Monday, April 4, 2016

SYURGA OLEH UST RASHIDY JAMIL

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU 
(Ust Rashidy Jamil, Masjid AlHasanah BBBangi, 17/01/2016, Kitab Mutiara Tasawuf 2)
BAB: SYURGA
سَابِقُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ ٱللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ ﴿٢١﴾
"Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. "
(Q.S.57:21)

Rabiatul A'dawiyah seorang sufiah telah menyifatkan syurga seperti katanya ;
"Sesungguhnya aku beribadat bukan kerana syurga dan nerakaMu tetapi kerana cinta padaMu "
Menurut Syeikh Ali Hasan al-Halabi al-Atsari dalam karyanya "Al Jannah, Nai'muha Wa Thoriq Ilaiha " berdasarkan ringkasan dari hadis-hadis baginda Rasulullah saw ;
"Syurga adalah satu tempat dimana taman-taman terdapat sungai-sungai yang mengalir dibawah. Istana istananya tersusun dari batu bata emas dan perak. Tanahnya adalah kasturi yang terbaik, kerikilnya dari intan permata dan mutiara. Debunya adalah zafran. Kilauannya cahaya yang gemilang, penuh wangian yang semerbak, dihuni oleh hamba-hambaNya yang terpilih disamping pasangannya yang suci dan elok parasnya. Penghuninya menikmati segala kenikmatan serta menghadap wajah Allah swt "
Digambarkan dalam hadis sohih, di syurga tiada bilangan hari dan tiada hari seperti di dunia tetapi penghuni Syurga akan berkumpul setiap Jumaat.
Setiap kali mereka berkumpul, Allah swt menyampaikan angin yang akan mengenai setiap ahli syurga.
Angin yang terkena kepada setiap ahli syurga akan menjadikan wajah mereka bertambah cantik dan berseri.
Allahurabbi....
Moga saya, ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah akan meraih syurga Allah swt. 
Aamiin

No comments:

Post a Comment