Monday, May 23, 2011

Amanah Dan Taqwa

Assalamualaikum wbt.

Sahabat2 yang dimuliakan Allah swt.

Semoga kita berada didalam sihat walafiat, sentiasa berada dalam perlindunganNya dan sentiasa istiqamah dengan amal ibadah kita serta berusaha mempertingkatkan tahap keimanan dan taqwa kita terhadapNya dari sehari kesehari.

Semoga kita semua mendapat rahmat Allah didunia dan akhirat. Syukur kita kehadrat Illahi kerana kita telah dikurniakan nikmat Iman dan Islam yang tanpanya akan kerugianlah kita sebagai umat Nabi Muhamad saw.

Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw sebaik-baik insan yang telah Allah ciptakan untuk memandu manusia.

Pada 17/05/2011 yang lalu, alhamdulillah, saya telah ditakdirkan hadir di satu majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Dr Zulkifli Mohamad al Bakri di Surau As Sobah, Bandar Baru Bangi.

Kuliah maghrib tersebut berkisar mengenai Kitab Syarah Al Hikam dan semasa kuliah tersebut saya tertarik mengenai satu kisah yang disampaikan oleh beliau iaitu sirah dizaman Umar Al Khattab mengenai amanahnya seorang gabenur semasa pemerintahannya yang saya suka untuk berkongsi kisah ini bersama-sahabat sekelian.

Ikutilah kisahnya agar ia dapat menjadi pedoman dalam melayari bait-bait kehidupan kita semua

Semasa Umar Khatab ra ingin memilih gabenur untuk dihantar kenegeri jajahan Islam, terdapat seorang sahabat yang mengajukan satu saranan supaya beliau memilih gabenur dari kalangan orang yang  beriman dan bertaqwa.

Tersentak Umar lalu setelah difikirkannya, lalu beliau telah memilih sahabat yang mencadangkan idea tersebut lalu ditolak oleh sahabat.

Namun Umar menyatakan ini adalah arahan lalu sahabat akur dengan arahan tersebut dan dihantar ke Hims (Kufah). Dizaman dahulu Kufah terkenal dengan sebuah negeri yang penuh dengan penyebaran fitnah yang hebat maka sesiapa yang dihantar untuk menjadi gabenur akan berhadapan dengan permasalahan ini.

Dizaman pemerintahan Umar al Khatab, beliau amatlah teliti dan amat menitikberatkan akan keberkesanan gabenur-gabenurnya memerintah dan cara beliau mengetahui keberkesanan pemerintahan seseorang gabenur itu adalah dengan 2 cara.

Pertamanya, beliau akan mendatangi sesebuah tampuk pemerintahan itu dengan lawatan mengejut dan cara yang keduanya beliau sendiri akan menanyakan mengenai tahap pencapaian gabenurnya melalui jemaah-jemaah Haji yang datang dari sesebuah jajahan takluk Islam itu apabila mereka mengerjakan Haji ke Mekah.

Pada suatu ketika tibalah masanya Umar ingin mengetahui keberkesanan sahabat yang telah dihantar ke Hims (Kufah).

Lalu sampailah ia kenegeri itu maka diarahkannya para rakyat Hims (Kufah) untuk berkumpul. Lalu beliau pun bertanyalah kepada penduduk Hims sekiranya ada diantara mereka yang ingin melahirkan rasa tidak puas hati kepada gabenurnya yang memerintah.

Lalu ramailah yang memberikan komen-komen serta ketidakpuasan hati mereka terhadap gabenur yang memerintah pada ketika itu.

Komen-komen ini telah dikategorikan kepada 4 yang utama;

  1. Gabenur yang dilantik ini hanya melakukan tugasnya pada siang hari dan tidak pula pada malam hari sebagimana Amirul Mukminin memerintah. Kata mereka, Umar menjalankan tugasnya siang dan kadang-kadang pada waktu malam tetapi tiada cirri tersebut pada gabenur yang batu ini.
  2. Beliau juga selalu sampai lewat kepejabatnya, kadang-kadang jam 10.00 pagi dan kadang-kadang jam 11.00 pagi.
  3. Beliau tidak akan hadir apabila dijemput datang kerumah penduduk-penduduk, dan
  4. Gabenur ini selalu pengsan serta seolah-olah sawan semasa ia bertugas.

