Monday, April 4, 2016


INTIPATI DARI MAJLIS ILMU 
(Ust Abd Rahman Awang Soh, Surau AlIkhlas BBBangi, 12/01/2016, Tafsir AlQuran)
"Tiada kurang harta seseorang kerana bersedekah"
Surah Al Imran, ayat 133.
۞ وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿١٣٣﴾
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,"
(Q.S.3:133)
Tafsir :
1. Kita mesti bersungguh-sungguh untuk
mengerjakan amal kebajikan dan mendapat keampunan Allah, dan mendapatkan syurga Allah swt.
2. Syurga itu luas maka Allah mahukan ramai manusia memasukki syurgaNya dan disediakan syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa.
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ ﴿١٣٤﴾
"(yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,"
(Q.S.3:134)
Tafsir :
1. Di antara orang-orang yang layak masuk ke syurga Allah swt adalah di kalangan orang-orang yang mendermakan hartanya ke jalan Allah sewaktu senang dan sewaktu susah.
2. Mendermalah dengan ikhlas dan bukan kerana riak kerana rasa riak dan ujub itu akan menghilanglah berkatnya.
3. Sifat boleh menahan rasa kemarahan dan boleh memaafkan kesalahan orang lain adalah sifat-sifat manusia yang akan beroleh syurga di akhirat nanti.
4. Allah menyukai dan mencintai orang orang yang berbuat kebaikan.
Moga saya, keluarga dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah tergolong didalam golongan yang suka menderma dan menginfakkan harta ke jalan Allah swt dan sama-sama mendapat syurgaNya.
Aamiin

No comments:

Post a Comment