Friday, June 8, 2012

Keberkatan Istighfar


Keberkatan “Istighfar” …
Alhamdulillah… besar kemungkinan kisah ini telah sahabat-sahabat dengari atau baca tetapi saya telah mendengarnya dari kuliah Ustaz Rashidy Jamil disalah satu kuliah maghrib beliau di Masjid al Hasanah, Bandar Baru Bangi serta saya baca melalui laman “Facebook” sahabat lama saya, saudara Adil Badarudin.
Jazakallah khairan khatira kepada mereka. Moga Allah senantiasa melindungi dan memberikan kekuatan untuk terus menghidangkankan kisah-kisah yang boleh menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya… Insyallah..Ameen.
Kisah ini adalah mengenai keberkatan “Istighfar” dari kehidupan Imam Ahmad Bin Hanbal, yang dianggap sebagai seorang sarjana Islam yang terkenal. Imam Ahmad juga merupakan pengasas sekolah Hanbali (perundangan Islam) dan  sering dirujuk sebagai “Sheikh ul-Islam” atau Imam “Ahlal-Sunnah”
Semasa Imam Ahmad berusia tua, beliau berada keadaan musafir dalam satu perjalanannya ke satu destinasi, beliau telah berhenti untuk solat disebuah masjid. Oleh kerana beliau tidak mengenali sesiapa dikawasan tempat tersebut dan masyarakat disitu tidak mengenalinya, beliau mengambil keputusan untuk menginap sahaja diperkarangan masjid tempat beliau solat tadi.
 Oleh kerana penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal, maka beliau tidak membenarkan Imam Ahmad bermalam di masjid tersebut.
Disebabkan Imam Ahmad ini tua, penjaga masjid tersebut terpaksa mengheret Imam Ahmad keluar dari perkarangan masjid kerana tidak membenarkan beliau menginap disitu.
Insiden ini telah dilihat oleh seorang pembuat roti yang kebetulan berada berdekatan dengan kedua mereka dan terbit rasa simpati sipembuat roti tersebut melihat orang tua itu diperlakukan sedemikian lalu ia menghampiri Imam Ahmad sambil menghulurkan bantuan sekiranya beliau hendak tinggal dirumahnya, beliau sanggup memberikan ruang untuk menginap semalam.
Semasa Imam Ahmad bermalam dikediaman pembuat roti tersebut, Imam Ahmad mendapati bahawa pembuat roti itu selalu berisghtifar memohon keampunan dari Allah swt.
Lalu Imam Ahmad pun bertanya kepada pembuat roti itu adakah apa-apa kesan hasil dari dirinya yang selalu berishtigfar kepada Allah swt.
Pembuat roti itu pun menyatakan dengan berbuat demikian, Allah telah memperkenankan segala doa-doanya yang dipinta kecuali satu.
Maka ditanya oleh Imam Ahmad, apakah satu doa itu yang Allah tidak makbulkan wahai pembuat roti.
Lalu dijawab oleh pembuat roti tersebut yang beliau selalu berdoa kepada Allah agar Allah memberikan keistimewaan kepadanya supaya dapat ia bertemu dengan ulamak paling agong pada masa itu iaitu Imam Ahmad bin Hanbal.
Subhanallah….
Maka dijawab oleh Imam Ahmad dengan menyatakan kepada pembuat roti tersebut, Allah bukan saja telah mendengar doa dan rintihannya malah ia telah mengheret Imam Ahmad bin Hanbal kemuka pintu rumahnya.
Kisah yang hebat…
Menyantuni jiwa….
Sayu…
Agongnya pemberianMu….
Allahuakbar…!!!
Wallahualam…





No comments:

Post a Comment