Latib, adik ipar ada mengajak keperkahwinan anaknya bersama isteri terdahulu di Bandar Country Home, Rawang.
Oleh kerana hari itu jatuh pada hari Jumaat, 01/01/10 maka setelah jumpa rumah nya maka saya sekeluarga berangkat ke masjid yang tersergam indah itu.
Sememangnya semasa imam membacakan khutbah yang berkobar2, saya lihat ramai jemaahnya yang berpakaian jubah warna putih dang nampak kesuciannya. Rupanya mereka adalah dari sekolah Tahafiz Al Quran yang berdekatan.
Alhamdulillah khutbah iman pada hari itu amat baik dan selepas solat Jumaat dan semasa berzikir, beliau mengalunkan zikir taubat yang amat sayu kedengarannya apabila seluruh masjid bersama-sama mengalunkan zikir taubat itu.
Hati tersentuh...tanpa dapat dihentikan airmata mengalir dipipi kerana mendendangkan zikir yang memiliki bait2 ayat yang amat memilukan
Amatilah bait-bait zikir ini dan tentu hati akan tersentuh dan terasa pilu;
Illaa hilaastu lil Firdausi
Naaril Jahiimi…
Allah, fahablii taubatan
Waghfir dzunnubii, fainnaka
Ghafirun dzambil
‘adziimi…
Tuhanku aku tidak layak
Untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula
Sanggup kenerakaMu
Dari itu kurniakanlah,
Ampunkanlah dosaku
Sesungguhnya engkau
Pengampun
dosa-dosa besar
Tuhanku aku tidak layak
Untuk kesyurgaMu
Tetapi aku tidak pula
Sanggup menanggung
Seksa nerakaMu
Dari itu kurniakanlah
Ampunan kepada ku
Ampunkanlah dosaku
Sesungguhnya engkaulah
Pengampun
Dosa-dosa besar
2 kebaikan pada hari itu adalah dapat bersama-sama solat dimasjid yang indah serta dapat melawat orang mendirikan masjid.....perkahwinan Kamal bin Latib bersama pasangannya.
Amin.
Bandar Baru Bangi
02/01/10
No comments:
Post a Comment