Thursday, May 10, 2012

Empat Golongan Yang Dibenci Allah swt


EMPAT GOLONGAN YANG DIBENCI ALLAH swt

Ingin berkongsi hadis semasa kuliah maghrib pada 30/04 diSurau AnNur, BBBangi bersama Us Kamal Ashari-

"Drp Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda;
Empat orang yang dibenci Allah swt-

1. Penjual yg selalu bersumpah bohong
2. Fakir yg takbur
3. Org tua yg berzina
4. Pemimpin yg zalim

Semoga sahabat2 mendapat menafaat

Kembalikan Keberkatan Dalam Rumah


KEMBALIKAN KEBERKATAN DALAM RUMAH

Ingin berkongsi bersama sahabat2,  kuliah subuh diSurau AnNur hari ini, 29/04 bersama Us Izhar Arif dgn tajuk"Bagaimana Mengembalikan Kebekatan Dalam Rumah";

1. Sentiasa membaca alQuran
2. Kembalilah ketaqwaan kpd Allah
3. Mulakan segala perbuatan yg baik dgn bismillah
4. Makan bersama2 secara jamaah
5. Jgn kedekut memberi nafkah
6. Perbanyakkan doa
7. Dekatkan diri dgn Allah
8. Bangun untuk solat malam
9. Eratkan hubungan siratulrahim dikalangan ahli keluarga
10. Semua asas rezeki didlm rumah dari sumber rezeki yg halal

Semoga bermenafaat kpd sahabat

Tunggul Kurma Menangis MerinduiNya


TUNGGUL KURMA MENANGIS MERINDUINYA

Ingin berkongsi bersama sahabat2, kuliah maghrib di Surau AnNur, BBBangi pada 04/05/2012 bersama Ustaz Yusainie Yahya mengenai Kitab "40 Hadith Keistimewaan Rasulullah saw", hadith yg ke 33, berbunyi;

Daripada Jabir ibn Abdullah berkata;
...
"Sebelumnya, Rasulullah saw sering berdiri pada sebatang tunggul kurma(ketika berkhutbah). Tetapi setelah dibina untuk Baginda saw sebuah mimbar (dan Nabi saw berkhutbah diatas mimbar tersebut) kami mendengar suara tangisan tunggul kurma tersebut seperti teriakan unta bunting 10 bulan sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar tersebut maka ia pun berhenti menangis"

Berkata Abu al Qasim al Baghawi : Apabila Hasan al Basri menceritakan kisah batang kurma itu, beliau akan menangis seraya berkata:
"Wahai hamba Allah! Batang kayu merintih kerana rindu terhadap Rasulullah saw setelah berpisah dengannya, maka kalian adalah lebih berhak merindui pertemuan dengan Rasulullah saw"

Semoga bermenafaat kepada semua..insyallah..Ameen

Syirik Terhadap Allah swt


SYIRIK TERHADAP ALLAH swt

Kuliah maghrib disurau AnNur, BBBangi pada  05/05/2012 bersama Ustaz Ridzwan Ismail membicarakan mengenai Ayat 4, Surah Alfatihah yang bermaksud;

"Hanya kepada Engkau kami beribadah (dgn puncak ketundukan dan ketaatan) dan kepada Engkau kami mohon pertolongan"

Menurut Sheikh Abd Majid AlZindani syirik berlaku dalam 3 perkara;

  1. Perlakuan yang dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan Tuhan yang lain.
2.   Perlakuan yang dilakukan oleh orang2 Rom dan musyrik dan yang menyembah berhala.
3.  Perlakuan yang dilakukan serta dimulakan oleh Abdullah bin Ubai

sehingga kemasyarakat pada hari ini yang dapat kita lihat didepan mata kita iaitu orang yang tidak menyembah berhala selepas pulang dari masjid tetapi orang yang menyembah dan sujud kepada Allah dalam solatnya TETAPI dia menafikan perintah Allah kemudian daripada solat....dan ini adalah syirik kepada Allah....

Nauzubillah.....moga sahabat2 mendapat pengajaran dan menafaat daripada sedikit ilmu yang saya ingin kongsikan ini....

Wallahualam....



Tanda-tanda Berlakunya Kiamat - Kemunculan Dajjal


TANDA-TANDA BERLAKUNYA KIAMAT – Kemunculan Dajjal

Kuliah subuh pada 06 Mei 2012 diSurau AnNur bersama Ustaz Tarmizi Abd Rahman membicarakan Kitab “Iman, Rukun, Hakikat dan Pembatalannya” dengan tajuk Tanda2 Berlakunya Kiamat... Kemunculan Dajjal.

Drp Huzaifah bin alYaman ra, Nabi saw bersabda;

"Sesungguhnya saya lebih mengetahui Dajjal sendiri. Bersamanya dua batang sungai yang mengalir. Yang pertama kelihatan air yang putih dan yang kedua kelihatan api yang bernyala-nyala. Apabila seseorang mendapati sungai yang pertama maka hendaklah ia berpaling dan datangilah sungai yang kedua yang ia lihat padanya api dan hendaklah ia memejam mata kemudian tundukkan kepala dan terus minum air itu. Sesungguhnya sungai itu adalah air yang sejuk. Dan sesungguhnya Dajjal itu matanya buta sebelah, dimatanya ada selaput putih yang tebal, tertulis didahinya kalimah kafir, yang dapat dibaca oleh mukmin yang pandai menulis dan mukmin yang tidak pandai"

Hanya 3 golongan yang mengetahui Dajjal itu sepertimana tertulis "dapat dibaca oleh yang pandai menulis dan mukmin yang tidak pandai";

1. Org yang berilmu (agama)
2. Org yang beriman
3. Org yang mendapat taufiq

Semoga perkongsian ilmu ini menerbitkan lagi tingkat iman sahabat2 blogger sekelian....

Wallahualam

Monday, May 7, 2012

Wedding Reception - 05/05/2012

Wedding Reception pada 05/05/2012 disekitar Bandar Baru Bangi daripada Hj Baharudin dan Hjh Rubiah, jiran lama kami semasa menyewa di Jalan 6, Bandar Baru Bangi. Selepas itu ke Seremban 3 menghadairi jemputan dari Hj Isa (sahabat sebilik saya semasa mengerjakan Haji pada tahun 2008) dan isteri beliau Hjh Meriam...tahniah kerana dapat menantu.
















Di Alamanda dan Masjid Putra, Putrajaya

Duduk2 sambil menunggu wife dan anak perempuan shopping....




Radzman dengan pose istimewanya....peewiit!!!





Teringatkan mak we...he...he..he...






Syamimi....


Jalan-jalan sambil mengambil angin petang di Masjid Putra...try lens 50mm ni pulak...not bad jugak...