Sunday, June 17, 2012

Pakaian Wanita Muslimah

Assalamualaikum wbt.


Pakaian Wanita Muslimah

Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat yang boleh menampakkan bentuk badan atau pakaian yang nipis yang boleh menampakkan apa yang disebalik pakaian itu, khususnya pada tempat2 sulit yang menimbulkan fitnah diri kepada lelaki asing, seperti buah dada, peha, punggung dan lainnya. Abu Hurairah RA berkata , Rasulullah saw bersabda:



“Ada dua golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah lihat mereka, iatu satu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul orang dengannya(iaitu penguasa yang kejam) dan wanita2 yang berpakaian dengan pakainan yang separuh bogel yang menarik perhatian orang yang melakukan maksiat itu disamping dia sendiri melakukan maksiat. Kepalanya lonjong seperti bonggol unta, mereka tidak dapat memasuki syurga, tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jauh perjalanan sekian dan sekian” “ Riwayat Muslim”



Dikatakan kepadanya seumpama berpakaian bogel kerana pakaian yang dipakainya tidak berfungsi untuk menutup tubuhnya kerana terlalu nipis dan jarang sehingga pakaian itumenampakkan bentuk tubuh yang terselindung disebalik pakaian itu, sebagaimana pakaian wanita pada masakini.



Bonggol unta itu adalah tulang tinggi ditengkuknya yang diserupakan kepala wanita dengan bonggol itu, kerana ditinggikan rambutnya keatas kepala. Seolah2 Nabi saw melihat dibelakang perkara ghaib apa yang akan berlaku pada zaman ini, dimana dikhususkan ditempat2 istimewa yang dikenali sebagai salon rambut, dimana kaum wanita datang untuk mendandan rambut dan mencantikkannya dan yang mendandan rambut mereka itu pula ialah kaum lelaki dan meminta upah yang tinggi untuk kerja yang dilakukan



Apa yang menghairankan dari hadith ini ialah, ia telah mengikat antara politik dengan isu kekurangan moral. Pada masa kini mereka yang terlibat dalam politik sentiasa mempengaruhi rakyat dengan skandal nafsu berahi yang membangkitkan syahwat serta memperniagakan moral diri dengan habuan dunia yang melalaikan manusia dari permasalahan umum.



(mukasurat 210 – 211 dari Kitab “Halal Dan Haram Dalam Islam”, karangan Dr Yusuf al-Qaradawi, terjemahan Ustaz Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri)

No comments:

Post a Comment