INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Dr Abd Rahman Mahmood, Surau AsSobah BBBangi, 27/01/2016, Kitab Syarah AlHikam)
(Ust Dr Abd Rahman Mahmood, Surau AsSobah BBBangi, 27/01/2016, Kitab Syarah AlHikam)
HIKMAH KE 64 - ANTARA KEBODOHAN AL-MURID
1. Hikmah ini menukilkan perangai manusia yang kadang-kadang tidak beradab dan jahil terhadap Allah dan ini adalah ciri ciri orang-orang yang keras hati dan jauh dari Allah swt.
Ibn Ajibah berkata :
"Bahawa syukur merupakan adab kepada pemberi nikmat dan merupakan sesiapa yang datang kepadaNya. Sesiapa yang jahat adabnya mesti diajar, kadang-kadang dia diajar pada batin tanda menyedarinya "
"Bahawa syukur merupakan adab kepada pemberi nikmat dan merupakan sesiapa yang datang kepadaNya. Sesiapa yang jahat adabnya mesti diajar, kadang-kadang dia diajar pada batin tanda menyedarinya "
"Antara tanda kebodohan al murid (orang-orang yang beriman), (mendekatkan diri kepada Allah) ialah jika dia berbuat salah, lalu ditangguhkan hukumannya lalu ia berkata: "Andaikata ia bersalah dan berdosa, tentulah bantuan sudah diputuskan dan sudah dijauhkan." Ingatlah ada kalanya bantuan telah diputuskan (kurnia) dengan cara yang tidak disedari meskipun ia hanya berupa tidak ada tambahan baru dan ada kalanya pula ia telah dijauhkan padahal dia tidak mengetahuinya meskipun jauh itu hanya berupa membiarkanmu menurut hawa nafsumu.
2. Apa yang menyebabkan seseorang itu (Al Murid) berasa sedemikian adalah kerana telah keras hatinya.
3. Hati keras adalah hati yang tidak menerima kebenaran tetapi sangat mudah menerima kebatilan sehingga ia tidak merasa kemanisan iman.
4. Hati seorang mukmin adalah seseorang yang mudah menerima ketaatan dan rasa takut kepada kebatilan.
5.Tanda kejahilan hamba ialah apabila mereka menyangka kesalahan atau dosa mesti dibalas serta merta didunia. Sebenarnya sangkaan seperti ini termasuk dalam istidraj dan kesilapan yang nyata.
6. Surah Huud, ayat 9-10;
وَلَئِنْ أَذَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَٰهَا مِنْهُ إِنَّهُۥ لَيَـُٔوسٌ كَفُورٌ ﴿٩﴾
"Dan jika Kami berikan rahmat Kami kepada manusia, kemudian (rahmat itu) Kami cabut kembali, pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih."
(Q.S.11:9)
(Q.S.11:9)
وَلَئِنْ أَذَقْنَٰهُ نَعْمَآءَ بَعْدَ ضَرَّآءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ ٱلسَّيِّـَٔاتُ عَنِّىٓ ۚ إِنَّهُۥ لَفَرِحٌ فَخُورٌ ﴿١٠﴾
"Dan jika Kami berikan kebahagiaan kepadanya setelah ditimpa bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata, "Telah hilang bencana itu dariku." Sesungguhnya dia (merasa) sangat gembira dan bangga,"
(Q.S.11:10)
(Q.S.11:10)
7. Sekiranya umat itu diberikan nikmat tetapi ia tidak bersyukur dan melakukan maksiat dan dosa, bermakna umat kumpulan tersebut telah tergolong dalam yang diistidraj oleh Allah swt.
No comments:
Post a Comment