Friday, March 23, 2012

PEMBERIAN DAN PENOLAKAN ALLAH swt



Alhamdulillah....

Allah yang Maha Besar, Zat yang Maha sempurna yang tiada kurang baginya.
Selawat serta salam sebanyak-banyaknya kepada Rasulullah saw, sebaik-baik ciptaan
Allah, semulia-mulia utusan Allah didalam siri perutusan para Nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu.

Diturunkan kepada Baginda sebaik-baik syariat dan ajaran serta sebaik-baik nikmat Iman dan Islam.

Perbanyakkanlah selawat serta salam keatas Baginda Rasulullah saw terutamanya pada Jumaat yang maha berkat ini. Ditangan baginda telah tersebar sebaik2 nikmat dan antara nikmat2 Allah swt yang tidak terhitung banyaknya, sebagaimana firman Allah swt iaitu nikmat Iman dan Islam.

Sehinggakan kata para ulamak, sekiranya Allah swt mengurniakan dunia dan segala isinya dan ditambah dengan dunia lain dan segala isinya kecuali Allah menghalang nikmat Iman dan Islam, maka tidak adalah berlaku pada diri kita kecuali rugi didunia dan akhirat.

Sahabat-sahabat semua….

Suka saya berkongsi satu nukilan dari Kitab "Al-Hikam - Pendekatan Pengabdian Terhadap Khaliq" tulisan Syaikh Ibnu Atho’illah dalam hikmahnya yang ke 93 dalam tajuk – Pemberian Dan Penolakan Allah, katanya;

"Ada kalanya Allah memberi kepadamu kekayaan (kesenangan) dunia, tetapi tidak memberimu taufiq dan HidayatNya, dan ada kalanya Allah menolak (tidak memberi) dari kesenangan dunia dan kemewahanNya, tetapi memberi kamu taufiq dan hidayatNya"

Pengertian yang amat mendalam bagi mereka yang mahu memikirkan.

Diharap nukilan diatas dapat mempertingkatkan rasa taqwa dan iman kita kepada yang Maha Rabb serta menuruti apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya

Semoga Allah sentiasa memberi kita petunjuk dan hidayatNya dalam kita menjalani kehidupan harian kita.

Wallahualam

Wasallam

HJ ROSE ADY BIN HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi
30 Rabiulakhir 1430
23 Mac 2012

No comments:

Post a Comment