Monday, May 30, 2011

Pengakhiran Hidup Yang Baik

PENGAKHIRAN HIDUP YANG BAIK

Assalamualaikum wbt
Sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah swt

1.      Pertama-tamanya marilah kita memuji Allah swt yang  Maha Besar yang
   tiada kurang sifat baginya. Perbanyakkanlah selawat dan salam kepada junjungan     kita  Nabi Muhammad saw yang disifatkan oleh Allah swt merupakan sebaik2 utusan  Allah, diturunkan kepada baginda serta sebaik2 syariat dan ajaran.

2.      Ditangan baginda telah tersebar sebaik2 nikmat dan antara nikmat2 Allah
   swt yang tidak terhitung banyaknya, sebagaimana firman Allah swt iaitu
   nikmat Iman dan Islam

3.      Sehinggakan kata para ulamak, sekiranya Allah swt mengurniakan dunia
dan segala isinya dan ditambah dengan dunia lain dan segala isinya kecuali Allah menghalang nikmat Iman dan Islam, maka tidak adalah
       berlaku pada diri kita kecuali rugi didunia dan akhirat.

4. Pertamanya kita panjatkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi diatas rezekinya
     yang tidak pernah putus-putus kepada kita.

Alhamdulillah…

Subuh Ahad, 22 Mei 2011 yang lalu, saya telah digerakkan hati olehNya untuk bersama-sama hadir disatu majlis ilmu di Surau AnNur, Bandar Baru Bangi selepas menunaikan solat subuh berjemaah.

Memang saya selalu menanti-nantikan ustaz ini, Ustaz Amir Muttakin kerana ilmu agama beliau serta kisah-kisah tauladan pengalaman beliau memandikan jenazah selama 8 tahun. Artikel-artikel beliau selalunya menghiasi laman dalam majallah Mustika.

Sebenarnya tajuk kuliah beliau adalah mengenai 3 golongan yang dimurkai Allah swt tetapi diakhir kuliah beliau telah menceritakan satu kisah yang saya suka untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat agar kita boleh mendapat menafaat darinya untuk bekalan kita untuk menghadap Allah swt.

Kisah dimulai dengan kekerapan beliau sejak akhir-akhir ini pergi ke Sarawak untuk mengembangkan agama yang amat mulia ini. Apa yang peliknya didalam rombongan beliau ini terdapat seorang bekas mubaligh Kristian yang terkenal yang telah ramai memurtadkan orang untuk masuk Kristian di Sarawak iaitu seramai lebih 15,000 orang.

Sepanjang beliau bersama-sama jemaah Ustaz Amir, terdapat teguran-teguran beliau yang membuatkan Ustaz Amir tersentak dan terfikir sejenak apa keistimewaan beliau ini. Lalu Ustaz menceritakan teguran-tegurannya yang dilemparkan oleh beliau kepada jemaah Ustaz dan diantaranya adalah seperti berikut;

  1. Beliau menegur salah seorang sahabat dalam jemaah tersebut yang apabila membuat pembacaan hadith tidak menyatakan sekali sanat hadith tersebut. Menurut beliau hadith mesti dibaca menurut sanatnya sekali dan dengan ini barulah orang yang mendengar mendapat kepastian akan kesahihan hadith tersebut. Malah apa yang mengejutkan Ustaz Amir adalah, beliau dapat menyatakan hadith yang dibacakan oleh sahabat tadi beserta dengan perawinya, kitab mana dan mukasurat mana.
Subhanallah!!!

  1. Sementara itu beliau juga telah menegur kesalahan seorang sahabat yang membaca al-Quran lalu Ustaz bertanyakan setakat mana pembelajaran beliau mengenai al Quran. Ustaz Amir juga merasa terkejut kerana beliau telah mengaji sehingga Qirat ke 10, dan selalunya pelajar-pelajar di negara ini hanya dilingkungan Qirat ke7 atau ke 8 sahaja.
Hebat!!! jelas Ustaz.

