Friday, June 17, 2011

The Journey To Baitullah - 01/06 - 14/06/2011



Umrah 2011

Ini merupakan pemergian kali yang ke 4 saya ke tanah suci yang penuh dengan keberkatannya, bermula pada tahun 2003 bersama aruah ayah, emak serta datuk, 2005 bersama seisi keluarga, 2008 bersama isteri menunaikan Haji serta kali ini dari 1 – 14 Jun 2011, juga bersama keluarga kecuali Syamimi kerana terpaksa memulakan semester 3nya yang baru bermula pada 30 Mei 2011.

Kali ini juga merupakan kali ke 3 saya mengikuti jemaah dari pakej Ustaz Abdul Halim Abdullah (Hajiumrah). Mungkin ada keserasian diantara cara beliau mengendalikan jemaah dan saya maka walaupun kadang-kadang ada sungutan-sungutan kecil tetapi saya anggap ia biasa dan tidak menjejaskan sedikit pun persepsi saya terhadapnya.

Jemaaah akan transit lebihkurang 10 jam di Dhaka dan pesawat Biman Airline mendarat di Lapangan Terbang Hazrat Shahjalal, Dhaka lebihkurang jam 5.15 pagi, 01/06/2011. Alhamdulillah, ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi mat bangla, Bangladesh. Kami dibawa untuk transit di sebuah hotel dipinggir Bandar Dhaka, Hotel Regency.

Dapat saya gambarkan kepada mereka yang belum berkesempatan kebumi Mat Bangla, Dhaka boleh saya umpamakan seakan-akan Malaysia ditahun-tahun 1960an dahulu dengan bandarnya yang tidak terurus, line-line elektriknya bersimpang siur, malah kenderaan awam basnya lebih daif dari bas tahun 60 an di Malaysia dahulu.

Di hotel tempat kami menginap, boleh saya katakan sebanyak 3 kali kita putus elektrik. Jalan untuk masuk kehotel tiada lampu jalan malah apabila malam, hanya kita dapat perhatikan lampu-lampu dari kenderaan, kedai-kedai serta basikal-basikal.

Jam 10.00 malam kita berkumpul dan menuju kembali ke airport dan berlepas ke Jeddah jam 1.00 pagi.

Penerbangan ke Jeddah mengambil masa lebihkurang 6 jam dari Dhaka manakala dari KLIA ke Dhaka, lebihkurang 3.5 jam.

Tiba di Jeddah lebihkurang jam 4.40 pagi (waktu Saudi), 02/06/2011.
Setelah selesai urusan solat, Imigresen dan sebagainya, kami mengambil bas dan berlepas ke Madinah lebihkurang jam 8.00 pagi yang mana jauh perjalanan dari Jeddah ke Madinah adalah lebihkurang 440 km dan mengambil masa antara 5-6 jam. Perjalanan yang memenatkan namun lambaian Masjid Nabawi, Rawdah serta Makam Rasulullah saw  menyebabkan para jemaah tidak merasakan kepenatan tersebut.

Alhamdulillah, akhirnya sampailah jemaah semua di Madinah al Munawarah al Sharif jam 12.50 petang. Cuaca amat panas sekali dan berkemungkinan diantara 43 – 46 C. Kami ditempatkan diHotel Aus beberapa meter dari kawasan penjuru Masjid Nabawi.

Di Madinah, kita dapat menziarahi Makam Rasulullah saw serta sahabat2, Makam para syuhadah Uhud, Masjid nabawi yang terdapat didalamnya Rawdah, perkuburan Baqi, Masijid Quba dan lain-lain tempat ziarah lagi.

Kami sampai di Mekah pula pada hari Isnin dan alhamdulillah selamat mengerjakan umrah yang pertama sebelum solat subuh, bermakna kami tidak tidur semalaman setibanya dari Madinah. Keletihan tetapi berbaloi kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah.

Aktiviti-aktiviti di Mekah sedikit berbeza dari di Madinah kerana disamping menziarah kawasan-kawasan peninggalan sirah Nabi saw, kita juga dapat melakukan ibadah umrah selagi badan dan semangat kita kental.

Di Mekah saya dapat berjumpa dengan Azmi dan Aisyah (bekas staf Hitachi) di Bukit Marwah, sudah lebih 10 tahun tidak berhubung dengan mereka yang pada masa ini bertugas di Sabah.

Disamping itu saya juga dapat berjumpa sahabat saya yang sama-sama bekerja di Hitachi dulu iaitu, Ghazali Munir di Miqat Tanaeim.

Saya ada menghubungi sghabat yang sama2 bekerja di Hitachi dulu, Lokman Hakim, dan alhamdulillah dapat berjumpa beliau bersama keluarga di Restoren D'saji, Safwa Tower. Beliau sekarang bertugas di AJL, Jeddah.

Kami tinggal di Asia Palace Hotel dan alhamdulillah, Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pun menginap di hotel yang sama. Justeru itu, pada Kuliah malam kedua, Ustaz Halim telah menjemput beliau untuk menyampaikan kuliah berkenaan Umrah.

Bertolak balik ke Malaysia pada hari Ahad tetapi terpaksa delay di Jeddah selama 15 jam dan kami pun telah ditempatkan disebuah hotel di Jeddah.

Penerbangan balik alhamdulillah berjalan baik mengambil masa 6 jam dari Jeddah dan transit di Dhaka seketika dan terbang ke KLIA selama 3.5 jam.

Perjalanan menunaikan umrah yang menyeronokkan dan insyallah...murahkanlah rezeki kami, Ya Allah, moga kami akan dapat kembali lagi ke Baitullah, beribadah, bertaubat agar kami mendapat naunganMu serta beroleh jannahMu diakhirat kelak.

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

No comments:

Post a Comment