Sunday, December 21, 2014

Intipati dari majlis ilmu - Ust Dr Nik Zawawi Nik Salleh

14/12/2014 - Kuliah Subuh
INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Dr Dato Nik Zawawi Nik Salleh, Surau AnNur BBBangi, Kitab Tazkirah AlQurtubi) 

PEMBANGKITAN HARI - JUMAAT 

1. Tidak semua yang dijemput pada hari Jumaat diberikan keberkatan.
2. Kelebihan dikurniakan kepada orang yang mati dalam Husnul Khatimah dan matinya pada hari Jumaat.
3. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari.
4. Dalam keadaan Allah tidak berhajat kepada manusia, kasihnya Allah kepada kita serta kurniaan rahmatNya telah mengadakan kelebihan pada hari Jumaat kepada hamba-hamba-Nya.
5. Orang yang menghidupkan hari Jumaat dengan ibadah ibadah mereka akan mendapat ganjaran yang amat besar.
6. Dalam hadis Nabi saw ada menyatakan mengenai malam ;
"Setiap malam, malam menyeru kepada manusia, buatlah perkara yang baik kerana aku tidak akan berulang kepada kamu sehingga hari kiamat"

7. Sentiasalah kita beringat mengenai hari Jumaat kerana kelebihan kelebihan yang ada padanya. 

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment