KEMUNGKARAN YANG DIHALALKAN
Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah.
Sekian lama sudah saya tidak menukilkan cerita di blog ini untuk dijadikan ikhtibar, pelajaran serta garis sempadan semasa hayat kita didunia yang fana ini.
Ikutilah secebis nukilan yang ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat sekelian;
Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah.
Sekian lama sudah saya tidak menukilkan cerita di blog ini untuk dijadikan ikhtibar, pelajaran serta garis sempadan semasa hayat kita didunia yang fana ini.
Ikutilah secebis nukilan yang ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat sekelian;
Pada kebiasaannya kematian membawa kedukaan kepada keluarga simati malah sekiranya simati terlantar sakit di hospital atau dirumah, terlalu banyak Allah mempertunjukkan hikmahnya kepada manusia.
Samada manusia itu sedar atau tidak iaitu sepertimana saya teringat nukilan Ustaz Rashidy Jamil juga Ustaz Zulkifli Mohamad AlBakri dalam kuliah maghribnya yang pernah saya ikuti yang membincangkan mengenai kitab Al Hikam, “Mata memandang dunia, hati melihat Allah”
Kisah ini boleh dijadikan tauladan dan mohon dari Allah swt agar kita tidak tergolong daripada mereka yang Allah murkai., sebab saban hari serta detik kita tidak terlepas dari membuat dosa kepadaNya.
Sahabat saya ini telah ditakdirkan oleh Allah jatuh sakit yang menyebabkan beliau terlantar dihospital untuk rawatan lanjut. Pertemuan pertama saya dihospital dengan beliau berlangsung dalam keadaan gembira…mungkin dah lama tidak jumpa.
Memang keluarganya sudah tidak datang kerumah kami kerana mungkin ada yang tersemat dihati beliau atau keluarganya yang meyebabkan beliau tidak menjejakkan lagi kakinya dirumah kami. Terus terang saya katakana saya tidak tahu puncanya…
Malah kadang-kadang diri ini terasa juga…anaknya yang pernah suatu ketika mendiami rumah kami atau datang bertandang pada hujung minggu semasa pengajian beliau disalah sebuah Universti tempatan, tidak lagi menampakkan muka kerumah kami…..
Tak apalah…mungkin tiada masa.
Disambungkan cerita setelah mendapat rawatan disebuah hospital kerajaan diselatan tanahair maka untuk rawatan yang lebih cepat dan sesuai bagi pandangan kita adalah di Hospital di ibukota.
Apa yang hendak saya nukilkan disini adalah bagaimana kadangkala ceteknya ilmu Islam itu untuk seorang yang muslim. Anak saudara yang dianggap anak kepada sahabat saya ini seolah-olah berbangga dengan auratnya yang terbuka semasa menziarahi sipesakit.
Menziarahi pesakit adalah dituntut oleh Islam tetapi jika tidak mengambil ikhtibar dari keadaan ini, amatlah merugikan bagi pandangan saya.
Anak-anak sahabat dibiarkan bergaul bebas lelaki dan perempuan…maklumlah “anak punya girl friend…anak buah buah punya boyfriend…” seolah-olah dihalalkan cara perhubungan tadi oleh ibu-ibu mereka yang selalu mengatakan mereka selalu mengikuti ceramah-ceramah agama diTV. ……Nauzubillah
Nampak diwajah-wajah mereka rasa sedih dan muram tetapi maksiat dihalalkan dalam bentuk persahabatan diantara anak-anak….
Walau bagaimana baik pun seseorang tetapi kita sama sekali tidak boleh menghalalkan apa yang haram disisi Rasul dan Allah swt.
Beberapa minggu dihospital, sahabat saya ini dibawa kembali kerumahnya kerana mungkin tiada harapan untuk sembuh dan dipendekkan cerita, beliau mengadap berjumpa Rabnya beberapa hari setelah berada dirumah beliau.
Dihari penyempurnaan jenazah, seperti biasa “anak punya girlfriend…, anak buah punya boyfriend” hadir juga untuk menunjukkkan rasa simpati kepada Allahyarham, namun saya lihat si boyfriend sedih.., anak-anak punya girl friend pun turut sedih.
Saya tidak menafikan perlunya kita menziarahi mereka yang ditimpa bencana lebih-lebih lagi kematian kerana ia dituntut dalam Islam.
Walaubagaimanapun…satu…satu…satu….peristiwa yang saya saksikan membuatkan hati saya meluat kerana kufurnya mereka dengan ajaran Islam.
Apa tidaknya selepas sahaja jenazah dikebumikan, dan kembali kita semua kerumah, perkara pertama yang saya mengucap panjang adalah anak saudara yang dianggap anak kepada sahabat saya ini terus menyalin pakaian yang bertudung tadi kepada membuka auratnya dan mengenakan jeans dan baju yang ketat…Nauzubillah…dalam fikiran saya…
Anak saudara beliau ini sedang belajar diKuala Lumpur dan mungkin terdapat “culture shock” disana menyebabkan beliau sentiasa berpakaian membuka auratnya walaupun satu ketika dahulu beliau berpakaian menutup aurat.
Dalam hati kecil saya….adakah beliau yang baru duduk diKL ini nak mendabik dada bahawa kita yang sama-sama hadir dirumah Allahyarham ini adalah orang kampong dan beliau telah menjadi ORANG KUALA LUMPUR?....
Atau apakah beliau rasa amat berbangga dengan berpakaian demikian, malah emak serta emak saudaranya hanya berdiam diri tanpa memberikan sebarang komen. Nauzulbillah…..
