Thursday, April 29, 2010

Reunion X Hostelites KGV Di KDE Ampang















































































Setelah berfacebook sekian lama, salah seorang dari senior di sekolah KGV dulu ingin mengadakan ReUnion Dinner. Ia telah diadakan di Kelab Darul Ehsan Ampang pada 3 April 2010. Saya dan Norman, junior saya di KGV dan UKM dulu turut bersama2 saya pada malam tu. Kita car pool.

Diizinkan Allah dapat menunaikan solat maghrib berjemaah di Masijid berdekatan KDE tu. Tapi apa yang pasti...masjid tu amat cantik, jemaahnya penuh lelaki dan wanita, berhawa dingin serta ada pula TV diletakkan diluar masjid. Cantiiiiiiiiik. Syukur alhammdulillah.

Di Reunion dinner tu dapatlah saya berjumpa rakan2 lama yang sebaya serta senior semasa persekolahan dulu.

Ada diantaranya yg saya tidak pernah berjumpa lebih 30 tahun...bayangkan nak recall balik ambil masa serta ada yg baru hari ni saya teringat "Oooo ini dia Ajai yg dikatakan tu...sekarang dah Dato Nazari" dan banyaklah memori2 yg sukar dilupakan.

Kehadiran melibatkan lebihkurang 50 orang yang rata2 telah mempunyai kedudukan dalam masyarakat...tak sangka semasa bersekolah dulu semua "sengkek" but now many of them are somebody.

Bertemu juga saya rakan2 sebaya Bakri (Anggol), Munir, Sulaiman (Stone), Ahmad Mahir (Rock Steady)dan beberapa orang lagi. Dalam bracket tu semua panggilan semasa duduk asrama dulu
Malam tu dimulai dengan bacaan doa selamat yang telah di"perintah"kan kepada saya. Nasib baik bro Pian beritahu awal2...sompeklah prepare bacaan doa kalau tidak haru biru.

Malam tu dihiasi dengan acara mengenang kembali kisah2 lama oleh saudara Jalal, Saffian, Jantek (Idris), Neddy, Noramli...semua ni senior2 saya. Lepas tu karaoke yg didendangkan oleh mereka yang berbakat. Memang sungguh berbakat mereka ni trutamanya Abu (yg buta matanya), Hafiz (jaguh lompat tinggi sekolah dulu), Dato Tajuddin (selalu saya pinjam boot dia semasa perlawanan ragbi...sobab saya tak ado boot), Noramli (vocalist band boys maso sekolah dulu) serta tak kurang hebat Norman

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pak Cik Zakaria serta isteri dan bekas pengetua asrama Tuan Syed. Pak Cik Zakaria aka pakcik kaya merupakan pekerja kantin diasrama KGV yg telah menyediakan makanan kepada hostelites dizaman Pak Busu Abd Kudus , Andak Baharin (my uncle) serta aruah Bang Long Md Zain sehingga bila saya dari tahun 1975 - 1981. Amat besar jasanya. KIsah yg menarik adalah yang tinggal diasrama tu dulu terdiri dari anak2 orang kampong yg serba kekurangan tetapi memanadangkan kita semua lapar especially hari Sabtu dan Ahad Pak Cik Zakaraia ada menjual kuih muih serta nasi lemak...budak2 yg tak berduit ni akan ambil 2 bungkus nasi lemak tepai hanya membayar 1 bungkus sahaja. Walaubagaimanapun dimalam reunion tu Pak Cik Kaya telah menghalalkan semua itu dan kami berjaya mengumpul sejumlah wang dan disedekahkan kepada Pak Cik Zakria serta senior saya yang buta matanya semasa sekolah dulu iaitu Abu.

Ucapan terimakasih kepada penganjur Idris, Safian, Neddy, Jalal, Noramli dan terimaksih yg tak terhingga kepada sponsor iaitu abang Jalil Borhan...dulu cik gu saya (sementara) semasa di Tingkatan 1.

