Sunday, March 16, 2014

Menunda Amal Kebaikan Kerana Menantikan Kesempatan

Al-Sabuni menukilkan daripada Tafsir al-Khazin yang bermaksud:
"Kamu melebihkan kehidupan dunia yang binasa ini daripada akhirat yang kekal sehingga kamu sibuk dengannya dan lupa kepada akhirat, walhal akhirat jauh lebih baik daripada dunia dan kekal. Sesuatu yang kekal lebih baik daripada yang binasa. Bagaimana mungkin orang berakal memilih yang binasa daripada yang kekal? Bagaimana mereka prihatin dengan negeri yang penuh tipu daya dan meninggalkan keprihatinan untuk negeri yang kekal abadi?"

.... antara nukilan dalam Kitab Syarah AlHikam dalam tajuk ke 18 - Menunda Amal Kebaikan Kerana Menantikan Kesempatan, yang diulas oleh Ustaz Rashidy Jamil di kuliah maghrib di Surau An Nur, 15/03/14.


No comments:

Post a Comment