Friday, January 13, 2012

IBADAH UMRAH..sebelum, semasa dan selepas

IBADAH UMRAH
(Berdasarkan pengalaman saya…..)



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pertama-tamanya marilah kita mengucapkan salam serta berselawat keatas junjungan Nabi kita Nabi Muhamad saw yang mana beliau adalah sebaik-baik insan yang dianugerahkan Allah kepada umat ini.

Perbanyakkanlah penglafasan rasa syukur …alhamdulillah kerana kita semua telah dilahirkan sebagai seorang Islam dan dapat merasai nikmat Iman dan Islam kerana tanpanya maka teramat rugilah kita lahir didunia dan diakhirat.

Oleh kerana terdapatnya beberapa orang sahabat yang akan mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini, terasa ingin saya berkongsi sedikit pengalaman tatapan para pembaca sekelian terutamanya mereka yang pertama kali akan mengerjakan umrah ditanah suci.

Dengan ilmu dan pengalaman yang amat sedikit ini, ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat serta pembaca beberapa tips apabila kita hendak menunaikan ibadah umrah ditanah suci.

Tips-tips ini lebih berbentuk persediaan menunaikan ibadah tersebut hasil dari pengalaman saya mengerjakan Haji dan Umrah. Semoga dengan titipan nukilan ini dapat membantu persediaan dan perjalanan sahabat-sahabat. dan semoga Allah meredhai serta memberikan ganjaran yang setimpal dengan ibadah kita.

Saya bahagikan tips-tips ini kepada tiga perkara iaitu;

  1. Persediaan sebelum pergi menunaikan umrah
  2. Semasa berada di tanah suci (Mekah dan Madinah)
  3. Selepas kembali menunaikan umrah.

a. Persediaan Sebelum Pergi Menunaikan Umrah
  1. Latih diri kita mendekati masjid ditempat kita tinggal.
Sekiranya dahulu kita sering solat dirumah, biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid.

Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir dimajlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita…insyallah.

  1. Perbanyakkanlah Solat Sunat.
Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. Ia juga membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas perbuatan-perbuatan kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita.

Juga ia adalah tempat kita memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.

  1. Perbanyakkan membaca Al Quran.
Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermunafaat kerana apabila kita berada ditanahsuci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam alQuran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

  1. Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah.
Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah serta “Travelog Haji” tulisan Prof Muhamad Kamil Ibrahim akan membuka minda dan naluri kita sebelum kita berada ditanah suci.

  1. Buatlah Latihan Fizikal.
Latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 - 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik keMasjid, melakukan tawaf serta saie (Saie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter dan yang mengerjakan Saie akan berulang alik sejauh 2, 940 meter bersamaan lebihkurang 3 km). Ingatlah latihan ini adalah ikhtiar kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dariNya. Latihan ini elok dimulakan 2 atau sebulan lagi keberangkatan kita kesana.

b. Semasa Berada DiTanah Suci Mekah dan Madinah
  1. Sikap dan Mentaliti.
Berada di bumi yang diberkati ini memerlukan kita fokus dalam ibadah kita seharian. Diantara sikap dan mentaliti yang utama yang perlu kita terapkan adalah sifat sabar dalam banyak perkara terutama hubungan dengan Allah dan manusia kerana disinilah kita akan berjumpa dengan sekelian manusia dari seluruh pelusuk dunia ini dengan pelbagai ragam menurut adat serta peradaban mereka.

Sifat sabar ini merangkumi semua aspek terutamanya apabila kita mula menjejakkan kaki kita di Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah, cara layanan kaunter Imigresen, sikap mat-mat bangla yang membantu mengangkat luggage jemaah dan mengenakan tips yang cukup tinggi (kalau boleh tolaklah sendiri trolley), pengangkutan, kebersihan, hotel tempat tinggal samada jauh atau dekat dari masjid, makanan yang kita makan, sikap masyarakat Arab yang kadangkalanya kasar dan kadangkalanya sombong, adab-adab didalam masjid yang kadangkala akan benar-benar menguji kesabaran kita.

