Thursday, August 15, 2013

Redha Siapa Yang Kita Cari...


REDHA SIAPA YANG KITA CARI…

Redha siapa yang kita cari dalam kehidupan ini…
Adakah redha manusia…
Ataupun redha Allah swt…

Dari kacamata insan ini pada hari ini, semalam dan akan datang, manusia sering mahukan redha manusia…
Secebis rasa simpati dan tangan yang menghulurkan kepada si msikin, si yatim, si yang ditimpa musibah, kita sering dilihat mahukan redha manusia.
Adakah pengakhiran hidup ini kita mengharapkan redha manusia?
Apakah tiada hidup selepas mati???

Sedarlah wahai manusia-manusia yang terlalai oleh kemegahan dunia, pangkat, kedudukan kerana selagi kita mengharapkan redha manusia, selagi itulah nilai iman kita akan tersasar dari landasan menuju Rabb…

Ya Allah Ya Tuhan kami… kau berikanlah aku sentiasa berjalan atas redha Mu, ingatan kami atas redha Mu, degupan jantung kami atas redha Mu, ibadah kami di atas redha Mu, mati kami atas redha Mu, dan masukkahlah kami semua ke dalam syurga di atas redha Mu…

Nukilan
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
8 Syawal 1434H

No comments:

Post a Comment