HARI RAYA IDUL FITRI 1436H

Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri 1436 H kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat-sahabat WA dan FB yang dimuliakan oleh Allah swt.

Moga dengan madrasah Ramadhan yang kita lalui sebulan lamanya iaitu yang  akan berakhir esok akan memberikan suntikan baru untuk kita terus mengekalkan ibadah dan amal kita dunia dan akhirat.

Maaf dari saya sekeluarga.

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi



MUSAFIR PARIS-LONDON


MUSAFIR PARIS – LONDON (31/05 ~ 08/06/2015)
Memang telah lama diidamkan untuk bercuti bersama keluarga ke dua kota yang masyur  ini. Namun Allah tidak menyampaikan hajat kami sehinggalah ditakdirkan pada suatu hari, Aida, adik saya menyatakan ada sahabatnya hendak ke sana.

Syukur Alhamdulillah….
Maka pada jam lebihkurang 11.40 malam dengan Airbus A380, kami sekeluarga berlepas dari KLIA ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris. Perjalanan menaiki pesawat MAS ini mengambil masa lebihkurang 13 jam, membuatkan saya resah gelisah kerana lamanya penerbangan tersebut.

Terpacar kegembiraan anak-anak kerana sudah lama kami tidak makan angin, lebih-lebih lagi ke dua destinasi idaman orangramai. Teringat saya kali terakhir kami berjalan adalah waktu menunaikan umrah bersama keluarga pada tahun 2011 yang lepas.

HARI KE 2
Suhu dingin yang mencecah 3 darjah Celcius menyambut kedatangan kami di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris. Setelah selesai urusan imigresen, kami terus jalan-jalan melalui bandaraya yang terkenal dengan dunia fesyen, ternampak gedong-gedong besar seperti Louis Vutton sebelum sampai ke Arc de Triomphe tugu yang dibina bagi memperingati askar-askar Perancis yang terkorban dalam siri peperangan Napolean dan Revolusi Perancis.

Kami juga singgah ke Museum Louvre dan menikmati pemandangan bangunan-bangunan lama yang menarik dan sempat bergambar di Champs-Elysees. Masalah nak buang air kecil melanda dan masalahnya tiadanya tandas-tandas awam yang disediakan. Mahu tidak mahu, berjalanlah kami mencari tandas sehingga bertemu dengan sebuah Restoran Mc Donald. Rupanya ramai juga Mat Salleh ni ke tempat tersebut untuk menggunakan tandas restoran segera ini.

Dalam kami mencari-cari tandas tadi, kami diperingatkan oleh seorang gentlemen, orang Paris agaknya, “Be careful of pickpocket… small children and a lady” katanya. Kami mengucapkan, “Merci” dan berlalu. Kena hati-hati di Paris sebab ramainya pickpocket.

Perjalanan kami seterusnya menaiki bot bersiar-siar menyusuri Sg. Seine sambil menikmati pemandangan cantic bangunan-bangunan antik di kiri dan kanan tebing sungai. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak Euro 8/Euro 14. Pengalaman menaiki bot dan menikmati pemandangannya membuatkan kita mengiyakan bahawa Paris adalah Kota Cinta.

Jam 5.00 petang kami sampai ke hotel kami di Ibis Budget Hotel yang beralamat di Paris La  Vilette 19th, 57-63 Avenue Jean Jaures, 75019 Paris.

HARI KE 3
Kami memulakan dengan lawatan ke Masjid Grande Mosquee de Paris, masjid  terbesar di Kota Paris. Alhamdulillah sempat solat tahyatul masjid.

Dari masjid terbesar, kami sampai ke Gereja terkenal di Kota Paris ini iaitu Notre Dame. Berdekatan dengan Notre Dame, masa yang terluang, kami singgah ke kedai-kedai cenderahati dan sempat membeli cenderahati untuk diri sendiri, keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia.

Dari Notre Dam, kami meneruskan kembara ke Eiffel Tower untuk mengambil photo yang cukup mengasyikkan. Dari Eiffel Tower, kembara perjalanan kami  ke Galerry Lafayette, kawasan shopping centre yang terkenal di kota ini.

