Thursday, May 10, 2012

Tunggul Kurma Menangis MerinduiNya


TUNGGUL KURMA MENANGIS MERINDUINYA

Ingin berkongsi bersama sahabat2, kuliah maghrib di Surau AnNur, BBBangi pada 04/05/2012 bersama Ustaz Yusainie Yahya mengenai Kitab "40 Hadith Keistimewaan Rasulullah saw", hadith yg ke 33, berbunyi;

Daripada Jabir ibn Abdullah berkata;
...
"Sebelumnya, Rasulullah saw sering berdiri pada sebatang tunggul kurma(ketika berkhutbah). Tetapi setelah dibina untuk Baginda saw sebuah mimbar (dan Nabi saw berkhutbah diatas mimbar tersebut) kami mendengar suara tangisan tunggul kurma tersebut seperti teriakan unta bunting 10 bulan sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar tersebut maka ia pun berhenti menangis"

Berkata Abu al Qasim al Baghawi : Apabila Hasan al Basri menceritakan kisah batang kurma itu, beliau akan menangis seraya berkata:
"Wahai hamba Allah! Batang kayu merintih kerana rindu terhadap Rasulullah saw setelah berpisah dengannya, maka kalian adalah lebih berhak merindui pertemuan dengan Rasulullah saw"

Semoga bermenafaat kepada semua..insyallah..Ameen

No comments:

Post a Comment