Monday, April 4, 2016

PERBANDINGAN NIKMAT SYURGA DAN NERAKA


INTIPATI DARI MAJLIS ILMU 
(Ust Khairul Anuar Abu Othman, Masjid AlHasanah BBBangi, 16/01/2016, Alam Akhirat)
PERBANDINGAN NIKMAT SYURGA DAN DUNIA
1. Hakikat yang pertama yang dinukilkan dalam alquran disebutkan perbandingan kehidupan di dunia dan akhirat seperti mana Surah At-Tawbah, ayat 38;
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ ٱنفِرُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلْتُمْ إِلَى ٱلْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا مِنَ ٱلْءَاخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا فِى ٱلْءَاخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ ﴿٣٨﴾
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit."
(Q.S.9:38)
2. Hakikat yang kedua nikmat syurga adalah jenis dan kualiti yang terbaik sepertimana yang digambarkan dalam hadis Rasulullah saw ;
"Satu bekas garisan dlm syurga lebih baik dari dunia dan isinya"
"Andaikata bidadari syurga menjengok bumi pasti bercahaya bumi dan dipenuhi dengan wangi wangian dan titisan air yang ada pada rambut bidadari itu lebih baik dari dunia dan isinya"
3. Nikmat syurga tiada kecacatan tiada keaiban dan tiada kekurangan.
4. Nikmat dunia sementara, tetapi nikmat syurga selama-lamanya, Surah Al-Nahl, ayat 96;
مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ ۖ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٍ ۗ وَلَنَجْزِيَنَّ ٱلَّذِينَ صَبَرُوٓا۟ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ﴿٩٦﴾
"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
(Q.S.16:96)
Berusahalah kita untuk mendapatkan yang kekal dengan beramal bersungguh-sungguh untuknya.
PERHIASAN DALAM SYURGA
Perhiasan di dalam syurga digambarkan Allah dalam ayat-ayat berikut ;
Surah Al Faathir, ayat 35;
جَنَّٰتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا ۖ وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ ﴿٣٣﴾
"(Mereka akan mendapat) surga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera."
(Q.S.35:33)
Surah Al Kahfi, ayat 33;
أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمْ جَنَّٰتُ عَدْنٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ ٱلْأَنْهَٰرُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَيَلْبَسُونَ ثِيَابًا خُضْرًا مِّن سُندُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُّتَّكِـِٔينَ فِيهَا عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ ۚ نِعْمَ ٱلثَّوَابُ وَحَسُنَتْ مُرْتَفَقًا ﴿٣١﴾
"Mereka itulah yang memperoleh Surga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam surga itu) mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirahat yang indah."
(Q.S.18:31)
Bekas minum dan makan ahli syurga itu dibuat daripada emas dan perak, pewangi adalah dari kayu thin, dan peluh ahli syurga adalah bau kasturi dan dipakaikan dengan mahkota yang dihiasi dengan permata.
Al-Ghaasyiah , ayat 13-16
فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ ﴿١٣﴾
"Di sana ada dipan-dipan yang ditinggikan,"
وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ ﴿١٤﴾
"dan gelas-gelas yang tersedia (di dekatnya),"
(Q.S.88:14)
وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ ﴿١٥﴾
"dan bantal-bantal sandaran yang tersusun,"
(Q.S.88:15)
وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ ﴿١٦﴾
"dan permadani-permadani yang terhampar."
(Q.S.88:16)
Surah Al-Waaqiah, ayat 17-18
يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ ﴿١٧﴾
"Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda,"
(Q.S.56:17)
بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ ﴿١٨﴾
"dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir,"
(Q.S.56:18)
Surah Al Insaan, ayat 19;
۞ وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَّنثُورًا ﴿١٩﴾
"Dan mereka dikelilingi oleh para pemuda yang tetap muda. Apabila kamu melihatnya, akan kamu kira mereka, mutiara yang bertaburan."
(Q.S.76:19)
Dalam syurga ada tempat berkumpul (souk) dan akan datang (berkumpul) ahli ahli syurga pada setiap tempoh dan bila balik dari souk ini wajah ahli ahli syurga bertambah cantik.
At Thuur, ayat 25,
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَآءَلُونَ ﴿٢٥﴾
"Dan sebagian mereka berhadap-hadapan satu sama lain saling bertegur sapa. "
(Q.S.52:25)
Cita cita ahli syurga akan terlaksana sepertimana mereka yang bercita cita hendak bercucuk tanam, Allah izinkan sepertimana yang dinukilkan dalam hadis Rasulullah saw.
Ada yang hendakkan anak maka Allah izinkan.
Perempuan-perempuan dalam syurga terbahagi kepada dua golongan iaitu ;
a. Perempuan dari dunia
b. Perempuan yang khusus dalam syurga
Perempuan dari dunia adalah isteri-isteri kita.
Perempuan syurga adalah bidadari yang dikhususkan untuk kaum lelaki seperti mana Allah ceritakan dalam Surah Al Waaqiah, ayat 35 - 37;
إِنَّآ أَنشَأْنَٰهُنَّ إِنشَآءً ﴿٣٥﴾
"Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung,"
(Q.S.56:35)
فَجَعَلْنَٰهُنَّ أَبْكَارًا ﴿٣٦﴾
"lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan,"
(Q.S.56:36)
عُرُبًا أَتْرَابًا ﴿٣٧﴾
"yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya,"
(Q.S.56:37)
Ada bidadari yang peruntukkan yang mana pandangannya hanya tertumpu kepada kita dan mereka itu seperti permata.
Bidadari itu sentiasa menghiburkan.
Lelaki syurga pula diberikan kekuatan 100 lelaki.
Akhirnya Allah swt menganugerahkan dua nikmat yang terhebat dan Maha Agung kepada ahli ahli syurga iaitu ;
a. Allah tidak akan murka selama lamanya kepada mereka
b. Tabir diangkat dan ahli syurga melihat dapat melihat Allah yang tersangat cantik dan apabila mereka melihat Allah mereka lupa akan nikmat-nikmat sebelumnya.
Subhanallah... Ya Rabb...
Semoga dengan coretan yang saya catat ini akan membuatkan hati saya, hati hati ahli keluarga dan hati hati sahabat-sahabat yang saya kasihi berlumba lumba mempertingkatkan amal dan ibadah kita untuk kita meraih syurga Allah azzawajalla yang kekal abadi berbanding kenikmatan dunia yang sementara ini.
Aamiin ya rabbilalamin...

No comments:

Post a Comment