Kesabaran juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau ahli jemaah kita sendiri. Ada kalanya pergaduhan suami atau isteri berlaku dan sebagainya.

Jauhilah sikap suka merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah swt yang mahu melihat akan tahap kesabaran kita.

  1. Persoalan-persoalan Mengenai Ibadah Umrah.
Walau berapa kali pun kita telah menjejakkan kaki kita ke tanah suci, perkara-perkara yang kita tidak berapa faham atau mushkil, tanyalah kepada para mutawif atau ustaz atau ustazah yang mengiringi kita. Kadangkala apabila disana, terpandang oleh kita jemaah-jemaah lain yang datangnya dari Turki, Iran, China, India atau Pakistan berbuat sesuatu yang lain dari apa yang kita buat. Janganlah kita membuta tuli mengikuti cara mereka contoh adakalanya semasa solat fardu mereka bersama-sama isteri mereka solat sebelah menyebelah suami isteri dikawasan jemaah lelaki. Kita pun sebab takut isteri kita hilang atau berjauhan dengan mereka, kita pun berbuat demikian. Nampaknya seperti dibolehkan tetapi tanyalah kepada ustaz untuk mendapat kepastian. Lakukanlah ibadah umrah dengan hati yang ikhlas, tenang dan sabar.

  1. Ungkapan Lisan dan Hati.
Dalam bab ini, saya ingin merujuk kembali mengenai persediaan kita sebelum berangkat  iaitu dengan kita selalu solat taubat, solat hajat dan beberapa solat sunat lagi ia membantu menmbersihkan hati kita apabila kita berada di tanah suci.

Adakalanya hati berdetik berkenaan sesuatu, sesuatu itu akan berlaku tanpa kita sedari. Kebanyakkan detik hati pada isu keburukan malah apapun perbuatan yang mendatangkan rasa riak, sombong mestilah dijauhi. Kadangkala hanya dengan pengucapan kita, ”jangan takut..tak hilang seliper tu kalau letak kat situ”, ada kalanya betul-betul hilang selipar itu.Sekiranya kita tersedar dari perkara-perkara ini, berisgtifarlah dan memohon keampunan dariNya.

  1. Kepentingan Doa Dalam Setiap Perkara.
Doa amat memainkan peranannya dalam aspek kehidupan kita lebih-lebih lagi apabila berada ditanah suci Mekah dan Madinah. Setiap apa kesusahan atau perkara-perkara yang hendak kita lakukan, berdoalah dengan seyakin-yakin doa, insyallah Allah akan memakbulkan seperti contoh kita mahu melakukan tawaf diwaktu puncak. Sebelum memulakan, berdoalah supaya dipermudahkan, insyallah akan dipermudahkan ibadah tersebut.

  1. Aktiviti Didalam Masjid.
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah 2 masjid tersuci pada umat Islam. Setelah beribu batu datang dari Malaysia dan membayar beribu ringgit untuk sampai kesana maka pergunakalah masa yang ada untuk membuat ibadah umrah,  solat berjemaah dimasjid dan berikhtikaf didalamnya kecuali ditimpa musibab seperti demam atau tidak berupaya kemasjid.

DiMasjidil Haram, gunakanlah masjid untuk beribadah sepenuh-penuhnya seperti tawaf sunat, solat sunat, membaca al Quran, melihat Kaabah (melihat Kaabah mendapat pahala disisi Allah). Kadangkalanya kita akan berikhtikaf dimasjid bermula dari waktu maghrib ke Isyak, kadang-kadang dari waktu Asar sehingga Isyak. Semasa kita berikhtikaf ini, lakukanlah perkara-perkara seperti tawaf sunat, membaca al Quran, solat sunat, bersedekah seperti mengambilkan air zam-zam untuk diberikan kepada jemaah berdekatan.

