Monday, April 4, 2016

NASIHAT AGAMA


INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Dr. Zawawi Ismail , Surau AsSobah BBBangi, 30/01/2016, Nasihat Agama)
Jawapan Imam Ghazali kepada anak muridnya :
"Wahai anakku yang tercinta, wajib ke atas orang yang berjalan (orang yang menuju akhirat) perlu memenuhi empat sifat ;
1. Memiliki aqidah yang betul iaitu ahli sunnah waljama'ah.
2. Bertaubat dengan taubat nasuha dengan tidak kembali melakukan dosa-dosa tersebut.
Rasulullah saw memohon maaf kepada Allah sekurang kurangnya 70 kali beristiqfar/bertaubat (Taubat Nabi berbentuk syukur) sehari.
Mohon juga keampunan untuk kedua ibubapa
3. Memohon halal daripada semua makhluk yang pernah kesalahan dibuat semasa kita berhubung dengan mereka.
Akhir zaman ini manusia mencari amanah untuk kebanggaan yang akan menghancurkan dirinya
4. Mempelajari ilmu syariah untuk kita lebih dekat dengan Allah dan moga kita beroleh SyurgaNya.

No comments:

Post a Comment