PEMBERSIHAN JIWA SEBELUM JIWA ITU KEMBALI KEPADA ALLAH swt
Sahabat yang dimuliakan oleh Allah swt sekelian.
Sekian lama saya tidak meloretkan nukilan-nukilan kerana kesuntukan masa.
Walaubagaimanpun pada 18/03/2011 yang lepas saya ditakdirkan oleh Allah swt hadir disatu lagi majlis ilmu, kuliah maghrib bersama Ustaz Rashidi Jamil di Surau An Nur, Bandar Baru Bangi.
Alhamdulillah
Kuliah kali ini berkisar mengenai tajuk yang nampaknya mudah tetapi banyak daripada kita yang terlalai dalam kita menjalani kehidupan kita seharian.
Tajuknya adalah “Pembersihan jiwa sebelum jiwa itu kembali kepada Allah swt” dan ia berlandaskan kepada sebahagian dari Surah Al A’laa ayat 14 ~ 19….
Bacalah dimasa yang kita tidak sibuk dalam urusan kerja kita….
Alhamdulillah….
Pertama-pertamanya marilah kita memuji Allah swt yang Maha Besar yang tiada kurang sifat baginya.
Selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw yang disifat oleh Allah swt merupakan sebaik-baik utusan Allah, diturunkan kepada baginda serta sebaik-baik syariat dan ajaran.
Ia merupakan yang lebih baik dari syariat yang telah lalu, ditangan baginda telah tersebar sebaik-baik nikmat dan diantara nikmat-nikmat Allah swt yang tidak terhitung banyaknya, sebagaimana firman Allah swt iaitulah nikmat Iman dan nikmat Islam. Sehinggakan kata para ulamak sekiranya Allah swt mengurniakan dunia dan segala isinya dan ditambah dengan dunia lain dan segala isinya kecuali Allah menghalang nikmat Iman dan Islam maka tidak adalah berlaku pada diri kita kecuali rugi didunia dan akhirat.
Dan oleh kerana Rasululah saw diutuskan kepada kita, maka kita adalah sebaik-baik umat berbanding dengan umat yang terdahulu yang telah dibangkitkan oleh Allah swt .
Surah Al-A’laa
……………..
membersihkan dirinya (dengan taat dan amal soleh)
(15) Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan kyusuk)
(16) (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian) bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
(17) Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(18) Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) didalam Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa
(19) Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa
Kata Allah swt “Sesungguhnya berjayalah bagi manusia yang mensucikan hatinya lantas ia berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya”
Menyembah Allah swt sebagai hubungan makhluk dengan qhaliknya tetapi kebanyakan manusia mengotori jiwanya itu dengan terkesan hidup didunia yang singkat ini dan mencintai dunia dan isinya sedangkan kata Allah swt, akhirat yang kami janjikan itu lebih baik dan lebih kekal sifatnya. Inilah yang disebut dalam suhuf-suhuf yang terdahulu yang diturunkan kepada Musa, Ibrahim dan kemudian memberi peringatan ini kepada Nabi yang terakhir dalam ayat yang kita baca ini
Punca atau pun sebab manusia itu tidak tunduk kepada Allah dan berbuat maksiat kepada Allah adalah kerana kecintaan mereka kepada dunia.
Dunia disebut dalam satu hadis, “Dunia ini disisi Allah swt tidak ada harga, sebabnya sekiranya harga itu banyak dan kiranya ia hanya sebesar sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi makan kepada orang-orang kafir”. Allah swt menyatakan dunia ini tidak ada harga kerana Allah swt memberi dunia ini dan isinya kepada manusia yang bersungguh-sungguh diatas dunia samada ia mencari yang halal atau haram .
Ini adalah untuk membezakan dunia dan akhirat.
Dunia yang tiada nilai ini Allah swt beri juga kepada mereka yang kufur kepadanya sedangkan akhirat yang kekal hanya Allah beri kepada mereka yang membersihkan jiwa.
Seolah-olah dapat kita fahami dalam dunia ini telah terbahagi 2 kelompok jiwa manusia;
- Satu yang menjadi hamba dunia, dan
- Satu lagi mereka yang mengosongkan jiwanya daripada dunia.
Golongan yang mengosongkan jiwanya daripada dunia adalah sedikit sehinggakan al Quran mengisyaratkan Allah swt mengasingkan yang buruk dengan yang baik dengan mengatakan ujian-ujian dunia antaranya cinta kepada dunia “Kalau kamu baca dan perhatikan pada firman Allah dalam surah al Mulk Allah swt menyebut dalam ayat ke2nya dengan maksud,
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya, dan ia Maha Kuasa (membalas kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat” (Surah al-Mulk, ayat 2)
Dalam ayat ini Allah tidak menyebut hidup dahulu tetapi mati dahulu sebagai isyarat sekali sekala untuk menarik perhatian manusia yang leka dan lalai pada dunia, adanya kematian didepannya yang diciptakan oleh Allah swt.
