Friday, March 12, 2010

Hari Lahir Syamimi yang ke 18




Pejam...celik...pejam...celik....rasanya baru sahaja terasa anak-anak masih lagi kecil, tetapi hakikatnya kita sudah menjangkau ke umur yang ke 48...satu angka yang amat ditakuti apabila kita berumur dalam lingkungi 20an.

Apa yang pasti masa berjalan tanpa menitipkan noktahnya.

Perjalanan sehingga tahun yang ke48 ini banyak meninggalkan kenangan.

Syamimi anak sulong kami kini sudah menjangkau ke usia 18 tahun nya pada 6 Mac 2010 yang lalu. Masih lagi saya teringat sewaktu kecilnya, beliau mempunyai rambut yang kerinting, berkulit agak gelap berlari-lari kesana kesini. Teringat saya matanya bengkak apabila berlaku kemalangan dirumah tempat saya tinggalkan semasa bekerja.
Satu ketika dulu kerana beliau selalu bergaduh dengan adiknya Radzlan, saya mengurung kedua-duanya daam bilik mandi dirumah sewa kami dan mereka menjerit-jerit sebab dibilik mandi itu banyak lipas yang mereka berdua amat takut kepada serangga tersebut.

Masih segar ingatan saya masa beliau berlari-lari turun dari basnya kearah rumah tempat penjagaannya. di Jalan 6 Bandar Baru Bangi.

Setiap pagi ibunya akan mengumpannya ais krim supaya beliau tidak menangis kerana pada masa itu isteri saya mengajar dan berulang dari Bangi ke Taman Melawati Kuala Lumpur. Akhirnya beliau mengidap athma sebab terlalu banyak diberikan ais krim semasa beliau kecil.

Semua ini adalah kenangan-kenangan saya mengenai beliau.

Bersempena hari lahir yang ke 18 dan Radzman pula tidak pernah ke Genting Highland, saya sekeluarga telah ke Genting untuk menyambut hari kelahirannya.
Harapan ibunya dan saya, semoga Syamimi akan membesarkan dalam landas-landas agama Islam, dimurahkan rezeki, diberikan ilmu yang baik, menjadi anak yang solehah, sentiasa diberikan nikmat iman, taqwa serta kesihatan yang baik juga sentiasa dilimpahi rahmat Allah swt. Siapalah kita tanpa rahmatMu Ya Allah. Berikan perlindungan kepadanya dan pandulah Syamimi kejalan yang lurus serta mendapat kebaikan dipengakhiran hidupnya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
06 Mac 2010

SYAMIMI LULUS UJIAN MEMANDU




Sambil menunggu keputusan peperiksaan SPMnya, Syamimi telah pergi belajar memandu.

Sebelumnya saya ada mengajarnya memandu beberapa kali menggunakan kereta Satria merah yang selalunya diletakkan dibawah pokok dihadapan rumah.
Pada saya, setelah diajar beberapa kali, beliau boleh memandu. Untuk memberikan keyakinan kepada beliau, saya telah menghantarnya kesekolah memandu. Untuk pengetahuan semua, pada masa kini belajar memandu ada terdapat peringkatnya.
Peringkat Pertama mereka dikenakan pergi kekelas memandu untuk mempelajari secara teori undang-undang jalanraya. Selepas pembelajaran, mereka akan diuji dan setelah lulus baru dibenarkan belajar memandu secara praktikal.

Alhamdulillah setelah menjalani ujian memandu pada 28 Februari yang lepas, beliau lulus dan memperolehi lesen memandunya yang sah.

Tahniah Syamimi.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

Friday, February 12, 2010

Hari Lahir Isteri










Semalam isteri saya, Hajah Salmi menyambut hari lahirnya yang ke 47.

Saya mengucapkan selamat hari lahirnya pada awal pagi sebelum subuh apabila bangun dari tidur. Saya telah "set"kan di handphone tarikh dan masanya untuk diingati.

Isteri, Hajah Salmi dari kacamata saya yang dikenali selama lebihkurang 19 tahun ini adalah seorang yang sederhana dalam segala aspek kehidupannya. Mungkin beliau dilihat seorang yang serius tetapi pada dasarnya beliau yang rajin, tekun dan peramah.

Pada sebelah malamnya kami sekeluarga keluar makan bersama disebuah restoran yang agak baru dibuka dengan dihidangkan makanan ala barat. Mmmmmm...sedap juga.

