Pejam...celik...pejam...celik....rasanya baru sahaja terasa anak-anak masih lagi kecil, tetapi hakikatnya kita sudah menjangkau ke umur yang ke 48...satu angka yang amat ditakuti apabila kita berumur dalam lingkungi 20an.
Apa yang pasti masa berjalan tanpa menitipkan noktahnya.
Perjalanan sehingga tahun yang ke48 ini banyak meninggalkan kenangan.
Syamimi anak sulong kami kini sudah menjangkau ke usia 18 tahun nya pada 6 Mac 2010 yang lalu. Masih lagi saya teringat sewaktu kecilnya, beliau mempunyai rambut yang kerinting, berkulit agak gelap berlari-lari kesana kesini. Teringat saya matanya bengkak apabila berlaku kemalangan dirumah tempat saya tinggalkan semasa bekerja.
Satu ketika dulu kerana beliau selalu bergaduh dengan adiknya Radzlan, saya mengurung kedua-duanya daam bilik mandi dirumah sewa kami dan mereka menjerit-jerit sebab dibilik mandi itu banyak lipas yang mereka berdua amat takut kepada serangga tersebut.
Masih segar ingatan saya masa beliau berlari-lari turun dari basnya kearah rumah tempat penjagaannya. di Jalan 6 Bandar Baru Bangi.
Setiap pagi ibunya akan mengumpannya ais krim supaya beliau tidak menangis kerana pada masa itu isteri saya mengajar dan berulang dari Bangi ke Taman Melawati Kuala Lumpur. Akhirnya beliau mengidap athma sebab terlalu banyak diberikan ais krim semasa beliau kecil.
Semua ini adalah kenangan-kenangan saya mengenai beliau.
Bersempena hari lahir yang ke 18 dan Radzman pula tidak pernah ke Genting Highland, saya sekeluarga telah ke Genting untuk menyambut hari kelahirannya.
Harapan ibunya dan saya, semoga Syamimi akan membesarkan dalam landas-landas agama Islam, dimurahkan rezeki, diberikan ilmu yang baik, menjadi anak yang solehah, sentiasa diberikan nikmat iman, taqwa serta kesihatan yang baik juga sentiasa dilimpahi rahmat Allah swt. Siapalah kita tanpa rahmatMu Ya Allah. Berikan perlindungan kepadanya dan pandulah Syamimi kejalan yang lurus serta mendapat kebaikan dipengakhiran hidupnya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
06 Mac 2010
Salam..tuan Hj, pkaba? Amboi! dah bosar anak dara yea..ermmm..tak lama lagi boleh bermenantu lak! Eh! tapi kena abis blaja dulu yea..hehe
ReplyDeleteTks faridah...baru baca komen u.
ReplyDelete