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
05 April 2010

Wednesday, April 21, 2010

KL Tower After 10 Years

























Seperti biasa suatu Ahad yang membosankan, Radzman beriya-iya benar untuk berjalan2 ke luar. Saya pun mengambil keputusan mengajak isteri dan Radzman ke KL.

"Kemana kita nak pegi yah?" kata Radzman.
"Kita pegi KL lah...dah lama tak ronda2 KL hari Ahad".

Sebenarnya dalam perjalanan tu masih tak tahu man nak dituju...tetapi diilhamkan oleh Allah untuk ke KL Tower, satu tempat yang pernah saya , Syamimi dan isteri melawat kira2 10 tahun yang lampau.

Sesampainya ke KL Tower, setelah membayar harga tiket, kami pun naik ke puncak dan menikmati pemandangan dari KL Tower.

Sukanya hati Radzman

Hj Rose Ady bij Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

A Star Is Born





























Baru2 ini Radzman selalunya pulng lewat dan beliau katakan pergi latihan sukan.

Saya tidaklah menunjukkan reaksi suka atau duka apabila beliau mengadakan latihan. Ingatkan hanya latihan kokorikulm yang biasa.

Pada 4 April 2010 yang lepas barulah saya mengerti bahwa Radzman juga berbakat macam saya muda-muda dahulu.

Beliau mendapat tempat ke3 dalam acara Lompat Tinggi, tempat kedua dalam acara 4 X 100 meter dan 100 meter yang kami sekeluarga saksikan di kejohah sukan sekolahnya bertempat di Stadium Initen berdekatan Bangi.

So dalam hati saya rasa gembira...and I have to say another star is born.

Go Radzman Go!!!


Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
April 4, 2010


Thursday, March 18, 2010

SPM....keputusan Syamimi


Debaran amat dirasakan apabila diberitakan keputusan SPM akan diumumkan pada 11/03/2010. Saya selalu berdoa agar beliau mendapat keputusan yang baik tetapi dalam hati saya redha apa saja keputusan yang ada.

Paginya keluar bekerja seperti biasa...dan dalam jam 11.00 pagi sms dari Syamimi menyatakan beliau lulus dengan baik. Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana mengkabulkan permintaan Syamimi, ibunya, saya malah ahli keluarga yang lain termasuk Uwan, nenek dan yang lain-lain.

Terasa hati ini gembira dan rasa syukur yang amat sangat. Insyallah anak-anak yang lain akan mengikuti jejak beliau.

Walau apa pun yang berlaku saya berpendapat ini hanyalah permulaan dan ini bukanlah jua pengakhirannya.

Berjaya semasa SPM bukan penentu kejayaan dimasa akan datang malah kegagalan di SPM bukan penentu kegagalan dimasa akan datang.
Allah maha berkuasa yang akan merencanakan kehidupan ini bak nukilan setengah-setengah ustaz kejayaan akademik serta kekayaan bukanlah pengukur tetapi Allah melihat ketaqwaan dan keimanan seseorang.
Walau setinggi mana kejayaan atau kegagalan seseorang insan...kayu pengukur Allah swt hanyalah melihat siapakah diantara orang yang paling bertaqwa dan beriman.

Semoga Syamimi menjadikan kejayaan ini titik tolak untuk lebih berjaya didunia dan yang pasti memperbanyakkan bekalan yang akan dibawa diakhirat.

Dari ayahmu
Hj Rose Ady bin Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
12/03/2010

Friday, March 12, 2010

Hari Lahir Syamimi yang ke 18




Pejam...celik...pejam...celik....rasanya baru sahaja terasa anak-anak masih lagi kecil, tetapi hakikatnya kita sudah menjangkau ke umur yang ke 48...satu angka yang amat ditakuti apabila kita berumur dalam lingkungi 20an.

Apa yang pasti masa berjalan tanpa menitipkan noktahnya.

Perjalanan sehingga tahun yang ke48 ini banyak meninggalkan kenangan.

