Thursday, May 17, 2012

Hadiah Allah Kepada Hamba2Nya Yang Solleh

Alhamdulillah....

Allah yang Maha Besar, Zat yang Maha sempurna yang tiada kurang baginya.

Selawat serta salam sebanyak-banyaknya kepada Rasulullah saw, sebaik-baik ciptaan
Allah, semulia-mulia utusan Allah didalam siri perutusan para Nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu.

Diturunkan kepada Baginda sebaik-baik syariat dan ajaran serta sebaik-baik nikmat Iman dan Islam.

Perbanyakkanlah selawat serta salam keatas Baginda Rasulullah saw terutamanya pada Jumaat yang maha berkat ini.

Ditangan baginda telah tersebar sebaik2 nikmat dan antara nikmat2 Allah swt yang tidak terhitung banyaknya, sebagaimana firman Allah swt iaitu nikmat Iman dan Islam.

Sehinggakan kata para ulamak, sekiranya Allah swt mengurniakan dunia dan segala isinya dan ditambah dengan dunia lain dan segala isinya kecuali Allah menghalang nikmat Iman dan Islam, maka tidak adalah berlaku pada diri kita kecuali rugi didunia dan akhirat.

Sahabat-sahabat semua….

Suka saya berkongsi satu nukilan dari Kitab AlHikam iaitu Hikmah ke 81 karya Syaikh Ibnu Atho'illah, kupasan Us Rafie Rahim semasa kuliah maghrib pada 11/05 diMasjid alHasanah, BBBangi;

"Sesungguhnya Allah menjadikan akhirat untuk tempat pembalasan bagi hamba yang mukmin, sebab dunia ini tidak cukup untuk tempat apa yang akan diberikan kpd mereka, juga kerana Allah sayang akan memberikan balasan pahala mereka ditempat yang tidak kekal"

Rasulullah saw bersabda; "Sesungguhnya tempat pecut kuda didalam syurga lebih berharga dari dunia seisinya"

Rasulullah saw menceritakan apa yg disabdakan oleh Allah Ta'ala;

"Aku telah sediakan untuk hambaKu yang solihin, apa2 yang belum pernah dilihat oleh mata, atau didengar oleh telinga, atau tergerak dalam hati manusia"

Semoga bermenafaat kepada sahabat-sahabat

No comments:

Post a Comment