Monday, June 11, 2012

Malam Tautan Kasih Georgian Golden Jublee 2012 di Allson Klana Resort 09/06/2012

Perjumpaan ini telah dirancang oleh beberapa orang sahabat lama yang terdiri dari Azmi, Gharizah, Norijah dan beberapa orang lagi. Alhamdulillah ia berjalan dengan lancarnya pada malam 09/06/2012 di Allson Klana Resort, Seremban. YTM Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus telah sudi hadir bersama menyerikan majlis tersebut. Permulaan Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh sahabat saya, Hj Aki Abd Wahab dengan doa yang amat menyentuh jiwa.

Tahun ini semua dari yang hadir telah atau akan mencecah umur 50 tahun. Alhamdulillah Allah memanjangkan umur kita semua. Moga kita dapat melalui liku-liku kehidupan yang tinggal beberapa baki ini untuk kita penuhi dengan amalan2 serta ibadah agar kehidupan kita akan diredhai olehNya.

Perjumpaan tersebut telah menemukan seramai 50 orang sahabat2 lama. Insyallah dengan ketentuanNya kita semua akan bertemu lagi dimasa2 yang akan datang.

To all the committee, thumb up to you all and Jazakallahu khair...

Ali Badri and Yusof... happy discussion...

Hezry with his cheerful gestures....with Lokmaniyah, Noor Shamsinar and... lupa yg seorang lagi namanya...


Amdah n Faizah...lot of laughter...

Norli, Noriana, Sariah and Azmah.....

Anor, Gharizah, Harbajan and Kamarulzaman

Zulhain and Adil...

Azlan, Nor Azman and Zul...


Our man..Azmi that initiates this event... Tks Azmi..job well done..alhamdulillah


My good friend..Aki Abd Wahab...your doa bro..just magnificient..alhamdulillah...May Allah bless us always..


Zaim aka Rimau and Sulaiman aka Stone.. All the nick name was from our hostelites day in KGV Hostel in Seremban


The one and only ...Ali Badri..masih maintain your politeness ...as I can remember you











Woman behind the scene...Gharizah...well done fren...alhamdulillah


They are the same but different...both are athletes..Safuan the 100m fastest man during our day and Zulhain the master or long distance runner...masih ku ingat lagi


Me and my former classmates....


Latib, Normah, myself and Ruziah....interesting topic pertaining to our school days...you knowlah Ruziah... ha..ha..ha.. still remember those old teenagers stories....interesting...I cherished it until now...



YTM Tunku Besar Tampin...my classmates ...beliau ni selalu ponteng sekolah and went to the secret place "White Horse"... you should knowlah Tunku...

My good fren... Bakri @ Anggol.... good camera..jealous den...




Rahim Omar....





Joe Linggi.... how come I can't remember your name...




Salmah Taufik  aka Sally...remembered her during school days...she was very quiet but very cute ... many  yang nak tackle dulu..tapi takuuut.... he..he..he..

Amirul hamzah...

Azili Kilau...tinggi dan besar orangnya...


Norijah....looks beautiful at 50...ha..ha..ha..










Harbajan....





Idzam radzi...






Anor Suleiman jr...tks bro for the photo shoot..




Munir Hakim...now the businessman...















I called her "Nenek Vogue" At this age and with a grandson around..she looks beautiful (sentences ni u kono belanjo esei makan...he..he..he..)compared to her schooldays... as mentoned by Bakri "Rugi den tak ngorat ekau maso sekolah dulu..."  LOL...ha...ha..ha...


I can't believe it is Zulhaidi..looks in his 30's...Ramai yang nak jadikan dio menantu pada malam tu....Alhamdulillah





































Both in Human Resource line...myself at MEM and Adil at TV AlHijrah..