Itulah diantara sebabnya pada tips persediaan untuk menunaikan umrah itu saya selitkan faktor seperti menjinakkan diri kita dengan menghadiri majlis ilmu agar kita dapat berikhtikaf dimasjid ditempat tinggal kita. Dengan demikian tidaklah terasa kekok atau akan berputar persoalan dikepala apa nak buat dalam masjid  sementara menunggu waktu Asar sehingga Isya.

Apabila di Masjid Nabawi, ingatlah supaya kita perlu meletakkan tertib kita lebih tinggi apabila berada didalam masjid terutamanya apabila kita berbual-bual. Didalam sirah Nabi saw, perkara ini dinyatakan agar kita tidak menninggikan suara kita dan terdapat ayat  al Quran tersebut yang diletakkan diatas dinding Makam Nabi saw apabila kita menziarahi makam beliau.

Semasa berada ditanah suci, janganlah kita melakukan sebarang perlakuan kurafat yang membolehkan gugurnya akidah.

  1. Lawatan Ziarah .
Turutilah lawatan-lawatan dan ziarah ini agar kita dapat memahami keperitan, kesusahan, tahap keimanan mereka yang terdahulu iaitu mereka yang bersama-sama Rasulullah saw memperjuangkan Islam.

  1. Kesihatan.
Untuk menjalankan ibadah-ibadah ditanah suci ini amat memerlukan kudrat. Sekiranya permergian kita itu diwaktu musim panas, disarankan perbanyakanlah minum air kerana air zam-zam dimasjid  ada disetiap laluan atau tiang agar kesihatan terpelihara walaupun padaNya kita berserah.

c. Selepas Kembali Menunaikan Umrah.
  1. Semasa Perjalanan Balik.
Dalam perjalanan (pergi/)balik ini ada diantara jemaah yang tertinggal solat fardunya. Cuba elakkan ini daripada berlaku dalam perjalanan kita. Islam itu mudah, kita boleh solat dimana-mana.... dalam kapalterbang, di tempat menunggu di airport dan sebagainya selagi mana kita yakin tempat itu bersih.

  1. Solat Sunat Dua Rakaat Dan Majlis Kenduri
Setelah kapalterbang mendarat diKLIA, dalam perjalanan balik kerumah, jangan lupa untuk solat 2 rakaat dimana-mana masjid atau surau yang berdekatan dengan rumah kita sebelum kita melangkah kedalam rumah. Sebaik-baiknya semasa pulang ini kita adakan majlis kenduri dirumah kita semasa hari sampainya kita dirumah. Ini adalah beberapa adab yang saya perolehi dari beberapa ustaz apabila kita pulang dari menunaikan umrah

3. Istiqamah
    Beristiqamahlah kita selepas mengerjakan umrah ini dengan selalu berjemaah di surau atau masjid dan menghadiri majlis ilmu agar hubungan kita denga Allah itu tidak putus ditengah jalan.

Begitulah sedikit coretan dari pengamatan saya sebagai insan yang kerdil dalam agama Allah ini melalui pengalaman saya menunaikan Haji dan Umrah.

Semoga apa yang saya loretkan ini akan menambahkan rasa ketaqwaan dan rasa kemanisan iman agar kita terus beristiqamah mengerjakan apa-apa yang disuruhNya dan meninggalkan yang dilarangNya.

Yang baik  itu datangnya dari Allah swt manakala sekiranya terdapat kesilapan dalam nukilan saya ini adalah kerana kurangnya ilmu serta pemahaman saya terhadap ilmu agama ini.

Semoga ia memberikan menafaat kepada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan ibadah umrah pertama kali dan saya berdoa agar sahabat-sahabat yang pergi menunaikan ibadah itu mendapat umrah yang mabrur dan mabrurah.

Ingatlah bahawa pemergian insan ketanah suci itu adalah jemputan dariNya maka bersihkanlah hati dan jauhilah perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah swt. Amatilah apa yang terkandung dalam lafaz kita;

Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulka La Syarikalah….

