Monday, March 12, 2012

BERMULANYA LIGA BOLASEPAK 1 MCC 2012 DI RRI, SG BULOH

Pada 04/03/2012 yang lalu bermulalah Liga Bolasepak 1 MCC (bawah 12 tahun) di RRI, Sg. Buloh. Sebanyak 32 pasukan bertanding yang dibahagikan kepada 2 kumpulan dan perlawanan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sehingga kebulan Jun 2012.

Radzman terpilih bermain untuk Kelab Bolasepak Remaja Harimau Klang (RHK) yang rata-rata pemainnya terdiri dari mereka yang berusia diantara 10 – 12 tahun.

Pada perlawanan pertama RHK menentang Kelab Astana FC sebuah kelab anak-anak Jepun yang bapa-bapa mereka bekerja sebagai Pegawai Expat di Malaysia. RHK menang 2-1 yang mana gol kemenangan dijaringkan oleh Radzman yang bermain sebagai sayap kiri.

Walaubagaimanapun pada sebelah petangnya RHK tewas 0 -1 kepada Kelab UKRC.
Tahniah dan insyallah akan bermain lagi untuk perlawanan seterusnya pada 18/03/2012







Radzman selepas menjaringkan gol kemenangan



The 1st 11


No comments:

Post a Comment