Secebis peringatan dan renungan….untuk saya sekeluarga serta sahabat-sahabat yang dirahmati Allah swt.
Setiap lepas maghrib kuliah-kuliah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz di surau An Nur dan Surau AsSoba, Bandar Baru Bangi terdiri dari pelbagai sudut ilmu agama.
Maupun penyampaian ustaz-ustaz ini berbeza namun semua ini tidaklah menjadikan ia sebagai penyebab untuk kita tidak mengunjungi rumah-rumah Allah dan hadir di taman-taman syurga Allah swt.
Kehadiran kita dimajlis-majlis ilmu ini banyak kebaikannya dari sudut dunia dan akhirat. Allah berikan kita ganjaran kepada setiap perkara yang disuruh olehNya.
Bayangkan selangkah ke masjid atau surau bermakna pahala, solat berjemaah beroleh pahala yang berganda, doa kita berikhtikaf di surau dan masjid juga beroleh pahala,
Hadir majlis-majlis ilmunya serta zikirnya adalah dituntut malah Allah menurunkan ribuan malaikat-malaikatnya dan mereka menebarkan sayap-sayap mereka dimajlis-majlis tersebut serta mereka berdoa kepada Allah supaya dilimpahi rahmat kepada mereka yang menghadiri dimajlis-majlis tersebut.
Tanpa rahmat Allah swt ini siapalah kita didunia dan akhirat yang bakal kita tempuhi nanti
Maha Suci Allah, Maha Agung Allah, yang telah menciptakan sebaik-baik insan iaitu kekasihNya Nabi Muhamad saw untuk memberikan kita petunjuk dan hidayahNya kepada sekelian manusia yang berada dimuka bumi Allah ini.
Syukurilah nikmatnya yang tidak putus-putus kita perolehi secara percuma dan hanya beliau meminta kita menyembahNya serta menuruti apa disuruh olehNya dan menjauhi larangan-laranganNya.
Saya letakkan beberapa photo kitab-kitab pengajian yang para jemaah pelajari setiap hari disamping kuliah-kuliah yang lain untuk mengisi jadual harian disurau-surau ini.
Moga denga paparan ini akan bertambahlah rasa tuntutan untuk minat untuk mengamarahkan masjid-masjih dan surau-surau agar kita beroleh pahala, berkat serta rahmat Allah swt.
Wasallam
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi.

No comments:
Post a Comment