Monday, October 4, 2010

Ganjaran-ganjaran Majlis Ilmu

Assalamulaikum wbt.

Alhamdulillah serta syukur kepada Allah swt kerana disaat ini kita masih diberikan ruang dan peluang untuk terus menghirup dan menikmati udara dan pelbagai nikmat iman dan dunia.

Selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhamad saw, insan yang sebaik-baiknya dimuka bumi ini yang telah diilhamkan oleh Allah swt untuk dijadikan panduan kepada umat manusia khusunya umat Nabi Muhamad saw.

Pada subuh 03/10/10 yang lalu, saya telah ditakdirkan Allah swt sempat hadir dimajlis Ilmu, kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman di Surau An Nur Bandar Baru Bangi. Perbincangan kuliah adalah berkisar mengenai Kitab Iman. Tajuk kuliah pada subuh ini adalah Penyertaan Malaikat Dalam Majlis-majlis Zikir (Ilmu)

Apabila mendengar kuliah tersebut maka fahamlah saya mengapa kebanyakan masyarakat amat gemar menghadirikan diri mereka dimajlis-majlis ilmu tersebut disebabkan tingginya amalan tersebut disisi Allah swt.

Rasulullah saw bersabda mengenai majlis-majlis zikir dengan maksudnya;

“Sesungguhnya bagi Allah beberapa malaikat, mereka bertebaran dijalanraya mencari orang yang berzikir mengingati Allah. Apabila mereka bertemu sesuatu kaum yang berzikir, kepada Allah mereka menyeru : Marilah memenuhi hajat kamu. Para Malaikat pun mengelilingi majlis itu dengan sayap mereka hingga kepada langit dunia. Kemudian Allah menanya malaikat pada hal Allah maha mengetahui ,

Apakah hamba2 ku berkata?
Jawab Malaikat : Mereka mengucap Tasbih, Tahmid dan Takbir
Tuhan bertanya : Adakah mereka melihat aku?
Jawab Malaikat : Demi Allah, mereka tidak melihat kamu
Tuhan bertanya : Bagaimanakah keadaan mereka apabila mereka melihat aku?
Jawab Malaikat : Kalau mereka melihat engkau tentulah mereka bertambah

banyak beribadah dan bersungguh2 memujiMu.
Tuhan bertanya : Adakah mereka meminta dariku?
Jawab Malaikat : Mereka meminta syurga
Tuhan bertanya : Apakah mereka pernah melihat syurga?
Jawab Malaikat : Tidak, demi Allah mereka tidak pernah melihatnya
Tuhan bertanya : Bagaimana jika melihat syurga?
Jawab Malaikat : Jika mereka melihat syurga tentulah mereka bertambah tamak

dan memintanya dengan penuh kegemaran
Tuhan bertanya : Daripada apakah mereka meminta perlindungan?
Jawab Malaikat : Dari api neraka
Tuhan bertanya : Adakah mereka pernah melihat api neraka?
Jawab Malaikat: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihat api neraka
Tuhan bertanya : Bagaimana kalau mereka melihat api neraka
Jawab Malaikat : Jika mereka nampak neraka nescaya mereka bertambah

melarikan diri dan bertambah takut kepadanya.
Tuhan berfirman : Aku bersaksi dihadapan kamu, aku telah mengampunkan dosa

mereka

Salah seorang Malaikat berkata, ”Diantara mereka ada seorang yang bukan daripada
golongan mereka, ia datang kerana sesuatu hajat”

Jawab Tuhan : Mereka semua adalah sekumpulan, tidak celaka orang2 yang

bersama mereka "

Sebagai kesimpulannya mereka yang hadir kemajis Ilmu ini (kerana maksud berzikir mengingati Allah adalah termasuklah majlis2 ilmu) akan memperolehi 5 kebaikan disisi Allah swt iaitu;

1. Majlis ilmu adalah majlis yang sangat tinggi nilainya disisi Allah swt.
2. Allah swt melorongkan permohonannya untuk masuk kesyurga
3. Allah menghindarikan mereka daripada api neraka
4. Allah mengampuni dosa-dosa mereka
5. Walaupun ada yang singgah sebentar untuk solat ke masjid/surau lalu mereka mendengar
sedikit majlis tersebut, mereka juga mendapat kebaikan 4 perkara diatas.

(Nukilan diatas adalah pengumpulan fakta kuliah subuh dari Ustaz Tarmizi Abd Rahman pada
03/10/2010 diSurau An Nur, Bandar Baru Bangi)

Allahhu Akbar, Maha Suci Allah...maka berbahagialah mereka yang suka menghadirkan diri kepada majlis-majlis ilmu ini.

Insyallah dari nukilan diatas akan terbitlah dalam hati kita untuk terus mengunjungi rumah-rumah Allah swt untuk memperolehi ganjaran-ganjaran yang Allah swt janjikan.


Wasallam



Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
24 Syawal 1431 Hijra

No comments:

Post a Comment