  1. Beliau juga meminta Ustaz Amir untuk mengislamkan beliau selepas solat subuh disatu hari yang berikutnya. Alhamdulillah.

Lalu pada hari yang dipohon itu maka setelah selesainya solat subuh maka Ustaz Amir pun bersama beliau lalu upacara mengislamkan beliau dilakukan.
Lalu diajar oleh Ustaz Amir untuk mengucapkan kalimah syahadah maka beliau tiada masalah untuk mengucapkannya dengan lancar sekali. Lalu beliau berdiri dan melafazkan segala dosa serta kesalahan yang telah dilakukan olehnya.

Selepas itu beliau memulai dengan solat taubat dan menitiskan airmata beliau.

Dan begitulah perlakuan beliau, setiap selesai solat fardu, diikuti dengan solat sunat rawatib, beliau akan melakukan solat sunat taubat begitu juga pada waktu subuh dan sebelum beliau masuk tidur....Subhanallah.

Setiap perbualan Ustaz Amir bersamanya dipenuhi beliau dengan pengucapan tentang kebesaran Allah swt dan pandangannya mengenai Islam dan Allah swt.

Pada satu sesi perbualan, beliau menanyakan kepada Ustaz Amir bahawa besarnya dosa beliau kerana telah membaptiskan seramai lebih dari 15, 000... adakah Allah swt akan mengampunkan beliau lalu Ustaz Amir menjawab yang Allah swt telah memilih hambanya iaitu beliau sebagai mereka yang mendapat pengampunanNya... insyallah...amin

Walaubagaimanapun setelah seminggu setelah beliau memeluk Islam, disatu solat dzuhur, semasa beliau mengerjakan sunat taubat, beliau telah sujud agak lama iaitu lebihkurang 15 minit. Lalu Ustaz Amir menggerakkannya dan tiba-tiba beliau jatuh dan setelah diperiksa, beliau telahpun meninggal dunia dalam keadaan beliau bersujud dengan Rabbnya. Subhanallah!!!

Beliau pernah menyatakan bahawa sekiranya beliau mati, kuburkanlah ditempat dimana beliau berada.

Lalu Ustaz Amir menitipkan kehebatan insan ini dan diantaranya diceritakan;

  1. Ustaz Amir dapat melihat akan seolah-olah ada cahaya dari muka beliau tadi setelah beliau meninggal dunia.

  1. Apabila Ustaz memandikan jenazahnya, sewaktu melakukan istinjak pada jenazahnya, dan apabila keluar isi kandungan dari perut beliau, maka keluarkan bau wangi –wangian yang semakin lama semakin wangi

  1. Dan yang lebih menyerlah, bersaksikan beberapa orang sahabat serta jemaah, apabila hendak dikafankan dan hendak ditutup mukanya, keluarlah perkataan Allah pada lekukan dahinya.. Subhanallah!!!

Begitulah cerita yang dapat saya nukilkan menurut pendengaran saya serta hasil dari rakaman saya dikuliah subuh tersebut.

Mampukah kita beroleh kesempurnaan iman sepertimana yang dititipkan oleh Ustaz Amir Muttakin itu atau kita hanya mengamalkan Islam hanya pada kulitnya sahaja.

Rasulullah saw pernah bersabda;

”Jadilah orang alim yang menyampaikan ilmu, sekiranya tidak dapat menjadi penyampai ilmu, jadilah orang yang belajar ilmu, dan sekiranya tidak dapat menjadi orang yang belajar, jadilah orang yang mendengar dan sekiranya tidak boleh menjadi orang mendengar, jadilah seorang yang mencintai ilmu dan janganlah sesekali menjadi orang yang kelima iaitu membenci ilmu"

Semoga dengan kisah ini dapat kita ambil ikhtibar daripadanya agar kita beroleh amal solleh yang diredhai dan diberkati Allah swt lalu mendapat syurgaNya. Amin.

HJ ROSE ADY HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi

No comments:

Post a Comment