Tuesday, March 13, 2012

Yakinlah Akan Ketetapan Qadha'

 


Kadangkala dalam melayari bahtera kehidupan didunia ini kita tidak akan dapat lari dari ditimpa perasaan kecewa, gundah gulana yang kadang-kadang kalau tidak dibendung akan memudaratkan diri sendiri malah boleh mengugat akidah kita.

Saya suka untuk berkongsi satu nukilan yang terdapat dalam Kitab La Tahzan, kitab yang memenangi anugerah yang terlaris bacaannya di Timur Tengah dan Indonesia yang ditulis oleh Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni. La Tahzan adalah bahasa arab yang kalau diterjemahkan bermaksud Jangan Bersedih.
Di Surau AnNur, Bandar Baru Bangi, kitab ini dijadikan bahan kuliah sebulan sekali dan diceramahkan oleh Ustaz Abd Rahim Rafei. Amat menarik sekali setiap kali ulasan diberikan oleh beliau.

Nukilan tersebut adalah seperti dibawah;

Nukilan ke 129 : Yakinlah Akan Ketetapan Qadha':
Seorang pesakit bertanya kepada doktor psikoterapi tentang kegelisahan hidup. Doktor Muslim itu berkata kepada
pesakit tadi :
"Ketahuilah bahawa Allah swt menciptakan makhluk dan mengurusnya. Tidak ada satu gerakan atau dasahan nafas pun, kecuali dengan izin Allah. Jika demikian mengapa harus risau atau gelisah? Sungguh Allah telah menuliskan takdir setiap makhluk 50 ribu tahun sebelum Dia menciptakannya"
Al-Mutanabbi memberi pandangannya tentang hal ini:

Dimata orang yang berjiwa kerdil
persoalan kecil terasa besar
Dimata orang berjiwa besar
persoalan besar terasa kecil "

Oleh itu janganlah kita ada menyimpan sifat marah atau ragu-ragu kepada pencipta kita kerana berlakunya musibah dalam hidup kita kerana ianya datangnya dariNya.
Kadang-kadang sesuatu musibah itu buruk dari pandangan mata kita tetapi baik dari pandangan Allah swt.
Panjatkanlah rasa syukur kepadaNya kerana Allah memilih kita untuk diuji agar kita bersabar menghadapinya.
Semoga coretan ringkas diatas bermenafaat kepada sahabat2…insyallah..am

No comments:

Post a Comment