Monday, October 20, 2014

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU - Us. Ahmad Dasuki Abd Rani (12/10/2014)







INTIPATI. DARI MAJLIS ILMU
(Us. Ahmad Dasuki Abd Rani, Surau AnNur, BBBangi, 12/10/2014, Kitab Jalan Menuju Akhirat) 

Bab: Keyakinan 

  1. Hidup ini bukan hanya di dunia tetapi di akhirat. 
  2. Kamu akan rasa tenang akan janji-janji Allah dan tidak takut meninggalkan dunia.
  3. Orang yang tidak yakin tidak akan melakukan ibadah, hadir majlis ilmu, melakukan ibadah qurban, puasa sunat, tahajud dsbnya.
  4. Tiga darjat ahli keyakinan di kalangan orang-orang beriman. Hidup orang-orang beriman akan diuji oleh Allah swt :-
  • Darjat Ashabul Yamin. Percaya dan pasti adanya Allah dan hari pembalasan tetapi ada juga datang keraguan.
  • Darjat para Muqarabbi. Seseorang yang tidak merasa akan keuntungan dunia tetapi iman semakin bertambah akan alam akhirat. Mereka nampak alam akhirat contoh menderma, mereka nampak disebalik nilai ganjarannya melalui ibadah menderma, membaca AlQuran dan nilai ganjaran bacaannya (kisah Sheikh Ahmadyyasin)dsbnya.
  • Darjat para Nabi, sahabat-sahabat, para sodhikin yang telah merasa lazatnya ibadah. Mereka berlumba untuk mendapat kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Pandangan qasyaf di kalangan mereka. (Kisah orang buta Abdullah bin Mahtum)

Bab: Perihal Niat

  1. Selepas yakin, perlu ada niat contoh untuk berbuat kebaikan, niat untuk mati syahid dsbnya.
  2. Banyakkan niat untuk berbuat kebaikan kerana ia adalah pahala.
  3. Perbaikilah dan ikhlaskan niat kerana Allah swt kita setiap saat.
  4. Hadis Rasulullah saw "Tiap tiap amalan dimulai dengan niat." (Kisah hijrah Nabi ke. Madinah dan salah seorang yang berhijrah kerana mengikuti tunangnya dan bukan kerana Allah swt)
Wallahualam

No comments:

Post a Comment