Berkenaan ayat-ayat yang menggambarkan sifat manusia yang berjanji,
mengingkari janjinya, melupakan Allah swt setelah mereka menikmati nikmat Allah
serta tidak mensyukuri akan nikmat yang mereka terima
Surah Al-Fatihah
Ayat 5 – Hanya Engkaulah kami menyembah dan hanya
kepada Engkau kami mohon pertolongan
(Manusia setiap hari berjanji dan menyatakan
penyembahan serta mohonkan bantuan dari Allah swt tetapi setiap kali berada
diluar dari solat akan sentiasa mengharapkan bantuan manusia tanpa teringatkan
Allahlah yang akan membantu mereka)
Surah
Al-Alaq
Ayat 6 –
Sesekali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas
Ayat 7 - apabila melihat dirinya serba cukup
(Manusia
seringkali lupa mengingati Allah apabila terasa dirinya serba cukup dengan
kesihatan yang baik, kemewahan yang dinikmati dan cukup dari segala-galanya.)
Surah
Al-Isra’
Ayat 67 –
Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilang semua yang (biasa)
kamu seru, kecuiali Dia. Tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu
berpaling dariNya. Dan manusia memang
selalu ingkar (tidak bersyukur)
(Allah
selalu mengumpamakan apabila manusia ditimpa musibah dilautan kerana lautan
adalah sebaik2 contoh, maka tiadalah pengharapan serta doa mereka, hanya
memohon dari Allah swt apabila mereka terkapar-kapar, dan tidaklah mereka akan
memohon kepada sipolan atau sipolan dan sebagainya. Walau bagaimanapun apabila
mereka terselamat dan berada dalam keadaan yang sihat, selamat, cukup segala-galanya,
mereka akan sentiasa lupa dan tidak bersyukur kepadaNya)
Wallahualam.
Semoga
bermenafaat kepada sahabat2
No comments:
Post a Comment