Friday, June 8, 2012

Keberkatan Istighfar


Keberkatan “Istighfar” …
Alhamdulillah… besar kemungkinan kisah ini telah sahabat-sahabat dengari atau baca tetapi saya telah mendengarnya dari kuliah Ustaz Rashidy Jamil disalah satu kuliah maghrib beliau di Masjid al Hasanah, Bandar Baru Bangi serta saya baca melalui laman “Facebook” sahabat lama saya, saudara Adil Badarudin.
Jazakallah khairan khatira kepada mereka. Moga Allah senantiasa melindungi dan memberikan kekuatan untuk terus menghidangkankan kisah-kisah yang boleh menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya… Insyallah..Ameen.
Kisah ini adalah mengenai keberkatan “Istighfar” dari kehidupan Imam Ahmad Bin Hanbal, yang dianggap sebagai seorang sarjana Islam yang terkenal. Imam Ahmad juga merupakan pengasas sekolah Hanbali (perundangan Islam) dan  sering dirujuk sebagai “Sheikh ul-Islam” atau Imam “Ahlal-Sunnah”
Semasa Imam Ahmad berusia tua, beliau berada keadaan musafir dalam satu perjalanannya ke satu destinasi, beliau telah berhenti untuk solat disebuah masjid. Oleh kerana beliau tidak mengenali sesiapa dikawasan tempat tersebut dan masyarakat disitu tidak mengenalinya, beliau mengambil keputusan untuk menginap sahaja diperkarangan masjid tempat beliau solat tadi.
 Oleh kerana penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal, maka beliau tidak membenarkan Imam Ahmad bermalam di masjid tersebut.
Disebabkan Imam Ahmad ini tua, penjaga masjid tersebut terpaksa mengheret Imam Ahmad keluar dari perkarangan masjid kerana tidak membenarkan beliau menginap disitu.
Insiden ini telah dilihat oleh seorang pembuat roti yang kebetulan berada berdekatan dengan kedua mereka dan terbit rasa simpati sipembuat roti tersebut melihat orang tua itu diperlakukan sedemikian lalu ia menghampiri Imam Ahmad sambil menghulurkan bantuan sekiranya beliau hendak tinggal dirumahnya, beliau sanggup memberikan ruang untuk menginap semalam.
Semasa Imam Ahmad bermalam dikediaman pembuat roti tersebut, Imam Ahmad mendapati bahawa pembuat roti itu selalu berisghtifar memohon keampunan dari Allah swt.
Lalu Imam Ahmad pun bertanya kepada pembuat roti itu adakah apa-apa kesan hasil dari dirinya yang selalu berishtigfar kepada Allah swt.
Pembuat roti itu pun menyatakan dengan berbuat demikian, Allah telah memperkenankan segala doa-doanya yang dipinta kecuali satu.
Maka ditanya oleh Imam Ahmad, apakah satu doa itu yang Allah tidak makbulkan wahai pembuat roti.
Lalu dijawab oleh pembuat roti tersebut yang beliau selalu berdoa kepada Allah agar Allah memberikan keistimewaan kepadanya supaya dapat ia bertemu dengan ulamak paling agong pada masa itu iaitu Imam Ahmad bin Hanbal.
Subhanallah….
Maka dijawab oleh Imam Ahmad dengan menyatakan kepada pembuat roti tersebut, Allah bukan saja telah mendengar doa dan rintihannya malah ia telah mengheret Imam Ahmad bin Hanbal kemuka pintu rumahnya.
Kisah yang hebat…
Menyantuni jiwa….
Sayu…
Agongnya pemberianMu….
Allahuakbar…!!!
Wallahualam…





Saturday, June 2, 2012

Ayat 57-58, Surah Yunus - Us Dr Mustafa Omar



Kuliah subuh disurau AnNur, 2/6 bersama Us Dr Mustafa Omar, mengulas ayat 57, Surah Yunus;
"Wahai manusia! Sungguh, pengajaran (alQuran) telah datang kpdmu dari Tuhanmu, penyembuh 



bagi penyakit didlm dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang2 yg beriman"


Empat nilai alQuran iaitu;
1. Pengajaran
2. Penyembuh
3. Petunjuk
4. Rahmat

Surah Yunus, ayat 58;
"Katakanlah wahai Muhamad"Dgn kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dgn itu mereka bergembira. 



Itu lebih baik drp apa yg mrk kumpulkan"




Semoga perkongsian ini memberikan menafaat

Thursday, May 17, 2012

Hadiah Allah Kepada Hamba2Nya Yang Solleh

Alhamdulillah....

Allah yang Maha Besar, Zat yang Maha sempurna yang tiada kurang baginya.

Selawat serta salam sebanyak-banyaknya kepada Rasulullah saw, sebaik-baik ciptaan
Allah, semulia-mulia utusan Allah didalam siri perutusan para Nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu.

Diturunkan kepada Baginda sebaik-baik syariat dan ajaran serta sebaik-baik nikmat Iman dan Islam.

Perbanyakkanlah selawat serta salam keatas Baginda Rasulullah saw terutamanya pada Jumaat yang maha berkat ini.

Ditangan baginda telah tersebar sebaik2 nikmat dan antara nikmat2 Allah swt yang tidak terhitung banyaknya, sebagaimana firman Allah swt iaitu nikmat Iman dan Islam.

Sehinggakan kata para ulamak, sekiranya Allah swt mengurniakan dunia dan segala isinya dan ditambah dengan dunia lain dan segala isinya kecuali Allah menghalang nikmat Iman dan Islam, maka tidak adalah berlaku pada diri kita kecuali rugi didunia dan akhirat.

Sahabat-sahabat semua….

Suka saya berkongsi satu nukilan dari Kitab AlHikam iaitu Hikmah ke 81 karya Syaikh Ibnu Atho'illah, kupasan Us Rafie Rahim semasa kuliah maghrib pada 11/05 diMasjid alHasanah, BBBangi;

"Sesungguhnya Allah menjadikan akhirat untuk tempat pembalasan bagi hamba yang mukmin, sebab dunia ini tidak cukup untuk tempat apa yang akan diberikan kpd mereka, juga kerana Allah sayang akan memberikan balasan pahala mereka ditempat yang tidak kekal"

Rasulullah saw bersabda; "Sesungguhnya tempat pecut kuda didalam syurga lebih berharga dari dunia seisinya"

Rasulullah saw menceritakan apa yg disabdakan oleh Allah Ta'ala;

"Aku telah sediakan untuk hambaKu yang solihin, apa2 yang belum pernah dilihat oleh mata, atau didengar oleh telinga, atau tergerak dalam hati manusia"

Semoga bermenafaat kepada sahabat-sahabat