Thursday, December 23, 2010

Kecintaan Rasulullah saw Kepada Bumi Madinah Dan Mekah

Alhamdulillah, Allah yang Maha Besar, zat yang maha sempurna yang tiada kurang baginya. Selawat serta salam sebanyak-banyaknya kepada Rasulullah saw, sebaik-baik ciptaan Allah, semulia-mulia utusan Allah didalam siri perutusan para Nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu. Diturunkan kepada Baginda sebaik-baik syariat dan ajaran serta sebaik-baik nikmat Iman dan Islam dan adalah Nabi diutuskan kepada kita sebaik-baik umat berbanding umat-umat terdahulu.

Sahabat2 yg dimuliakan oleh Allah sekelian. Berkesempatan saya duduk dalam majlis Ilmu pada 21/12/2010 disurau yang disayangi, Surau AnNur  bersama Ustaz Rashidi Jamil dalamtajuk umum mengenai Istimewanya penghijrahan Nabi serta kelebihan Madinah, kota Nabi saw.

Kalau sesiapa yang telah pernah menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah akan terasa kita akan janji2 serta doa yang dimohon oleh Nabi Muhamad saw kepada Allah semasa detik2 beliau sampai di Madinah dalam jiwa-jiwa dan peristiwa-peristiwa bakal dinukilkan dalan sirah yang pendek ini.

(Nukilan ini adalah hasil rakaman dari kuliah Ustaz Rashidi Jamil beserta dengan beberapa salinan diambil dari artikel seorang blogger yang saya pohon keizinan untuk menyalin beberapa perenggan)

Semasa Rasulullah saw sampai di Madinah, beberapa ketika itu jatuh sakit Abu Bakar dan Bilal bin Rabah. Lalu ketika ini Rasulullah saw terasa amat merindui Mekah tanah kelahirannya, dimana disitu beliau dilahirkan, beliau bermain, tempat tumpah darahnya serta banyaklah kenangan-kenangan manis dan pahit dibumi yang amat berkat itu. (mengingati kampong halaman kita adalah sunnah Nabi, maka selalulah mengingatinya)

Lalu beliau menadahkan kedua tapak tangannya sambil berdoa,

"Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Mekah, atau lebih dari itu dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya dan gantikan wabak penyakitnya dengan juhfah
  ( Bukhari dan Muslim ).

Selepas mengharungi Perang Hunain, atas bantuan Allah, kaum muslimin telan telah menang dalam peperangan tersebut lalu mereka pun membahagi-bahagikan harta rampasan perang (ghanimah). Harta-harta itu diberikan kesemuanya kepada tokoh kabilah yang baru saja berjinak-jinak dengan Islam dengan tujuan menambat hati mereka kepada Islam.

Lalu kaum Ansar menyaksikan peristiwa tersebut berasa hati maka berkata-katalah dikalangan mereka. Terdengar oleh Saad bin Ubadah, tokoh kaum Ansar lalu beliau pun menyampaikan perkhabaran ini kepada Rasulullah saw. Kata Saad,

"Ya Rasulullah ada sebahagian kaum Ansar yang muncul dalam hati mereka perasaan kecil hati, mengenai pembahagian harta rampasan perang yang telah engkau putuskan. Engkau bahagikan kepada kaummu dan engkau bahagikan kepada kabilah-kabilah Arab dengan pembahagian yang besar. Sementara kelompok Ansar tidak mendapatkan sedikit pun dari pembahagian itu."

Rasulullah saw tunduk seketika dan selepas itu beliau berkata kepada Saad,

"Wahai Sa’ad, kamu sendiri berada di pihak yang mana?”

Saad pun menjawab,

“Aku hanyalah bahagian dari kaumku "

Lalu Rasulullah menyuruh Saad bin Ubadah mengumpulkan orang-orang Ansar di satu kawasan tidak jauh dari Madinah (setengah riwayat mengatakan waktu pada tengahari)

Maka Rasulullah pun bersabda kepada kaum Ansar,

"Wahai sahabat Ansar, aku telah mendengar tentang kamu bahawa dalam hati kamu muncul segumpal
  perasaan yang mengganjal mengenai tindakanku membahagi-bahagi harta rampasan perang.
 Wahai kaumku,
 bukankah kami datang kepada kamu pada saat kamau tersesat, lalu Allah tunjukkan jalan kepada kamu? Kami datang kepada kamu saat kamu saling bermusuhan, lalu Allah satukan hati kamu?”

Maka kaum Ansar itupun menjawab,

"Benar, Allah dan Rasul-Nya yang telah memberikan kurnia dan anugerah.”

