Sunday, June 24, 2012

Kuliah Maghrib Bersama Sheikh Ali Saleh Sheikh Jabir, 23/06/2012







Imam Syafie pernah berkata.."..aku cinta orang soleh dan aku bukan orang soleh, mudah2an aku akan dapat syafaatnya, dan aku benci orang yang berdosa dan bermaksiat walaupun aku seorang yang berdosa dan berbuat maksiat..." sungguh dalam maksud yang tersirat bagi mereka yang memahami.... Sheikh Ali Salleh Sheiukh Jabir





Allah swt pernah berfirman... "Ingatlah kepadaKu, maka Aku akan ingat kepadamu"..... Sheikh Ali Salleh Sheikh Jabir




Majlis yang dihadiri juga oleh para malaikat yang sentiasa berdoa kepada Allah terhadap mereka yang hadir dirumahNya ..."Ya Allah...ampunilah dosa sipolan, berikanlah rahmat kepadanya" insyallah...Ameen




".....barangsiapa yang bergantung kepada Allah, tidak akan kecewa hatinya..." Sheikh Ali Salleh Sheikh Jabir











Alhamdulillah... kuliah maghrib malam ini, 23/06/2012 di Surau AnNur bersama Sheikh Mohamad Ali Jabir berkisar mengenai tajuk seperti dibawah;

10 Faktor Yang Mendekatkan Manusia Untuk Dicintai Oleh Allah swt
1.  Selalu membaca al-Quran dan memahami maksudnya
2. Mendekatkan diri dengan Allah dengan melakukan perkara yang sunat selepas melakukan perkara yang    
          wajib
      3.  Berterusan dengan zikirullah
      4.  Mengutamakan perkara yang dicintai oleh Allah daripada perkara yang dicintai oleh manusia (nafsu)
      5.  Selalu membaca dan memahami Asmaul Husna
      6.  Selalu mengamati kebaikan ihsan dan nikmat2 yang Allah swt berikan seperti sihat dsbnya
      7.  Selalu melahirkan kecintaan dan takutkan hati apabila didepan Allah swt
      8. Selalu mengasingkan diri dan bersendirian dengan Allah sambil memperlihatkan kehinaan seperti selalu       
          bermunajat, solat malam dsbnya
      9. Banyakkan bergaul dengan orang2 yang mencintai Allah (orang salleh, ulamak) iaitu orang yang disebut2  
          namanya dilangit dan dikalangan para malaikat
     10.Jauhi segala perkara-perkara yang menjadi penyebab yang menjauhkan diri kita dari Allah swt

S    Sambungannya iaitu 10 perkara yang menjauhkan diri dengan Allah swt akan disambung pada Kuliah Subuh esok, 24/06/2012 di Surau al-Madani, Bandar Baru Bangi.

      Semoga perkongsian ini menyebabkan saya serta sahabat2 dekat denganNya.. Insyallah.. Ameen


No comments:

Post a Comment