Selamat Hari Lahir buat isteriku Hjh Salmi bt Baharudin.
Moga diberikan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan dengan pertambahan umur ini akan meningkatkan lagi ibadah, amalan dan ibadahmu kepada Allah swt.
Moga Allah juga memandangmu dengan kasih dan sayangNya serta beroleh rahmat dan redhaNya dunia dan akhirat.
Ambillah dunia sekadar adanya kerana pesan Rasulullah saw ;
Ambillah dunia sekadar adanya kerana pesan Rasulullah saw ;
"Hiduplah di dunia ini bagai musafir yang lalu"
Mari kita berazam untuk memperbanyakkan amalan, ibadah dan sujud kepadaNya dengan penuh keikhlasan, moga ia menjadi hujah kita di hadapanNya nanti.
Aamiin dan selamat menyambut hari kelahiranmu.
No comments:
Post a Comment