Al Miqdad bin Al Aswad
meriwayatkan Rasulullah saw bersabda;
“Pada hari kiamat matahari
akan menghampiri manusia hingga jadilah ia hampir dengan manusia hanya sekadar satu mil. Maka jadilah manusia
dalam keadaan berpeluh mengikut kadar amalan masing2. Ada diantara mereka peluh
sampai kedua buku lalinya, ada diantara mereka peluh kepada lututnya, ada diantara mereka peluh
sampai kepinggangnya dan ada diantara mereka peluh mengelilingi tengkuknya dan
baginda mengisyaratkan dengan tangannya kepada mulutnya”
Dalam hal demikian ada
manusia yang berada dibawah naungan
Allah sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah saw;
“Tujoh golongan manusia, Allah
akan naungi mereka dibawahnya, naungannya pada hari kiamat yang dihari itu
tidak ada sebarang naungan kecuali
naungan Allah (mereka itu adalah);
1. Imam
(ketua pemerintah) yang adil
2. 2. Pemuda
yang hidup dalam beribadat kepada Allah
3. 3. Lelaki
yang hatinya terikat kepada masjid
4. 4. Dua
lelaki yang berkasih kerana Allah: Mereka berhimpun kerana Allah dan bercerai
kerana Allah
5. 5 .Lelaki
yang diminta (melakukan perbuatan zina)
oleh perempuan yang berpangkat dan
cantik, lalu ia
b berkata Sesungguhnya aku takut kepada Allah”
6. 6. Lelaki
yang bersedekah kemudian menyembunyikan sedekah itu hingga tangan kanannya
tidak tahu apa
yang dibelanya oleh tangan kirinya
7. 7. Dan
lelaki yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan seorang diri hingga
mengalir airmata
Diakhir kuliah ustaz bertanya
kepada para jemaah, bagaimana dengan kita, diantara 7 golongan manusia itu,
adakah kita diantara golongan yang mendapat naungan tersebut?
Semoga bermenafaat kepada
sahabat2 sekelian
Hj Rose Ady Hj Ramli
No comments:
Post a Comment