Tidak tahukah mereka, yang terdiri dari anak buah, anak, isteri yang membiarkan semuanya perlakuan ini Allah murka malah apa yang saya pelajari hasil dari kuliah-kuliah yang saya hadiri, jenazah simati akan mendapat azab yang pedih dialam barzakh hasil perbuatan mereka didunia walaupun raut wajah mereka memperlihatkan kesedihan diatas pemergian sahabat ini.
Sanggupkah mereka melihat ruh allahyarham tersiksa dialam barzakah disebabkan perbuatan-perbuatan ini.?
Tidak sayangkah mereka kepada allahyarham?
Atau bagi mereka peringatan-peringatan ini hanya dongeng atau khayalan semata dari nukilan pena ini?
Tidakkah mereka terfikir bahawa Islam bukan hanya solat 5 waktu, puasa, pergi haji tetapi ia merangkumi segala aspek kehidupan termasuk aurat, perbuatan yang si mati akan dipersoalkan tentang perbuatan-perbuatan anak-anak, keluarga didunia ini.
Memang benar setiap individu itu tidak sempurna lebih-lebih lagi saya sipenulis..tetapi kan Islam itu berlandaskan ingat mengingati?
Memang betullah sabda Rasulullah saw, "Islam itu ibarat mengenggam bara api" kerana mereka yang menegur, berpegang kepada Islam tidak akan disukai.....
Kita bersedih..... tetapi kita tidak membantu mereka dialam yang satu lagi.
Sekiranya apa yang saya loretkan ini menjengkelkan...tidak mengapa..tetapi ingatlah ruh allahyarham dialam barzakh itu mahukan perkara-perkara yang mungkar ini tiada dalam kehidupan keluarganya didunia ini.
Fikir..fikirkanlah...wahai anak-anak.
Sanggupkah mereka melihat ruh allahyarham tersiksa dialam barzakah disebabkan perbuatan-perbuatan ini.?
Tidak sayangkah mereka kepada allahyarham?
Atau bagi mereka peringatan-peringatan ini hanya dongeng atau khayalan semata dari nukilan pena ini?
Tidakkah mereka terfikir bahawa Islam bukan hanya solat 5 waktu, puasa, pergi haji tetapi ia merangkumi segala aspek kehidupan termasuk aurat, perbuatan yang si mati akan dipersoalkan tentang perbuatan-perbuatan anak-anak, keluarga didunia ini.
Memang benar setiap individu itu tidak sempurna lebih-lebih lagi saya sipenulis..tetapi kan Islam itu berlandaskan ingat mengingati?
Memang betullah sabda Rasulullah saw, "Islam itu ibarat mengenggam bara api" kerana mereka yang menegur, berpegang kepada Islam tidak akan disukai.....
Kita bersedih..... tetapi kita tidak membantu mereka dialam yang satu lagi.
Sekiranya apa yang saya loretkan ini menjengkelkan...tidak mengapa..tetapi ingatlah ruh allahyarham dialam barzakh itu mahukan perkara-perkara yang mungkar ini tiada dalam kehidupan keluarganya didunia ini.
Fikir..fikirkanlah...wahai anak-anak.
…………………
Apapun cerita ini tidak berakhir disini… selang beberapa minggu lamanya sisiteri mengadakan kenduri tahlil aruah.
Apa yang saya hendak jelaskan adalah kemungkaran itu bagaikan hendak ditunjuk-tunjuk apabila anak punya girl friend…anak buah punya boy friend memperlihatkan keakraban seperti pengantin baru apabila makan disudut-sudut rumah mereka….yang tidak memperlihatkan segan dan silu kerana semua sanak saudara allahyarham berada sama dimajlis tersebut.
Berfikirlah wahai anak-anak muda….
Yang lebih menarik…anak punya girlfriend dan anak buah punya boyfriend juga bermalam di rumah Allahyarham.
Didalam Islam ketahuilah bahawa perbuatan mereka memalukan seluruh isi keluarga malah jika ada ayahnya , atau ada bapa saudaranya dan sekiranya mereka tidak menegur segala kemungkaran-kemungkaran ini, didalam Islam mereka terdiri dikalangan orang-orang yang DAYUS…..Nauzubillah…
Saya dan isteri berdoa agar rumah Allahyarham tidak akan menjadi tempat maksiat yang diperlakukan sendiri oleh anak, anak saudara bersama boy friend dan girl friend mereka kerana dihalalkan oleh emak-emak mereka kerana kedengkilan ilmu agama
………..Mungkin disatu hari yang sesuai, saya berdoa Allah akan memberikan saya dan isteri kekuatan untuk menyuarakan kepada emak-emak mereka pasangan-pasangan haram ini nasihat-nasihat berbentuk tazkirah kerana pada pandangan mata kasar saya, bapa-bapa saudara tidak berupaya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang lelaki Muslim.
Saya juga mohon kemaafan sekiranya nukilan ini membuatkan ada hati-hati yang terguris atau marah kerana hati saya telah lama terguris akibat perbuatan-perbuatan ini.
Wallahualam.
Semoga saya dan keluarga terhindar dari perlakuan yang seperti ini serta terus menerus mendapat hidayah dari Allah swt.
Dan semoga nukilan ini menjadi ikhtibar serta panduan kepada mereka yang membacanya…
Ameen…..
Nukilan ikhlas dari
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
17 Muharam 1433 Hijrah
13 Disember 2011
No comments:
Post a Comment