Syamimi anak sulong kami kini sudah menjangkau ke usia 18 tahun nya pada 6 Mac 2010 yang lalu. Masih lagi saya teringat sewaktu kecilnya, beliau mempunyai rambut yang kerinting, berkulit agak gelap berlari-lari kesana kesini. Teringat saya matanya bengkak apabila berlaku kemalangan dirumah tempat saya tinggalkan semasa bekerja.
Satu ketika dulu kerana beliau selalu bergaduh dengan adiknya Radzlan, saya mengurung kedua-duanya daam bilik mandi dirumah sewa kami dan mereka menjerit-jerit sebab dibilik mandi itu banyak lipas yang mereka berdua amat takut kepada serangga tersebut.

Masih segar ingatan saya masa beliau berlari-lari turun dari basnya kearah rumah tempat penjagaannya. di Jalan 6 Bandar Baru Bangi.

Setiap pagi ibunya akan mengumpannya ais krim supaya beliau tidak menangis kerana pada masa itu isteri saya mengajar dan berulang dari Bangi ke Taman Melawati Kuala Lumpur. Akhirnya beliau mengidap athma sebab terlalu banyak diberikan ais krim semasa beliau kecil.

Semua ini adalah kenangan-kenangan saya mengenai beliau.

Bersempena hari lahir yang ke 18 dan Radzman pula tidak pernah ke Genting Highland, saya sekeluarga telah ke Genting untuk menyambut hari kelahirannya.
Harapan ibunya dan saya, semoga Syamimi akan membesarkan dalam landas-landas agama Islam, dimurahkan rezeki, diberikan ilmu yang baik, menjadi anak yang solehah, sentiasa diberikan nikmat iman, taqwa serta kesihatan yang baik juga sentiasa dilimpahi rahmat Allah swt. Siapalah kita tanpa rahmatMu Ya Allah. Berikan perlindungan kepadanya dan pandulah Syamimi kejalan yang lurus serta mendapat kebaikan dipengakhiran hidupnya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
06 Mac 2010

SYAMIMI LULUS UJIAN MEMANDU




Sambil menunggu keputusan peperiksaan SPMnya, Syamimi telah pergi belajar memandu.

Sebelumnya saya ada mengajarnya memandu beberapa kali menggunakan kereta Satria merah yang selalunya diletakkan dibawah pokok dihadapan rumah.
Pada saya, setelah diajar beberapa kali, beliau boleh memandu. Untuk memberikan keyakinan kepada beliau, saya telah menghantarnya kesekolah memandu. Untuk pengetahuan semua, pada masa kini belajar memandu ada terdapat peringkatnya.
Peringkat Pertama mereka dikenakan pergi kekelas memandu untuk mempelajari secara teori undang-undang jalanraya. Selepas pembelajaran, mereka akan diuji dan setelah lulus baru dibenarkan belajar memandu secara praktikal.

Alhamdulillah setelah menjalani ujian memandu pada 28 Februari yang lepas, beliau lulus dan memperolehi lesen memandunya yang sah.

Tahniah Syamimi.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

Friday, February 12, 2010

Hari Lahir Isteri










Semalam isteri saya, Hajah Salmi menyambut hari lahirnya yang ke 47.

Saya mengucapkan selamat hari lahirnya pada awal pagi sebelum subuh apabila bangun dari tidur. Saya telah "set"kan di handphone tarikh dan masanya untuk diingati.

Isteri, Hajah Salmi dari kacamata saya yang dikenali selama lebihkurang 19 tahun ini adalah seorang yang sederhana dalam segala aspek kehidupannya. Mungkin beliau dilihat seorang yang serius tetapi pada dasarnya beliau yang rajin, tekun dan peramah.

Pada sebelah malamnya kami sekeluarga keluar makan bersama disebuah restoran yang agak baru dibuka dengan dihidangkan makanan ala barat. Mmmmmm...sedap juga.

Kepada isteri, saya mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 47, didoakan agar murah rezeki, dilanjutkan umur, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dirahmati Allah swt, sentiasa hidup dengan berpegang kepada Al-Quran dan Hadis serta dapat hidup bahgia disamping keluarga yang dicintai.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
12/02/2010