Lalu Umar al Khatab pun meminta sahabatnya yang menjadi gabenur tadi menjawab persoalan-persoalan tersebut lalu sahabat ini berkata beliau tidak mahu menjawab persoalan yang datangnya dari penduduk Hims tersebut.

Lalu Umar al Khattab pun mengarahkan beliau supaya menjawabnya dihadapan mereka.

Lalu dengan rasa terpaksa maka sahabat ini juga gabenur dinegeri itu pun menjawab;

Katanya;

  1. Adapun memang beliau menjalankan tugasnya hanya pada siang hari dan sebelah malamnya pula, beliau menyatakan  adalah masa beliau mengabdikan dirinya kepada Allah swt dengan menunaikan solat, berzikir, membaca al Quran dan apa saja ibadah-ibadah kepada Rabbnya.

  1. Persoalan kedua, beliau mengakui beliau selalu lewat hadir bertugas kerana menurutnya, beliau hanya memiliki sepasang pakaian yang mana sebelah paginya beliau membasuh dan menjemurkan pakaian tersebut sehingga kering lalu selepas pakaiannya kering baru beliau menhadirkan dirinya kepejabat.

  1. Mengenai jemputan rakyat datang kerumah mereka, sahabat menyatakan tugas beliau termasuklah menjadi seorang Hakim dan Kadhi, dan oleh itu beliau tidak mahu dengan hadirnya beliau dikediaman rakyatnya, takut-takut berlakunya ketidakadilan apabila beliau memberikan hukuman-hukuman semasa pemerintahan beliau.

  1. Beliau juga mengakui selalu pengsan dan sawan kerana beliau selalu memikirkan keadaan beliau sebelum memeluk Islam satu ketika dahulu, beliau berhadapan dengan permulaan Islam dimana beliau melihat sahabat Rasulullah saw disiksa dengan dikerat-kerat tangan mereka tetapi ucapan yang keluar dari lidah mereka-mereka ini adalah “Allhuakbar” dan “Tiada Tuhan Melainkan Allah”, lantas selepas itu leher mereka dipancung. Mengingati perkara tersebut menyebabkan beliau pengsan

Betapa zuhud dan berimannya seorang gabenur yang memerintah negeri tersebut lalu fahamlah rakyatnya akan mengapa persoalan-persoalan ini berlaku.

Allahuakbar !!!

Umar juga menerima senarai nama-nama orang yang akan diberikan zakat kerana msikinnya dikalangan orang-orang tersebut lalu beliau melihat tertera nama sahabatnya iaitu Gabenur Him (Kufah) terdapat dalam senarai tersebut dan bertanya mengapa nama gabenur diletakkan didalam senarai nama penerima zakat

Lalu dijawab oleh pegawainya tadi, gabenur ini adalah merupakan orang yang paling miskin dalam negeri ini dan oleh sebab itu beliau disenaraikan untuk menerima wang zakat.

Melihatkan keadaan itu maka, Umar pun memberikan sejumlah wang untuk gabenurnya lalu sangat sukalah isteri gabenur itu mendengar apa yang keluar dari mulut Amirul Mukminin.

Walaubagaimanapun apa yang berlaku dirumah gabenur tersebut, lalu  gabenur itu pun menyatakan kepada isterinya,

“Wahai isteri ku, sekiranya engkau mahukan kekayaan dan dunia pergilah dan tinggalkanlah aku tetapi sekiranya engkau mahukan akhirat, kita tidak akan menerima wang tersebut.”

Subhanallah….begitulah kisahnya sahabat-sahabat Nabi saw semasa mereka memerintah, betapa zuhud, amanah dan bertaqwanya mereka.

Buatlah perbandingan pada hari ini maka akan kita lihat betapa jauhnya nilai-nilai iman itu dibandingkan dengan umat nabi Muhamad saw yang terdahulu.

Apa yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya yang kerdil ilmu ini.

Wallahualam

HJ ROSE ADY HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi


No comments:

Post a Comment