Ikhlas dari,
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
19 Safar 1433
13 Januari 2012

19 comments:

  1. a'kum Tuan, di sini saya ingin bertanyakan tentang majlis kesyukuran tu, dalam tulisan tuan menyatakan dibuat selepas balik umrah. sekiranya pergi buat haji majlis tu kena buat sebelum ataupun selepas buat haji?ape pandangan tuan. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. a'kum Tuan, di sini saya ingin bertanyakan tentang majlis kesyukuran tu, dalam tulisan tuan menyatakan dibuat selepas balik umrah. sekiranya pergi buat haji majlis tu kena buat sebelum ataupun selepas buat haji?ape pandangan tuan. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Majlis kesyukuran sunat dilakukan setelah kembali ke Malaysia..... saya pernah terbaca bab ini...... Wallahualam!
    Harap dapat rujuk kepada Ustaz...

    ReplyDelete
  4. Salam tuan saya nak pergi ke umrah tp belum bersedia nak pergi dan sy seorang yg msh jahil...bagaimana tu boleh nyatakan...kerana sy dibagi peluang ke umrah cuma sy masih keliru lagi...tolong bg nasihat sikit.....

    ReplyDelete
  5. alhamdullilah..seronoknyer.... all the best Muhammad taufiq Goh...semoga during your visit to rumah Allah, akan mendapat ketenangan yang abadi..amin...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum. terima kasih diatas perkongsian yg begitu bermakna bg sy yg baru pertama kali ingin mengerjakan ibadah umrah. jazakallahu khairan kathiran!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, terima kasih atas panduan yang sangat bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..
    terima kasih banyak2 di atas perkongsian tips-tips ini.. insyaAllah dapat nanti saya manfaatkan... :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, seronok baca coretan Tn. Haji...
    doakan semoga kami sekeluarga dapat menunaikan umrah juga..insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. Semoga kita diberkahi Allah dan dimudahkan untuk bisa istiqomah setiap tahun umrah ke tanah suci dan bisa berbagi rejeki dengan mengajak saudara/I kita...terutama orangtua dan saudara sekitar kita...aminnn

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas peneranga saudara. wassallam

    ReplyDelete
  12. Good sharing. semoga Allah beri rezeki untuk saya menunaikam umrah pada tahun depan..tgh kumpul duit dengan bisnes ni..

    untuk persediaan fizikal, ramai juga yang mengambil supplemen shaklee..

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian ini. Banyak membantu dalam persiapan saya untuk menunaikan umrah. Insyallah saya akan menunaikan umrah pada Januari 2015.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian detail ini. Sangat bermanfaat kepada mereka yang belum lagi menunaikan umrah dan berhajat untuk ke sana. Selepas menunaikan umrah, kepada mereka yang masih belum menunaikan haji, boleh lah mulakan tabung kewangan persediaan menuju ibadah haji.

    ReplyDelete
  15. Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah.

    Anway, kalau ada sesiapa yang mencari tudung Umrah, saya sarankan gunakan WERDA Tudung SOLAT-READY yang sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

    Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

    ReplyDelete
  16. T.ksh krn info ni.saya ingin sgt menunaikn umrah dan membawa ibu dan bapa saya tpi bln sept.yg lalu bapa telah meyahut panggilan ilahi.saya bcadang nak bwa ibu saya dan ibu mertua saya bersama2 pd cuti sekolah bln mei-jun 2016 ni.saya mahu gunakn kesempatan ni krn mrk masih sihat.blhkah saya pergi dgn mrk tanpa suami ikut bsama.apa pandangan ustaz.tq

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum Ustaz,

    Apa hukum menyambut orang yang baru balik dr mengerjakan Umrah?

    ReplyDelete
  18. ALHAMDULILLAH .. TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  19. umrah packages

    binqasim travels present best umrah package 2017 at affordable price with best facilities.Now book your desireable umrah package in very cheap

    price,this ramzan book the journey of your life time with bin qasim travels.bin qasim travels offers best umrah package in karachi, you can

    see our packages at our website.

    ReplyDelete