Ada seorang ulamak satu ketika dahulu, beliau setiap malam sebelum tidur dibiliknya, dia akan berbaring disatu liang lahad yang digali dihalaman rumahnya sambil menangis dalam liang lahad tersebut dan dia akan berbisik kepada dirinya sebelum dia melompat keluar dari liang lahad, sambil berbisik,
”Wahai (sebut namanya), sesungguhnya kamu telah dikembalikan kepada dunia maka beramallah kamu, maka takutlah kamu”
Inilah yang berlaku pada setiap malam bagaimana orang meletakkan kematian dihadapannya sebagai motivasi dan ingatan agar dia dapat meninggalkan sifat cinta pada dunia ini.
Para ulamak tasawuf dalam syair mereka berkata,
”Penjara bagi kamu manusia tidak jauh. Nafsulah yg menjadi pada dunia sehingga ia mengawal pemilik nafsu itu menjadi hamba kepada nafsu”.
Ulamak Sheikh Abd Qadir Jailani pernah menyatakan dalam tulisan beliau,
“Sepanjang aku mendengar keluhan manusia dapat aku nasihat kepada mereka, dunia yang kamu ada sekarang ini wahai manusia sebenarnya, ia sentiasa menipu kamu, dia menjulang pencintanya yakni pencinta dunia dengan setinggi-tinggi tempat lalu memberikan angan-angan yang tinggi dan panjang kepada pencintanya, dan apabila pencintanya sudah berada diawang-awangan lalu ia akan meruntuhkan hamba itu lalu menjerut lehernya. Maka matilah dia menjadi hamba dunia”
Oleh sebab itu Imam Malik dalam kata-katanya yang masyur,
”Zuhud terhadap dunia ini bukan bermakna tidak berharta tetapi, mengosongkan hati daripada mencintainya”
Cukup sekadar dalam bahasa kiasannya,
”Hidup didunia ini ibarat musafir”
Nabi saw pernah bersabda dalam hadisnya yang masyur. Hadis ini dibaca apabila Saidina Umar melawat baginda disatu hari ditempat pembaringan baginda lalu ternampak kesan-kesan pembaringan dibadan baginda yang mulia itu kerana beliau baring dipembaringan yang kasar.
Umar menangis melihat badan baginda, maka Rasulullah saw bertanya kepada Umar
”Mengapa engkau menangis hai Umar”, lalu Umar menjawab,
”Qaisar dibaluti dengan sutera dan pakaian yang mewah serta hamparan tilam yang empuk, tetapi aku melihat Nabi saw hidup dalam keadaan yang amat dhaif”. Lalu Nabi saw pun bersabda dan antaranya,
“Apa hubungan aku dengan dunia yang akan kita tinggalkan ini Umar, kita dengan dunia ini tidak lain tidak bukan macam musafir sahaja”
Kita akan duduk dan berziarah didunia ini dalam 60 tahun 70tahun 80 tahun sahaja …itulah dunia..ia bukan tetap.
Sesuatu perkara yang tidak tetap, dia bukanlah hakikat dan apakah maksud yang tidak tetap. Maksudnya adalah..hari ini kita sihat lusa sakit... hari ini kita kaya esok miskin.
Bila mana tidak tetap ia bukan hakikat, dia bukan tujuan, dia bukan matlamat, dia bukan tempat sebenar, kerana dia ada tempoh.
Apakah manusia tidak bersyukur apabila naiknya matahari, datangnya malam yg meneggelamkan siang , kita tak perlu meminta Allah memberikan nikmat ini tetapi kebanyakan manusia lupa, bersesuaian dengan namanya al-Insan dan sesuai dengan ciptaannya manusia akan keluh kesah sehingga dalam surah Yunus Allah swt menyebut,
”Dan apabila seseorang itu ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), samada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri: dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu darpadanya, ia terus membawa cara lama seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaiman ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan” (Surah Yunus, ayat 2)
.....dan dalam kata lain, apabila Allah berikan musibah kepadanya, baru mereka berdoa kepada Allah samada baik dengan apa cara sekali pun, maka apabila Allah swt hilangkan mudarat itu mereka kembali kepada maksiat seolah-olah mereka tak pernah mengangkat tangan berdoa kepada Allah dan tidak pernah mengadu kepadanya. Begitulah Allah hiasi jiwa manusia yang kotor yang melampai batas, sehinggakan mereka memerlukan Allah dalam saat-saat tertentu sahaja
Puncanya adalah kecintaan manusia kepada dunia.
Itulah sebahagian dari nukilan yang saya perolehi yang saya suka untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekelian, yang mana saya rakamkan kuliah tersebut dan saya olah kembali dalam bentuk nukilan yang kebanyakkan mengambil dari percakapan langsung Ustaz Rashidi Jamil.
Semoga ia dapat sedikit sebanyak mengejutkan saya dan sahabat-sahabat semua dalam lamunan dunia ini dan mempertingkatkan pembersihan jiwa kita ini untuk menghadapi Allah swt.
Segala kesilapan yang saya loretkan di penulisan ini adalah datangnya dari saya yang maha kekurangan ini dan yang mana baik itu datangnya dari Allah yang Maha Agong.
Wasallam
HJ ROSE ADY HJ RAMLI
22 Mac 2011
No comments:
Post a Comment