Kepada isteri, saya mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 47, didoakan agar murah rezeki, dilanjutkan umur, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dirahmati Allah swt, sentiasa hidup dengan berpegang kepada Al-Quran dan Hadis serta dapat hidup bahgia disamping keluarga yang dicintai.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
12/02/2010

Saturday, January 30, 2010

Kursus Kesedaran Keselamatan, Kesihatan dan Kesihatan









Kursus ini diadakan di Hotel Dorsett Regency, Jalan Imbi Kuala Lumpur pada 26-27 Januari 2010.

Kursus disampaikan oleh Encik Mohd Noor dan dihadiri oleh sahabat2 yang baru dikenali iaitu Nagin, Masuri, Aliza dan Fariz.

Selepas kursus barulah rasa yakin untuk menjadi Wakil Majikan bagi syarikat dalam OHSAS 18001.

Terimaksih kepada Encik Mohd Noor kerana memberikan soft copy untuk kursus2 termasuk 5S kepada peserta. Hanya Allah yang akan memberikan ganjarannya dikemudian hari bagi ilmu yang bermenafaat ini.

Hj Rose Ady Hj Ramli
28/01/2010
Bandar Baru Bangi

Friday, January 29, 2010

Satu Ketika Dahulu....












Semasa balik sekejap dirumah emak di Paroi Jaya Seremban, saya terpanggil untuk melihat photo2 sewaktu keci, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Memang setiap kali menatap photo2 ini akan terkenanglah kisah2 silam yang telah meninggalkan saya dan menjadi sejarah kira2 43 tahun dahulu.

Ya Allah Ya Rabbi...kenangan ini memang mengasyikkan dan ia tidak akan kembali lagi. Yang muda akan menjadi tua dan yang tua akan meninggalkan kita tetapi tidak mustahil yang muda akan pergi dahulu didasarkan oleh Maha Penciptanya.

Hj Rose Ady bin Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
28/01/2010

Majlis Perkahwinan Anak Ruziah Ramli





















































































Tanggal 22 Januari 2010 merupakan satu lagi nukilan sejarah kerana menerima jemputan perkahwinan anak sahabat disekolah dahulu, Puan Ruziah Ramli.

Bilamana menerima jemputan melalui SMS serta surat, hati mula bertanya2.....Ruziah ni yang mana satu???

Persoalan hanya terjawab apabila saya sekeluarga menghadiri jemputan beliau. Apa yang menarik saya dapat berjumpa sahabat2 lama...ada yang telah 32 tahun tak berjumpa seperti Yazarinan, Yusli dan apatah lagi tuan rumah, Ruziah Ramli. Jumpa juga Sulaiman, Md Zain serta yang selalu berhubung saudara Munirhakim Majid.

Kepada Ruziah terimakasih kerana jemputan tersebut. Saya berkata kepada isteri, Hajjah salmi bahawa inilah kali pertama menghadiri majlis perkahwinan yang kami tak kisah siapa pengantinnya kerana sibuk berbual2 dengan rakan dan tentunya perbulan yang mengimbau 32 tahun yang lampau.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi,
23/01/2010

Monday, January 11, 2010

Hari Lahir ke 48







Tanggal 6 Januari 2010 merupakan hari lahir saya yang ke 48 tahun. Terasa diri ini semakin tua kerana 2 tahun lagi insyallah akan genaplah setengah abad hidup didunia sekiranya masih panjang umur.

Banyaklah ucapan-ucapan Hari lahir disampaikan oleh sahabat2 serta keluarga yang disayangi termasuk isteri, anak2, emak serta adik beradik yang sentiasa peka mengenai tarikh lahir ahli2 keluarga yang dikasihi.

Hanya kadang2 terfikir akan segala dosa2 serta kemungkaran yang dilakukan dimasa yg lampau samada diampuni Allah swt. Bak pepatah salah ustaz di surau AnNur..selamat pendek umur bukan panjang umur. Moga Allah sentiasa memberikan hidayah serta diampunkan dosa2 yang telah dilakukan.

Betapa pula terasa masa tidak mencukupi untuk mengumpulkan saham2 untuk akhirat untuk dibawa kealam yang pasti datang kepada kita.

Sebelah malamnya macam biasa kami sekeluarga pergi makan2 disalah restoran di Bandar Baru Bangi.

Ya Allah...maafkah dosa2ku, berkatilah hidupku,,limpahkan rahmat kepada ku, berikan kesihatan yang baik kepada ku dan janganlah aku dihina didunia dan dipadang masyar nanti. Selamatkanlah hamba mu yang kerdil ini yang sering melakukan kesalahan. Ya Allah ampunilah aku.


Bandar Baru Bangi

07/01/10