Lalu Rasulullah bertanya lagi,

“Mengapa kalian tidak mahu membalas pertanyaanku wahai, kaum Ansar?”
  
Mereka menjawab,
“Apa lagi yang harus kami balas wahai Rasulullah? Anugerah dan kurnia hanyalah milik Allah dan Rasul-
 Nya!”

Kemudian Rasul saw. bersabda,
“Sungguh demi Allah, seandainya kamu mahu, kamu boleh mengatakan kepadaku, dan kamu benar adanya. Kamu boleh mengatakan, ‘Engkau datang kepada kami dalam keadaan didustakan, lalu kami membenarkanmu. Engkau datang kepada kami dalam keadaan diabaikan,lalu kami menolongmu. Engkau datang kepada kami dalam keadaan menderita, lalu kami menampungmu. Dan engkau datang kepada kami dalam keadaan sengsara, lalu kami membantumu.”

Kemudian Rasulullah bersabda,
“Wahai sahabat Ansar, apakah muncul dalam diri kamu kecintaan akan sepotong dunia, yang aku gunakan untuk melunakkan hati suatu kaum sehingga mahu masuk Islam, sedangkan aku sudah tidak meragui lagi keislaman kamu?”

Rasulullah cuba untuk mengingatkan sahabat-sahabatnya bahawa harta ghanimah, berapa pun nilainya, hanyalah secuit dunia. Apa yang ada di sisi Allah-lah yang lebih baik dan abadi. Selanjutnya Rasulullah mengatakan;

“Wahai sahabat Ansar, apakah kamu tidak rela bila orang lain pergi membawa kambing dan unta, sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah?”

Sungguh suatu sentuhan ruhiah yang mengesankan dan besar pengaruhnya bagi jiwa. Orang lain pulang dengan membawa sepotong dunia yang fana, sementara yang lain pulang dengan disertai makhluk yang tercinta di sisi Allah, iaitu Muhammad, Rasulullah saw. Alangkah terhormatnya yang mendapat bahagian ini! Alangkah bangga dan mulianya mereka! Bahkan disamping itu, mereka akan mendapat syafaat dan kebersamaan dengan Rasul di hari Kiamat nanti.

 Lalu Rasulullah saw bersabda lagi;
“Demi zat yang jiwaku di tanganNya, seandainya tidak ada hijrah nescaya aku adalah salah seorang dari kaum Ansar. Seandainya seluruh manusia menempuh jalan di suatu lereng bukit dan kaum Ansar menempuh jalan di lereng bukit yang lain, aku akan lewati di lereng bukit bersama orang-orang Ansar. Ya Allah, rahmatilah sahabat Ansar, anak-anak,dan cucu-cucu mereka.”

Semasa itu menangislah kaum Ansar sehingga janggut mereka basah dengan air mata. Dalam tangisan itu mereka berkata
“Kami rela mendapat bahagian Rasulullah saw.!”
Ungkapan Rasulullah ini pada hakikatnya ditujukan untuk seluruh umat manusia. Suatu ungkapan yang membasahi jiwa dan menyentuh perasaan. Rasul mengutamakan mereka (kaum Ansar) atas kaum yang lain adalah lantaran jasa, perlindungan, dan pertolongan mereka.

Itulah diantara secebis sirah Nabi yang diceritakan dalam kuliah maghrib oleh Ustaz Rashidi Jamil.
Sesiapa yang berkesempatan menjejakkan kaki kebumi yang penuh berkat ini, kita akan terasa akan doa Rasulullah bagaimana cintanya terhadap bumi Madinah serta ungkapan-ungkapan baginda yang dizahirkan dari zaman dahulu hingga sekarang terutamanya;

1. Bila berada dibumi Madinah Munawarah kita akan rasakan keamanan
2. Kita akan rasa kerinduan dan kesayuan yang amat sangat apabila terlihat Masjid Nabawi, kubahnya  serta kedengaran azan-azanyang dilaungkan dari Masjid Nabawi.
3. Malah kita akan sendirinya menitiskan airmata apabila kita berada di Raudah serta berada dihadapan  makam Nabi beserta 2 sahabatNya
4. Tanahnya subur dimana tumbuhan terutamanya kurma terdapat banyak di sekitar Madinah
5. Madinah tampak lebih maju dan penduduknya lebih ramah dan baik-baik belaka berbanding tempat lain hasil dari keberkatan kaum Ansar yang menerima beliau semasa Hijrah serta doa baginda yang ada saya gariskan di dalam nukilan diatas.

Wallahualam

Hj RoseAdy Bin Hj Ramli
Bandar Baru Bangi 

No comments:

Post a Comment