Thursday, March 21, 2013

KISAH SYEIKH MUTAWALLI SYA'RAWI


Syeikh Mutawalli Sya'rawi dilahirkan pada 15 April 1911/12 Rabiulakhir 1328H di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqaliyyah, Mesir. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Mutawalli Sya’rawi Husaini yang nasab keturunan bapanya sampai kepada Husain bin Ali ra. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia.
digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah wafat ketika berumur 87 tahun.

Dikisahkan pada zaman kehidupannya, beliau telah menghadiri satu perjumpaan para ulamak di satu tempat. Di dalam perjumpaan tersebut, tiba-tiba beliau telah bangun dan mengajukan satu persoalan, 
“Siapa yang boleh menjawab soalan ku... mengenai tatkala wafatnya Rasulullah saw, kemanakah perginya air mandi jenazah Rasulullah saw ?”
Lalu bangun seorang ulamak seraya berkata, “Bolehkah aku memberikan jawapannya pada esok hari?”, lalu dijawab oleh Syeikh Sya’rawi, “Boleh silakan”

Maka ulamak tersebut pun berusaha mencari jawapan kepada persoalan tersebut, lalu dilihat mana-mana sirah mengenai kewafatan Rasulullah saw, namun tidak berjumpa, lalu beliau solat hajat dan solat tahajud. Akibat keletihan beliau pun tertidur maka dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan ketika itu Rasulullah saw ditemani oleh seorang yang memegang lampu (pelita).

Rasulullah saw menegurnya, mengapa beliau kelihatan rungsing. Maka dijawab oleh ulamak tersebut, dia sedang mencari jawapan kepada satu soalan, dimanakah perginya air mandi jenazah Rasulullah saw. Lalu baginda tersenyum dan melihat kepada orang yang menemaninya, lalu dijawab oleh orang yang memegang lampu itu,

“Air mandi jenazah Rasulullah saw itu tidak sempat jatuh ke bumi tetapi telah sejat ke atas dan mana-mana titik air mandi jenazah Rasulullah saw itu jatuh ke bumi bersama hujan, maka akan terbinalah masjid disitu.”

Lalu terbangunlah ulamak dan gembiralah beliau kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan Syeikh Sya’rawi.

Pada keesokan harinya, diperjumpaan para ulamak tersebut, bangunlan Syeikh Sya’rawi dan bertanyalah beliau kepada ulamak yang ingin menjawab persoalannya tadi.

Lalu berceritalah ulamak tadi dengan menyatakan bahawa malam tadi beliau telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan beliau telah pun mendapat jawapannya.

Sebelum sempat ulamak itu bercerita panjang maka pantas dipotong percakapan ulamak tersebut oleh Syeikh Sya’rawi;

“Rasulullah saw kan ditemani oleh seorang yang membawa lampu dan dia telah menceritakan kepadamu, air mandi jenazah Rasulullah saw itu tidak jatuh ke bumi tetapi telah terus sejat dan setiap titik dari air mandi jenazah Rasulullah saw yang turun membasahi bumi bersama hujan akan terbina lah masjid ditempat tersebut”...kata Syeikh Sya’rawi.

Maka terkejutlah ulamak tersebut lalu bertanya kepada Syeikh Sya’rawi;
“Bagaimana tuan mengetahui mimpi saya ini?”

Lalu dijawab oleh Syeikh Sya’rawi;
“Orang yang membawa lampu disisi Rasulullah saw itu adalah aku”
Tingginya makam seorang yang dekat dirinya dengan Allah dan Rasulnya... beliau adalah Syeikh Sya’rawi.

Nukilan ini dikisahkan oleh Al fadhil Ustaz Sallahudin Nasir di kuliah maghrib malam tadi, 20/03/2013 di Surau AnNur, Bandar Baru Bangi.
Wallahualam...semoga bermenafaat kepada pembaca-pembaca sekelian

No comments:

Post a Comment