Terasa betis dan kaki telah letih dan kami terus pulang ke hotel.
Sesampainya di hotel lebihkurang jam 5.00 petang, setelah solat jamak Asar dan Zuhur, kami keluar kembali berjalan-jalan disekitar jalan di hotel tersebut kerana mahukan rasa minum-minum dan santai di restoren yang terletak di kaki-kaki lima di Paris. Alhamdulillah nampaknya berjumpa kami restoran Turki yang menghidangkan teh O dan kebab.

HARI KE 4
Kami sampai ke Stesen Keretapi terbesar Paris, Stesyen Gare du Nord untuk ke London menaiki keretapi Eurostar . Tiket yang telah ditempah berharga Euro 59. Kami terpisah kerana saya dan isteri berada di coach 5 manakala Syamimi, Radzlan dan Radzman berada di coach 15. Peraturannya sama seperti menaiki flight, satu hand luggage dan 1 beg besar.

Perjalanan ke Stesen Keretapi St Pancras London mengambil masa lebihkurang 2.5 jam. Dalam perjalanan sempat saya dan isteri minum teh di coach khas dan sempat juga berjalan-jalan hingga ke coach anak-anak di coach 15.

Sampai di Stesyen Keretapi St Pancras London, lebihkurang jam 12.30 tengahari dan terus menuju ke hotel Travelodge Walthamstow iaitu kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bas. Bandar Walthamstow terletak di East London dan ia merupakan juga stesen Tube yang terakhir.

Restoran halal banyak terdapat disini dan terdapat pasar siang yang menawarkan harga-harga murah bagi segala jenis produk dari buah buahan, cenderahati dan sebagainya.

Kami sempat makan malam di salah sebuah restoran yang menawarkan makanan segera.

HARI KE 5

Hari ke 5 dipenuhi dengan seawal paginya membeli belah di pasar Walthamstow. Barangan cenderahati murah di sini.

Lebihkurang jam 11.00 pagi  kami meneruskan perjalanan ke Eye of London, Big Ben dan Istana Buckingham di kota London.

Petangnya kami membeli belah di Bicester Village. Handbag dan barangan berjenama menjadi pilihan di Bicester Village.

Sempat juga bertemu dengan selebriti Malaysia, Awal Ashari dan isteri serta anak mereka.

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke Stadium Emirates, home ground pasukan terhebat musim lalu Arsenal

HARI KE 6

Sebelah paginya kami ke Walthamstow Shopping Mall. Ada lagi yang tertinggal. Radzlan dan Radzman buat shopping yang terakhir… kasut snickers untuk menghabiskan wang pound yang saya hadiahkan kepada anak-anak.

Jam 11.00 pagi, memulakan perjalanan ke stesen keretapi St Pancras, London untuk menuju ke Paris menaiki keretapi Eurostar.

Seperti biasa dalam perjalanan menaiki keretapi kami anak beranak sempat minum-minum santai kopi di gerabak minuman.

Sampai semula ke kota Paris. Makan malam kami di restoran Turki berdekatan dengan Ibis Budget Hotel kami.

HARI KE 7

Awal pagi bersiap semula menuju ke lapangan terbang Charles De Gaulle untuk kembali ke Malaysia menaiki A380 Airbus MAS.

Sampai di KLIA lebihkurang jam 8.20 pagi.

Alhamdulillah, pengalaman yang cukup seronok untuk kami sekeluarga. Moga Allah beri lagi kami rezeki untuk destinasi yang lain di bumiMu ini di masa-masa akan datang. InsyAllah.

Bergambar kenangan di Museum Louvre, Paris

Di hadapan Champs-Elysees, Paris




Arc De Triomphe




Eiffel Tower, lambang kemegahan kota Paris

Menyusuri Sg Seine, Paris










Pemandangan terindah, Sg Seine, Paris




Eiffel Tower..... segah namanya

Masjid Grande Mosquee de Paris

Bergambar di pintu masuk masjid





Di hadapan Notre Dame, Paris