Sunday, March 31, 2013

HURAIAN MENGENAI SAKA OLEH USTAZ SHAHRAN SHAFIE


HURAIAN MENGENAI SAKA OLEH USTAZ SHAHRAN SHAFIE
(Semasa Wacana Perdana Siri keTiga di Masjid alHasanah, BBBangi, 30/03/13)

Pengertian Saka :
Perjanjian diantara jin /syaitan dengan manusia untuk mendapat kehebatan, kecantikan dll dengan syarat2 tertentu untuk jangkamasa tertentu (7 keturunan)

Saka berpindah dengan cara:
1. anak cucu yang ada mengambil jampi serapah dari datuk atau nenek mereka yang mempunyai saka
2. Peninggalan barang2 datuk/nenek yang mempunyai saka seperti cincin, keris pisau kepada anak cucu
3. Anak cucu yang tinggal bersama datuk atau neneknya yang mempunyai saka
4. Anak yang kuat berpegang kepada agama

Tanda-tanda mereka yang mempunyai saka samada disedari atau tidak
1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat tinggi
2. Selalu bermimpi berada ditempat yang kotor atau di perkuburan
3. Selalu bermimpi berada di awang-awangan
4. Selalu bermimpi dikejar oleh binatang2 buas
5. Selalu bermimpi dikejar/dipatuk/dibelit oleh ular
6. Selalu bermimpi menyusukan bayi atau mendukung atau meriba bayi
7. Selalu bermimpi berjumpa lembaga2 yang pelik
8. Selalu mengingau dalam tidur
9. Selalu bermimpi orang memberikan barang kepada kita
10. Selalu terasa ditindih/dihimpit semasa tidur

Tanda-tanda mereka yang mempunyai saka semasa sedar:
1. Selalu merasa berdebar-debar tanpa sebab
2. Perkara2 kecil boleh menimbulkan kemarahan
3. Semasa bangun dari tidur terdapat kesan2 lebam dianggota badan
4. Selalu sakit2 dibahagian belakang badan
5. Mengantuk semasa Majlis Ilmu

Dipengakhiran majlis, Ustaz telah mengnugerahkan ilmu /ayat kepada semua para jemaah untuk menghindarkan Saka. Bacalah ayat ini sekali selepas setiap solat:

Surah Hud, ayat 57 yang bermula dengan;
"Inna robbi alla qulli shai in hafiz"

Semoga bermenafaat..Wallahualam

No comments:

Post a Comment