Thursday, February 24, 2011

PENGAJARAN DARI MUSIBAH INI

Pagi 24 Februari 2011 yang tenang tetapi Allah menguji saya dengan sekelumit musibah pada pagi ini, terlanggar motosikal…apabila pergi kepadanya saya dapati terdapat luka sikit dikaki penunggangnya dan motosikalnya ada terdapat kerosakan... Memang salah saya kerana tidak melihat beliau dihadapan di ”round about” tersebut.

Bersimpati dengan melihat beliau terjatuh (berkali-kali saya mohon kemaafan kepadanya kerana saya tidak perasan akan beliau tadi), luka serta terdapat kerosakan pada motosikalnya, saya hulurkan nota RM 100 kepadanya dan beliau meolak pemberian saya dan beliau kata,

”Banyak tu encik”

...lalu saya hulurkan pula RM 50 lalu beliau menolak jua dan berlakulah tolak menolak memberi dan tidak mahu menerima. Akhirnya saya letakkan nota RM 50 itu dalam bakul motornya lalu beliau menerimanya...alhamdulillah... Dalam keadaan memberi dan menolak itu sempat beliau bertanya saya,

”Kereta encik OK ke?” lalu saya katakan

”Sikit aje..pecah lampu signal” saya balas.

Dalam perjalanan saya ketempat kerja itu, hati tertanya-tanya masih terdapat manusia yang hidup dengan berpaksikan kepada redha Allah swt...pada pandangan saya berkemungkinan beliau bekerja sebagai kerani atau pembantu di pejabat sahaja tetapi mempunyai hati yang mulia dan saya percaya bukan dari kalangan yang meminta-minta.

Saya masih teringat pengajian kuliah subuh pada Ahad lepas bersama Ustaz Dr Abdullah Yasin dalam kuliah tafsirnya, maka saya rasa inilah dikalangan mereka yang tidak meminta-minta seperti pada Surah al-Maarij, ayat 25.

Subhanallah jujurnya dia....Ya Allah, selamatkan orang ini dan berkatilah rezekinya bersama keluarganya dan moga dia mendapat rahmatMu dunia dan akhirat....Ameen..

HJ ROSE ADY HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi
21 Rabiulawal 1432

No comments:

Post a Comment