Tuesday, August 3, 2010

Syarah Al Hikam


Bismillahhirrohmannirrohim..

Bersyukur kerana diberikan kesempatan 2 minggu sekali dapat mengikuti kuliah-kuliah oleh Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di surau As Sobah dalam SYARAH ALHIKAMnya.

Malam ini, 3 Ogos 2010 detik bersejarah kerana ini selama ini amat berat untuk saya meluahkan rasa ingin bergambar dengan beliau, namun pada malam ini dapat saya mengajak beliau bergambar bersama. Syukur alhamdulillah.

Kuliah malam ini berkisar di muka surat 46 hingga 50 mengenai rezeki dan ibadah. Ada 2 intipati yang menyebabkan saya termenung seketika iaitu ayat-ayat serta lafaz dari mereka yang zuhud.

"Ya Allah...letakkanlah dunia ditanganku dan janganlah letakkan dunia dihatiku",
serta secebis kata-kata ulama;
"Sesungguhnya Allah swt telah menjamin dunia untuk kita tetapi alangkah baiknya jika Dia menjaminkan kita akhirat dan meminta dunia kepada kita"

Dalam maksud yang tersirat didalam kedua-dua ayat tersebut apabila kita amati sebenar-benarnya.

Jazakallah khairan khatira kepada Ustaz Dr Zulkifli yang saya meminati kuliah-kuliah beliau disamping ustaz-ustaz yang lain

Wasallam.

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
12.15 pagi, 04/08/2010

No comments:

Post a Comment